KUALA LUMPUR: Pengurangan belanjawan Majlis Sukan Negara (MSN) bagi tahun 2021 menyaksikan 21 atlet olahraga digugurkan daripada program Podium dan Pelapis Kebangsaan.
Perkara itu disahkan Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) Datuk S. M. Muthu kepada Bernama hari ini, dan menyatakan hanya 22 atlet Program Podium dan 11 Pelapis dikekalkan bagi menghadapi tiga temasya sukan utama, tahun ini.
Selain itu peruntukan untuk KOM juga telah dipotong 50 peratus yang menyebabkan kesukaran kepada badan olahraga kebangsaan itu untuk merancangkan penganjuran kejohanan dan menghantar atlet ke luar negara untuk pendedahan.
"Kita sedang berbincang dengan MSN mengenai pemotongan peruntukan dan jumlah atlet. Dengan pemotongan besar peruntukan, kami kini berhadapan kesukaran dalam mengaturkan kalendar 2022," katanya ketika dihubungi.
Bagaimanapun Muthu mengesahkan bahawa tiga atlet elit lelaki iaitu atlet lontar cakera Muhammad Irfan Shamsuddin, Nauraj Singh Randhawa (lompat tinggi) dan Muhammad Hakimi Ismail (lompat kijang) telah disenaraikan di bawah Program Sukan Asia dan Komanwell (AsiaCom).
"Bagi atlet di bawah Program AsiaCom, MSN akan menanggung kesemua perbelanjaan, termasuk latihan di luar negara dan menyertai kejohanan," katanya.
Antara atlet yang digugurkan adalah, ratu pecut dan pemenang dua pingat perak Sukan SEA 2017 (100 meter (m) dan 200m) Zaidatul Husniah Zulkifli, pemenang pingat emas Sukan SEA 2017 acara jalan kaki 10,000m Elena Goh Ling Yin, pelari pecut Nixson Kennedy dan Muhammad Aqil Yasmin, Abdul Rahman Lee (lontar cakera), Royson Vincent dan Savinder Kaus (pelari jarak sederhana).
MSN baru-baru ini mengumumkan hanya 288 atlet berkebolehan akan dikekalkan untuk program latihan sepenuh masa sebagai persediaan Sukan SEA Hanoi, Sukan Komanwel Birmingham dan Sukan Asia Hangzhou, berbanding 400 atlet berlatih di bawah MSN sebelum ini.
Sementara itu mereka yang kekal dalam program Podium adalah Lee Hup Wei, Nauraj Singh, Yap Sean Yee, Ngu Jia Xin (kesemua atlet lompat tinggi), Muhammad Hakimi, Muhammad Irfan, Muhammad Haiqal Hanafi, Khairul Hafiz Jantan, Jonathan Nyepa, Muhammad Zulfiqar Ismail, Russel Alexander Nasir Taib dan Azreen Nabila Alias ( kesemua atlet pecut).
Turut tersenarai, Rayzam Shah Wan Sofian (lari berpagar), Iskandar Alwi (lompat galah), Andre Anuar Anura (lompat jauh), Jackie Wong Siew Cheer, Grace Wong Xiu Mei (kedua-duanya atlet lontar tukul besi), Choo Kang Ni, Queenie Ting Kung Ni (kedua-duanya lempar cakera), Norliyana Kamaruddin (heptatlon), R. Kirthana (lompat jauh, kijang) dan Luqmanul Hakim Khairul Akmal (pelari).
Mereka yang kekal tersenarai di bawah Program Pelapis pula ialah Muhammad Azeem Mohd Fahmi, Muhammad Arsyad Md Saat, Siti Norzullaika Ramli, Fatin Ilyana Mat Nayan, M. Darshini, Wan Muhammad Fazri Wan Zahari, Muhammad Naufal Shahrul Afzam, Sadat Marzuqi Ajisan, Nurul Hidayah Lukman, Kamal Farhan A. Rahman dan Nurul Wardatul Huwaida Mohd Hamka.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 03 2022
Menurut S. M. Muthu hanya 22 atlet Program Podium dan 11 Pelapis dikekalkan bagi menghadapi tiga temasya sukan utama, tahun ini. - Gambar fail/BERNAMA
AWANI Ringkas: SPRM: Integrasi AI dalam operasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
SPRM integrasi teknologi 'blockchain', AI dalam siasatan dan operasi
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengintegrasikan teknologi blok rantau (blockchain) dan kecerdasan buatan (AI) dalam operasi serta siasatan bagi memerangi taktik jenayah rasuah yang semakin berkembang.
