KUALA LUMPUR: Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) memberi jaminan permukaan padang Stadium Nasional Bukit Jalil boleh digunakan bagi perlawanan akhir Piala Malaysia 2023 antara juara bertahan Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Terengganu FC pada 8 Dis ini.
Ketua Pegawai Eksekutif PSM Mohd Faidz Sanusi berkata susulan kerosakan yang berlaku selepas konsert Coldplay Rabu lepas, pihaknya akan melakukan kerja-kerja membaik pulih pada kadar segera seperti yang dilakukan ketika final Pestabola Merdeka 2023 sebelum ini.
"Kami akan pastikan permukaan padang Stadium Nasional boleh digunakan untuk final Piala Malaysia nanti. Kami sedar keprihatinan dan kebimbangan yang timbul dan akan segera mengatasi perkara itu," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Terdahulu, pemilik JDT Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang mengurniakan rumput jenis Zeon Zoysia untuk digunakan di Stadium Nasional memuat naik gambar keadaan permukaan padang gelanggang rasmi Harimau Malaya itu yang kelihatan terjejas di beberapa bahagian menerusi laman Instagram Story baginda.
Meskipun Tunku Ismail memuat naik gambar berkenaan tanpa sebarang kapsyen, pengguna media sosial rata-rata meluahkan kekesalan dan ketidakpuasan hati melihat keadaan permukaan padang itu.
Rabu lepas, kira-kira 85,000 peminat muzik membanjiri Stadium Nasional bersempena konsert Coldplay, sebuah kumpulan rock British.
Permukaan padang Stadium Nasional menjadi buah mulut orang ramai susulan keadaan yang tidak memuaskan ketika aksi pembukaan Pestabola Merdeka 2023 antara Malaysia dan India, bulan lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 24 2023
Mohd Faidz Sanusi berkata susulan kerosakan yang berlaku selepas konsert Coldplay, pihaknya akan melakukan kerja-kerja membaik pulih pada kadar segera seperti yang dilakukan ketika final Pestabola Merdeka 2023 sebelum ini. - Gambar X@Bernama
AWANI Ringkas: Tol percuma ketika perayaan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 22 Januari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 22 Januari 2025
1️⃣ Dera anak sehingga mati
2️⃣ Tiga individu didakwa bunuh, subahat bunuh wanita
3️⃣ Tol percuma ketika perayaan
#awaniringkas
1️⃣ Dera anak sehingga mati
2️⃣ Tiga individu didakwa bunuh, subahat bunuh wanita
3️⃣ Tol percuma ketika perayaan
#awaniringkas
Agenda AWANI: WEF2025 | ASEAN Tumpuan Dunia Merungkai Dasar Industri
Dalam dunia yang penuh sikap perlindungan dan berpecah belah, apakah cabaran untuk memandu arah dalam menarik pelaburan dan membangun industri penuh lestari?
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz bawa naratif ini ke World Economic Forum (WEF2025). Diskusi 830 mlm ini
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz bawa naratif ini ke World Economic Forum (WEF2025). Diskusi 830 mlm ini
Bursa Malaysia terus meningkat untuk hari keempat berturut-turut
Penanda aras FBM KLCI meningkat 7.34 mata atau 0.46 peratus kepada 1,587.80, dipacu terutamanya oleh sektor perladangan dan kewangan.
Konflik Syria: Pasca perang, jauh lagi perjalanan…
Syria kini berada dalam fasa perubahan selepas kejatuhan rejim Bashar Al Assad.
Editor Media Sosial Astro AWANI, Hilal Azmi, membawa anda menyelami realiti pasca perang dari Damsyik, meneliti cabaran infrastruktur, sekatan ekonomi, dan kehidupan rakyat yang terus berjuang dalam keadaan serba kekurangan.
Saksikan laporan eksklusif ini bersama Global Peace Mission Malaysia.
Editor Media Sosial Astro AWANI, Hilal Azmi, membawa anda menyelami realiti pasca perang dari Damsyik, meneliti cabaran infrastruktur, sekatan ekonomi, dan kehidupan rakyat yang terus berjuang dalam keadaan serba kekurangan.
Saksikan laporan eksklusif ini bersama Global Peace Mission Malaysia.
