“SAYA hanya akan menawarkan diri bertanding jawatan Presiden sekiranya mendapat 'restu' daripada persatuan negeri dan ahli bersekutu Persatuan Sepak Takraw (PSM) lain."
Itu reaksi Presiden Gabungan Sepak Takraw Kelantan (GASTAK), Zuraidin Abdullah ketika ditanya perkembangan terkini status kepimpinan tertinggi sepak takraw Negeri Cik Siti Wan Kembang tersebut menjelang pemilihan barisan baharu PSM yang dijadualkan 12 Februari depan.
Jelas Zuraidin lagi, beliau buat masa ini belum mendapat sebarang ilham untuk menawarkan diri untuk jawatan kerusi nombor satu PSM tersebut yang dijadualkan berlangsung pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) itu.
“Sekiranya ada isyarat daripada ahli gabungan dan bersekutu PSM lain bahawa saya perlu bertanding, saya bersedia menawarkan khidmat terbaik demi kemajuan sukan sepak takraw negara.
“Jika pencalonan itu bagi isyarat yang memerlukan saya bertanding, maka saya akan menawarkan diri,” katanya kepada Sukan Sinar.
Untuk rekod jawatan nombor satu PSM itu kosong selepas Datuk Seri Ahmad Ismail melepaskan jawatannya pada 4 Jun lalu susulan badan induk sepak takraw negara tersebut terpalit isu dengan Persekutuan Sepak Takraw Asia (ASTAF).
Pada masa sama Zuraidin berharap AGM PSM itu akan menjadi lembaran baharu dalam usaha badan induk tersebut mengemukakan permohonan baharu untuk kembali menjadi ahli gabungan ASTAF.
“Alhamdulillah, saya bagi pihak GASTAK bersyukur kita dapat selesaikan masalah serta kekusutan akibat kemelut yang menyebabkan ketidaktentuan yang agak lama mulai April 2021 lalu sehinggalah sekarang.
“Kita sudah bersetuju untuk mengadakan AGM ini pada 12 Februari depan dengan agenda utamanya adalah untuk memilih barisan kepimpinan PSM baharu.
“Setelah selesai AGM, barulah kita kemukakan permohonan kepada ASTAF untuk kembali menjadi ahli gabungan kerana tak ada gunanya kita berjaya mengadakan pemilihan, namun masih berada di luar badan induk sepak takraw Asia itu kerana kita pasti ketinggalan daripada segi kejohanan, pengadilan, dan pelbagai lagi,” katanya.
Artikel asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Jan 09 2022

ZURAIDIN: Sekiranya ada isyarat daripada ahli gabungan dan bersekutu PSM lain bahawa saya perlu bertanding, saya bersedia menawarkan khidmat. - Foto Sinar Harian

Bekas ahli perniagaan warga China rugi RM4.2 juta terpedaya Macau Scam
Seorang bekas ahli perniagaan warga China kerugian RM4.2 juta selepas terpedaya dengan sindiket penipuan macau scam yang mendakwa sebagai pegawai polis.

Sembilan projek jambatan di Sarawak siap tahun ini - Timbalan Premier
Sembilan lagi projek pembinaan jambatan yang giat dilaksanakan di Sarawak dijangka siap dalam tahun ini, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Pemilihan PKR: Proses berjalan lancar, persiapan teratur - Fuziah
Persiapan bagi keseluruhan proses pemilihan jawatan PKR yang akan diadakan secara berperingkat bermula April hingga Mei depan berjalan lancar setakat ini, kata Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh.
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.

Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas pulau kecil Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima ole
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.

PRN Sabah: Gerakan sudah bersedia, kenal pasti tiga kawasan
Parti Gerakan telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang dan sudah mengenal pasti tiga kawasan untuk bertanding.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Presiden PSM: Zuraidin tunggu 'restu'
Zuraidin berkata, beliau buat masa ini belum mendapat sebarang ilham untuk menawarkan diri untuk jawatan tersebut.

Pelbagai langkah perlu diambil untuk kembalikan kegemilangan sepak takraw negara - GASTAK
Ia perlu dilakukan selepas beberapa persatuan sepak takraw negeri menarik diri daripada Persatuan Sepak Takraw (PSM).

PSM tidak mahu pemain terlalu dimanjakan
Datuk Seri Ahmad Ismail berkata langkah itu dibuat bagi memastikan atlet di bawah kendalian badan induk itu sentiasa merendah diri biarpun menempa kejayaan di temasya sukan berkenaan.