Cuaca baik di Bintulu, air beransur surut
Selepas 24 jam yang menggetirkan, situasi banjir di Bintulu setakat petang khamis menunjukkan keadaan sedikit reda.
Banjir: Lebih lima jam terperangkap dalam pacuan empat roda
Pasukan bomba berjaya menyelamatkan mereka menggunakan tali kerana arus deras, dan kesemua mangsa dibawa keluar dengan selamat.
Teluk Guantanamo hanya berfungsi sebagai lokasi transit - Hegseth
Sementara itu. Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat menerusi satu wawancara pada Rabu berkata, kemudahan tahanan migran di Teluk Guantanamo hanya berfungsi sebagai kemudahan transit sementara untuk pendatang tanpa izin yang masuk ke Amerika Syarikat.
Trump arah pembinaan kemudahan tahanan migran di Teluk Guantanamo
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump akan mengarahkan Pentagon dan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri menyediakan kemudahan tahanan migran di Teluk Guantanamo untuk 30 ribu pendatang.
Tambah baik sistem saliran, dalamkan sungai cegah banjir - Tiong
Tiong berkata masalah itu menghalang air lebihan daripada disalirkan dengan cekap, sekali gus menyebabkan paras sungai meningkat dengan cepat.
Pihak berkuasa mulakan siasatan nahas Air Busan
Pihak berkuasa Korea Selatan telah melancarkan siasatan terhadap kebakaran di atas pesawat penumpang Air Busan yang memaksa pemindahan 176 orang pada malam Selasa di Lapangan Terbang Antarabangsa Gimhae di Busan.
Kes tipu isteri pelawak: Polis tahan pasangan suami isteri
Hussein Omar Khan berkata kedua-duanya yang berusia lingkungan 20-an ditahan di kediaman mereka di Salak Tinggi, Sepang, Selangor, malam tadi.
SPRM integrasi teknologi 'blockchain', AI dalam siasatan dan operasi
Azam berkata perkembangan teknologi dari semasa ke semasa turut membawa kepada cabaran baharu dalam menangani jenayah rasuah yang semakin kompleks.
Mohd Azizulhasni kekal dalam Program Podium, KPI ke Santiago
PKBM dan Majlis Sukan Negara (MSN) bersetuju untuk mengekalkan jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang dalam Program Podium tahun depan.
Pemilihan AGM: Presiden Paralimpik lapor SPRM, dakwa wujud elemen rasuah
Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin hari ini membuat laporan kepada SPRM yang mendakwa wujudnya eleman rasuah dalam pemilihan AJK badan itu.
Hannah harap kajian Program PPBN siap sebelum hujung tahun ini
Hannah berharap laporan kajian prestasi PPBN yang dilakukan AFC dapat disiapkan sebelum hujung tahun ini.
PSM setia dengan Ahmad Jais
Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) memutuskan untuk mengekalkan khidmat Ahmad Jais Baharun sebagai ketua jurulatih skuad sepak takraw lelaki kebangsaan.
Papan Selaju: Momo mula persiapan hadapi Sukan SEA 2025
Program pembangunan yang diusahakan pasukan the Razkals sudah bermula sejak 2020 untuk cuba melayakkan atlet Malaysia ke Olimpik pada 2028.
Azizulhasni kenang jasa MSN
MSN telah memainkan peranan yang amat penting dalam perjalanan karier saya selama ini, kata Azizulhasni.
Zii Jia tekad tampil aksi cemerlang di Eropah untuk slot Jelajah Dunia Akhir 2024
Zii Jia bertekad menampilkan aksi cemerlang dalam kejohanan di Eropah bagi memastikan kedudukannya kekal selamat untuk melayakkan diri ke Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Akhir 2024 di Hangzhou.
MSN, JBSN negeri diminta tingkat usaha pencarian atlet para wanita
Hannah berkata, daripada lebih 1,200 atlet di temasya Para SUKMA Sarawak 2024, hanya hanya 303 atlet atau 24 peratus adalah wanita.
MSN, MPM perlu duduk semeja - Hannah
Menteri Belia dan Sukan meminta Majlis Sukan Negara (MSN) dan Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) menyelesaikan 'perang dingin' secara profesional.
MSN kesal kenyataan melulu Presiden MPM
Beliau berkata atlet negara mesti diberikan sokongan pada setiap masa tanpa menghiraukan keputusan sama ada mereka menang atau kalah.