MELAKA:Presiden Persatuan Hoki Kuala Lumpur (KLHA) Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin memohon Jawatankuasa Rayuan Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) meminda tarikh sesi pendengaran rayuan berhubung hukuman penggantungan selama 18 bulan terhadapnya, kepada Januari tahun hadapan.
Megat D Shahriman yang juga pemilik kelab Hockademy berkata beliau telah mendapat tarikh sesi pendengaran rayuan yang ditetapkan jawatankuasa itu pada 29 Dis ini, namun beliau mempunyai komitmen dan tanggungjawab lain yang memerlukan kehadirannya pada tarikh berkenaan.
"Saya mohon tarikh itu dapat dipinda kepada Januari depan kerana tarikh diberi pada 29 Dis ini tidak sesuai dengan jadual saya," katanya selepas Majlis Penyerahan Sumbangan Barangan Keperluan Asas Daripada Jakel kepada warga Orang Kurang Upaya (OKU) di Kompleks Sukan Komuniti Krubong di sini, semalam.
Pada 19 Nov lepas, media melaporkan Megat D Shahriman telah mengemukakan rayuan berhubung hukuman penggantungannya menerusi surat rayuan setebal 10 muka surat yang mengemukakan beberapa hujah balas bagi mempertahankan tindakannya.
KHM sebelum itu membuat keputusan mengenakan hukuman penggantungan 18 bulan ke atas pemilik kelab Hockademy itu daripada terlibat dalam sebarang aktiviti hoki berkuat kuasa serta-merta selepas Jawatankuasa Disiplin KHM mendapati beliau melanggar Klausa 6 Kod Tatatertib Liga Hoki Malaysia (MHL).
Pada Jun lepas, beliau meluahkan kekecewaannya selepas Hockademy yang berada di bawah naungan KLHA tidak menerima hadiah kemenangan sebanyak RM50,000 selaku juara Liga Hoki Malaysia (LHM) Wanita 2020 serta tambahan RM15,000 apabila turut muncul naib juara Piala Vivian May Soars.
Dalam perkembangan lain, Megat D Shahriman yang juga Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) mencadangkan kepada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta Majlis Sukan Negara (MSN) untuk menganjurkan pertandingan atau acara sukan melibatkan atlet paralimpik secara digital atau dalam talian seperti Kejohanan Terjun Antarabangsa Dalam Talian yang dianjurkan baru-baru ini.
Beliau berkata inisiatif itu penting untuk memastikan industri sukan paralimpik negara dapat diteruskan khususnya dalam berdepan dengan situasi pandemik COVID-19 yang berpanjangan.
Pada majlis berkenaan, Megat D Shahriman menyampaikan sumbangan barangan keperluan asas kepada 40 OKU termasuk atlet paralimpik di negeri ini dalam usaha mengurangkan beban mereka ekoran penularan COVID-19.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 17 2020

Megat D Shahriman juga mencadangkan untuk menganjurkan pertandingan atau acara sukan melibatkan atlet paralimpik secara digital atau dalam talian. - Gambar fail

Sukan Asia 2026 tawar 11 pingat emas e-sukan
Pengumuman dibuat susulan mesyuarat tergempar Lembaga Eksekutif OCA yang sebulat suara meluluskan penyertaan acara itu bagi Sukan Asia 2026.
Iran adakan majlis pengebumian, berkabung atas kematian Hassan Nasrallah
Iran mengadakan majlis berkabung bagi memperingati pemimpin Hezbollah yang dibunuh, Hassan Nasrallah, di ibu negara Tehran pada Ahad, hari yang sama Nasrallah dikebumikan dalam satu upacara pengebumian besar-besaran di Beirut.

'Saya terkejut polis jawab telefon, beritahu isteri meninggal'
Sebelum kejadian, dia bersama isteri menaiki kereta milik rakan membawa anak yang melecur terkena air panas ke hospital, bagi mendapat rawatan.
Didik anak-anak bezakan kesahihan maklumat - Dr Wan Azizah
Kepesatan penyebaran pelbagai maklumat ketika ini menuntut ibu bapa memainkan peranan sangat penting dalam mendidik anak-anak untuk lebih bijak menilai serta membezakan kesahihan berita diterima, khususnya dengan kemunculan teknologi kecerdasan buatan (AI).
Polis perak berkas 15 ahli sindiket tawar pekerjaan tidak wujud
Polis berjaya menumpaskan satu sindiket penipuan pekerjaan dalam talian yang beroperasi di sebuah rumah inap di Pulau Pangkor, dalam serbuan pada Jumaat lepas.
Dua maut dalam kemalangan babit sebuah kereta, empat motosikal
Dua penunggang motosikal maut dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta dan empat motosikal di kilometer 84, jalan Kota Tinggi-Kluang, Kluang tengah malam Ahad.
KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menerusi Jabatan Landskap Negara (JLN) menyasarkan pembinaan 112 Taman Rekreasi MADANI (TRM) di seluruh negara pada tahun ini.
Timbalan menterinya Datuk Aiman Athirah Sabu berkata ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.
Timbalan menterinya Datuk Aiman Athirah Sabu berkata ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Chery akan bangunkan Taman Perindustrian Automotif Pintar di Hulu Selangor
Taman Perindustrian Chery Smart Auto akan dibangunkan dalam tempoh lima tahun dengan pelaburan sebanyak RM2.2 bilion.

Pejabat Parlimen Lembah Pantai salur RM40,000 untuk 40 surau, semarak aktiviti Ramadan
Sumbangan itu diberikan dalam bentuk wang tunai berjumlah RM1,000 kepada setiap surau untuk menyokong pelaksanaan aktiviti moreh.

Sarawak capai kejayaan dalam elektrifikasi luar bandar dengan peluasan grid RES di Daro
Julaihi berkata projek itu akan membekalkan tenaga elektrik kepada 186 isi rumah di lapan kampung.

Presiden KLHA mohon pinda tarikh pendengaran rayuan hukuman
Beliau telah mendapat tarikh sesi pendengaran rayuan yang ditetapkan jawatankuasa itu pada 29 Dis ini, namun beliau mempunyai komitmen dan tanggungjawab lain.

KLHA diarah tinggalkan Stadium Hoki Kuala Lumpur
Tindakan tersebut susulan kegagalan KHA menguruskan venue ini dengan baik sejak kebelakangan ini.