KUALA LUMPUR: Perkembangan pesat sukan elektronik (e-sukan) negara perlu diberi perhatian serius berikutan potensi yang boleh dibawa sukan itu di kejohanan peringkat antarabangsa.
Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata perkembangan e-sukan negara tidak sewajarnya dipandang rendah kerana persekitarannya mempunyai nilai komersial yang tinggi dan mampu menjana ekonomi anak-anak muda di negara ini.
"Maka sebab itulah e-sukan ini kita tidak boleh pandang enteng, ia bukan hanya mendapat tempat dalam kalangan anak muda, tetapi juga boleh membantu kepada pembangunan ekonomi negara jika ia dilakukan dengan cara yang baik dan terancang.
"E-sukan satu bentuk sukan yang dapat memberi penjanaan kepada kekayaan baru kerana rantaian ekonominya yang cukup luas dan populasi komuniti e-sukan di seluruh dunia hari ini telah melebihi 20 juta individu," katanya kepada pemberita selepas melancarkan fasiliti latihan e-sukan di Casa 1, Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil pada Sabtu.
Beliau berkata selain pemain dan kejohanan e-sukan, tumpuan juga harus diberikan kepada pembangun permainan dan penghasilan kandungan yang mampu membawa pulangan lumayan.
Reezal Merican berkata kementerian sentiasa komited dan menyokong penuh persekitaran sukan itu dengan mengambil langkah progresif bagi membina fasiliti latihan berkenaan bagi mempersiapkan atlet negara untuk bersaing di peringkat antarabangsa.
"Fasiliti ini akan menjadi venue latihan untuk kegunaan atlet e-sukan negara dalam program persiapan Sukan SEA Vietnam 2021 dan Sukan Asia 2022 serta boleh juga digunakan oleh atlet lain dalam program persiapan bagi sebarang kejohanan lain kerana turut dilengkapi dengan virtual reality (VR) dan simulasi.
"Fasiliti ini dilengkapi dengan kemudahan e-sukan seperti racing simulator, Playstation 4, komputer, ruang istirahat dan kemudahan wifi untuk mobile games," jelasnya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 24 2021

Reezal Merican bersama timbalannya Senator Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal melihat fasiliti Esports Casa 1 selepas perasmiannya di Majlis Sukan Negara (MSN), Kuala Lumpur, 24 April, 2021. --fotoBERNAMA
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Wanita dilanggar bas ketika minum di restoran
Kemalangan ini mengakibatkan seorang perempuan berusia 51 tahun yang sedang minum di kedai tersebut mengalami kecederaan bengkak di betis akibat terkena serpihan batu bangunan kedai.

Johor tidak benarkan pelaburan berkaitan pengimportan e-waste
Kerajaan negeri tidak akan membenarkan sebarang pelaburan membabitkan pengimportan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) ke negeri ini.

Peningkatan titik panas isyarat awal ancaman jerebu rentas sempadan di Asia Tenggara
Kebakaran hutan secara sporadik di Asia Tenggara memberi isyarat tentang jerebu berbahaya, yang boleh membawa kesan besar terhadap ekonomi dan masyarakat, mengingatkan kepada episod jerebu pada 1997.

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Potensi, ekonomi e-sukan tidak boleh dipandang enteng - Reezal Merican
Perkembangan e-sukan negara tidak sewajarnya dipandang rendah kerana persekitarannya mempunyai nilai komersial yang tinggi dan mampu menjana ekonomi anak-anak muda di negara ini.