KAJANG: Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), akan memastikan kualiti padang di Stadium Nasional Bukit Jalil bersedia untuk aksi skuad Harimau Malaya menentang Oman pada 26 Mac ini.
Mengulas mengenai kekecewaan Ketua Jurulatih Harimau Malaya Kim Pan Gon mengenai tahap padang, Hannah berkata PSM sedang berusaha untuk memastikan kualiti padang dan rumput baik, menjelang aksi pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 itu.
"Stadium Nasional komited untuk skuad Harimau Malaya. Semua usaha yang dilakukan dalam beberapa minggu ini, semuanya untuk skuad Harimau Malaya (supaya dapat beraksi dengan baik)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Wanita Kementerian Belia dan Sukan (KBS), dan pelancaran video Kod Sukan Selamat di Uniten di sini, hari ini.
Semalam, Pan Gon melahirkan rasa kecewanya dengan keadaan padang Stadium Nasional yang bakal digunakan untuk aksi keempat pusingan kelayakan itu, selepas lawatan pada Khamis lepas, manakala Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berkata keadaan padang didapati berada pada tahap baik untuk menganjurkan perlawanan tersebut.
Sebelum ini, timbul persoalan mengenai keadaan padang di stadium keramat skuad Harimau Malaya itu, selepas beberapa konsert diadakan di venue berkenaan.
Skuad Harimau Malaya memulakan kem latihan pusat di Wisma FAM semalam, bagi persiapan menghadapi perlawanan ketiga Kumpulan D menentang Oman di Sultan Qaboos Sports Complex, Muscat pada 21 Mac, sebelum pulang ke tanah air bagi perlawanan keempat di Bukit Jalil pada 26 Mac.
Sementara itu, Hannah berkata pelancaran video Kod Sukan Selamat, yang melibatkan ratu gimnastik negara Farah Ann Abdul Hadi, bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan mempromosikan amalan sukan secara selamat.
Beliau berkata KBS akan bekerjasama dengan beberapa pihak untuk menayangkan video itu, yang menerangkan Kod Sukan Selamat dan cara untuk membuat laporan, di tempat awam.
"Sejak melancarkan Kod Sukan Selamat pada tahun lepas, kita mendapat komitmen daripada lebih 1,000 pihak terdiri daripada persatuan sukan, atlet dan beberapa kementerian. Kesedaran ini penting kerana tanggungjawab wujudkan persekitaran selamat dipikul bersama oleh semua pihak, termasuk ibu bapa dan sekolah," katanya.
Dalam perkembangan lain, Hannah melancarkan Program Senamrobik Komuniti Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2024 bertempat di Dataran Perumahan Awam Seri Selangor, Cheras pagi ini.
Program dengan pengisian 44 siri senam robik secara percuma, melibatkan peruntukan RM430,000 di 43 Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) itu, bertujuan untuk membudayakan sukan dan amalan gaya hidup aktif dalam kalangan masyarakat, terutamanya di peringkat komuniti.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 09 2024
Hannah berkata PSM sedang berusaha untuk memastikan kualiti padang dan rumput baik, menjelang aksi pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 itu. - Gambar fail/Bernama
Eksklusif! Joe Hart bakal tiba di Malaysia
Joe Hart bakal ke Malaysia dan secara eksklusif akan dibawakan menerusi Nadi Arena Jumaat ini.
CPTPP saluran kritikal kembang pelaburan, perdagangan antara Malaysia, UK - PM Anwar
Anwar berkata ini dapat dilaksanakan susulan daripada langkah kedua-dua negara menyertai perjanjian tersebut.
Malaysia perkasa syarikat pemula, pacu penyelesaian inovatif - Chang
Malaysia akan berusaha memperkasakan syarikat pemula dengan memudahkan kerjasama dan menggalakkan penyelesaian inovatif yang lebih komersial.
Thailand sokong Malaysia sebagai tuan rumah AIPA ke-46 - Johari
Perhimpunan Agung Antara Parlimen ASEAN (AIPA) ke-46 yang bakal dianjurkan di Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia telah mendapat sokongan yang amat baik dari Thailand.
