Pemain tenis remaja negara, Syed Agil Syed Naguib menjalani program latihan berbeza tahun ini dalam usaha membentuk corak permainan lebih agresif.
Syed Agil yang merupakan pemenang pingat emas temasya Sukan Universiti Asean Laos 2012 sudah bersedia menghadapi intensiti yang lebih tinggi dalam latihannya.
Pemain berusia 19 tahun ini berharap program latihan berterusan membantunya mendapat tempat untuk beraksi di saingan jelajah ATP Terbuka Malaysia nanti.
"Tahun ini banyak perubahan buat saya. Latihan juga semakin mantap dan setiap minggu saya bekerja keras," kata Syed Agil.
"Bagaimana peluang saya ke ATP Terbuka Malaysia nanti, itu terpulang kepada jurulatih tetapi saya fikir latihan ini akan membuatkan saya lebih bersedia untuk menghadapinya", ujarnya lagi.
Pada saingan ATP Terbuka Malaysia 2012, Syed Agil diberi peluang beraksi dalam acara perseorangan dan beregu.
Dia bagaimanapun tewas kepada pemain veteran Amerika Syarikat, Michael Yani di pusingan kelayakan saingan perseorangan.
Sementara dalam saingan beregu, dia yang bergandingan bersama Assri Marzuki atas tiket 'wildcard' kandas di pusingan pertama.
Pemain kelahiran Negeri Sembilan ini menjadi calon sesuai untuk menggantikan pemain nombor 1 negara ketika ini, Si Yew Ming yang sudah mencecah usia 33 tahun.
Syamil Izwan Azizan
Fri Feb 01 2013

Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.

Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas pulau kecil Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima ole
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.

PRN Sabah: Gerakan sudah bersedia, kenal pasti tiga kawasan
Parti Gerakan telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang dan sudah mengenal pasti tiga kawasan untuk bertanding.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Wanita dilanggar bas ketika minum di restoran
Kemalangan ini mengakibatkan seorang perempuan berusia 51 tahun yang sedang minum di kedai tersebut mengalami kecederaan bengkak di betis akibat terkena serpihan batu bangunan kedai.

Johor tidak benarkan pelaburan berkaitan pengimportan e-waste
Kerajaan negeri tidak akan membenarkan sebarang pelaburan membabitkan pengimportan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) ke negeri ini.

Peningkatan titik panas isyarat awal ancaman jerebu rentas sempadan di Asia Tenggara
Kebakaran hutan secara sporadik di Asia Tenggara memberi isyarat tentang jerebu berbahaya, yang boleh membawa kesan besar terhadap ekonomi dan masyarakat, mengingatkan kepada episod jerebu pada 1997.

Sukan Universiti Asean: Low Zheng Yong raih emas pertama negara
Perenang negara Low Zheng Yong meraih emas sulung Malaysia pada temasya Sukan Universiti Asean (AUG) 2022 menerusi acara 400 meter (m) gaya bebas lelaki di kampus Ban Yang Noi di sini hari ini.

M'sia tekad akhiri dominasi Thailand dalam takraw Sukan AUG 2014
Skuad sepak takraw universiti negara tekad mahu menaikkan semula prestasi sukan tradisi itu serta memecahkan dominasi Thailand pada temasya Sukan Universiti Asean.

Program latihan berbeza buat Syed Agil
Pemain tenis remaja negara, Syed Agil Syed Naguib menjalani program latihan berbeza dalam usaha membentuk corak permainan lebih agresif.
Jironi kecewa gagal tepati sasaran di AUG
Namun, Jironi tetap berpuas hati dengan persembahan yang dipamerkan dalam saingan AUG kali ini.

Kejayaan Mun Yee pembakar semangat kontinjen Malaysia
Ketua Kontinjen Negara di temasya Sukan Universiti Asean yakin Malaysia akan capai sasaran lima pingat emas dalam acara terjun
Renang dan terjun sandaran emas
Temasya Sukan Universiti Asean (AUG) ke-16 di Laos yang akan berlangsung selama sembilan hari, bermula 12 Dis ini.