PLUS sedia buka 'Smart Lane' di 25 lokasi
PLUS Malaysia Berhad (PLUS) mengaktifkan Smart Lane di 25 lokasi tumpuan trafik di lebuh raya bagi melancarkan pergerakan trafik lebuh raya di lokasi terpilih sempena perayaan Tahun Baharu Cina.
Ketua Pegawai Operasi PLUS, Datuk Ir Zakaria Ahmad Zabidi berkata, Smart Lane boleh digunakan oleh kenderaan ringan, persendirian atau penumpang.
Ketua Pegawai Operasi PLUS, Datuk Ir Zakaria Ahmad Zabidi berkata, Smart Lane boleh digunakan oleh kenderaan ringan, persendirian atau penumpang.
Bekas Pengarah SRC tandatangan cek kosong
Datuk Suboh Md Yassin menandatangani cek kosong itu selepas bekas CEO SRC memaklumkan kepadanya bahawa itu adalah arahan 'pihak atas'.
Angka korban kebakaran Los Angeles meningkat kepada 28
Empat kebakaran liar masih berlaku di seluruh Los Angeles County, menurut Jabatan Perhutanan dan Perlindungan Kebakaran California.
Mahkamah tertinggi Colorado putuskan gajah-gajah di zoo AS bukan manusia
Habeas corpus tidak terpakai kepada haiwan, "tidak kira betapa canggih kognitif, psikologi atau sosial haiwan itu".
[Data & Statistik] Industri Pelancongan Global 2024
Setiausaha Agung UNWTO Zurab Pololikashvili menyatakan bahawa pelancongan global telah pulih sepenuhnya pada 2024, dengan banyak destinasi melepasi tahap 2019 dalam kedua-dua ketibaan pelancong dan pendapatan.
Beliau menambah bahawa permintaan kukuh dijangka mendorong pertumbuhan selanjutnya pada 2025.
Beliau menambah bahawa permintaan kukuh dijangka mendorong pertumbuhan selanjutnya pada 2025.
Brendan tak gentar perang psikologi Krygyzstan
Brendan Gan tidak gentar untuk berdepan Kyrgyzstan pada pusingan kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Khamis ini.
Makmal forensik hidupan liar kebangsaan jadi pusat kecemerlangan lindungi harimau Malaya
MyTFF juga bersetuju untuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) mewujudkan Pangkalan Operasi Hadapan di Tapak Kem Zabri, Daerah Hulu Perak.
Tiada keperluan pindahkan Orang Asli terkesan ancaman harimau - Mohd Amar
Tiada keperluan setakat ini untuk memindahkan Orang Asli di Gua Musang yang terkesan dengan ancaman harimau belang sejak Disember lepas.
Kerajaan cadang pasang kolar penjejak pada Harimau Malaya
Kementerian Tenaga dan Sumber Asli bercadang untuk memasang kolar penjejak pada kira-kira 150 ekor Harimau Malaya di seluruh negara untuk memudahkan urusan menjejaki haiwan mamalia itu.
Perhilitan laksana program pembiakan Harimau Malaya elak pupus
Perhilitan akan melaksanakan program pembiakan Harimau Malaya pada tahun ini, dalam usaha meningkatkan populasi spesies terancam itu.
Kajian pemikir muda demi alam, antaranya elak kepupusan ungka, harimau Malaya
Kajian mereka diramal mampu membantu Malaysia dan kerana itu, mereka terpilih sebagai penerima Geran Anugerah Merdeka untuk tahun 2021.
'Ngauman' penyanyi Malaysia untuk harimau Malaya
Konsert yang bakal diadakan pada 30 Ogos ini menandakan kemuncak kempen selama sebulan bertema 'Save the Malayan Tiger'.
Gosok gigi harimau? Ini jawapan penjaga harimau Malaya Zoo Negara
Namun, di sebalik personaliti ganas yang digeruni ramai, gelagat comel harimau Malaya mampu 'mencairkan hati' ramai pencinta haiwan.
Zoo Negara ambil langkah pastikan haiwannya tidak dijangkiti COVID-19
Zoo Negara mengambil langkah-langkah proaktif bagi memastikan lebih 300 spesies haiwan di lokasi itu tidak dijangkiti wabak COVID-19.
Harimau Malaya di New York positif COVID-19
Menurut ketua veterinari Zoo Bronx, Paul Calle, kes Nadia adalah unik kerana ia jatuh sakit selepas terdedah kepada seorang kakitangan yang positif, namun tidak menunjukkan simptom.