Malaysia sasar perkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN di Bangkok
Malaysia menyasar untuk memperkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN (ADGMIN) kelima yang akan berlangsung dari 15 hingga 17 Jan, 2025 di Bangkok, Thailand.
Malaysia perlu rebut peluang peluang perdagangan luar untuk imbangi halangan perdagangan AS
Malaysia perlu mempelbagai rakan dagangan dan tidak bergantung sepenuhnya kepada sumber perdagangan tunggal, untuk mengukuhkan ekonominya.
Singapura perkenal kod amalan untuk aplikasi bagi meningkatkan keselamatan dalam talian
Kategori kandungan berbahaya yang dikenal pasti termasuk kandungan seksual, keganasan, bunuh diri dan mencederakan diri.
Tidak 'janji bulan bintang' MTBC usaha beri penghargaan sewajarnya
Mohd Najeeb menegaskan beliau sentiasa percaya terhadap kemampuan pemain terutama dengan jadual padat menanti mereka sepanjang tahun ini.
Perjanjian Gencatan senjata di Gaza dimeterai, mula Ahad ini
Rundingan gencatan senjata telah mencapai persetujuan berperingkat pada Rabu untuk menamatkan perang di Gaza antara Israel dan Hamas.
PM Palestin seru tindakan tamatkan pendudukan Israel
Mustafa berkata masyarakat antarabangsa mesti ambil tindakan konkrit dan tidak boleh diubah terhadap Israel untuk laksanakan penyelesaian dua negara.
PSM akan bekerja rapat dalam penerimaan rumput hibrid untuk Stadium Nasional
PSM akan bekerja rapat dengan pengurusan Stadium Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunos dalam proses penerimaan rumput hibrid bagi Stadium Nasional Bukit Jalil.
Moratorium jangka pendek bagi sebarang struktur pentas di padang Stadium Nasional
Satu moratorium jangka pendek telah dikeluarkan untuk menghalang sebarang pemasangan struktur pentas yang melibatkan persediaan konsert di padang Stadium Nasional Bukit Jalil.
Bedah siasat: PSM libatkan jururunding, kontraktor padang SNBJ
Perbadanan Stadium Malaysia akan mengadakan mesyuarat 'post mortem' bersama juruperunding dan kontraktor padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) minggu hadapan.
PSM pastikan kualiti padang Stadium Nasional bersedia untuk aksi Oman - Hannah
Hannah yakin Perbadanan Stadium Malaysia akan memastikan kualiti padang di Stadium Nasional Bukit Jalil bersedia untuk aksi skuad Harimau Malaya menentang Oman.
PSM mohon maaf Stadium Nasional kurang memuaskan untuk final Piala Malaysia
Permohonan maaf itu juga ditujukan kepada pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Terengganu FC serta penyokong kedua-dua pasukan berkenaan.
PSM komited sedia padang bertaraf dunia untuk Harimau Malaya - Hannah
Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) komited untuk menyediakan stadium dengan padang bola sepak bertaraf dunia bagi kegunaan skuad Harimau Malaya.
Isu rumput padang SNBJ rosak: PSM cuma ada tempoh lapan bulan
PSM mengambil maklum mengenai keadaan padang di SNBJ yang tidak memuaskan pada perlawanan pertama Pestabola Merdeka 2023 malam tadi.
Kemudahan percuma KBS: PSM terima 24 permohonan
Sebanyak 24 permohonan telah diterima oleh Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) setakat ini bagi tujuan penggunaan kemudahan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) secara percuma.
Konsert: Stadium Nasional gelanggang rasmi Harimau Malaya - Hamidin
Hamidin berkata FAM dan PSM masih berada dalam tempoh perjanjian yang menyaksikan Stadium Nasional sebagai gelanggang rasmi Harimau Malaya.
Rumput percuma Stadium Nasional Bukit Jalil jadi kenangan berharga
Orang ramai tidak melepaskan peluang untuk menjadikan rumput dari padang Stadium Nasional Bukit Jalil sebagai tanda mata kenangan di padang bola dan halaman rumah masing-masing.