KUALA LUMPUR: Beregu lelaki muda negara Wan Arif Wan Junaidi-Mohd Haikal Nazri membuktikan puasa tidak menjadi halangan untuk mempamerkan aksi terbaik apabila berjaya melangkah ke final Masters Orleans di Perancis.
Arif Junaidi-Haikal Nazri yang berada di ranking ke-103 dunia, mengambil masa 41 minit untuk menyingkirkan pasangan tuan rumah Eloi Adam-Julien Maio 21-18, 21-16 dalam saingan separuh akhir berlangsung malam tadi.
Gandingan muda negara bakal berdepan Ruben Jille-Ties Van Der Lecq dari Belanda, yang sebelum itu menewaskan pasangan India P.S Ravikrishna-Sankar Prasad Udayakumar 13-21, 21-12, 22-20 dalam satu lagi aksi separuh akhir.
Sementara itu, Arif Junaidi mengakui ini adalah kali pertama mereka menyertai kejohanan dalam bulan Ramadan dan gembira berjaya melangkah ke peringkat akhir.
"Kali pertama bermain dalam puasa jadi kami 50-50 tadi...Alhamdulillah ada tenaga dan mental kuat sampai habis permainan.
"Pelan untuk final tidak tahu lagi macam mana, kami akan tengok rentak permainan lawan dahulu dan insya-Allah buat yang terbaik," katanya dalam klip video dikongsi kepada media hari ini.
Sementara itu, beregu campuran negara Yap Roy King-Teoh Mei Xing terkandas di separuh akhir selepas tewas kepada pasangan Indonesia Rehan Kusharjanto-Lisa Kusumawati 21-16, 21-15.
Mei Xing mengakui beberapa kesilapan menyebabkan mereka terpaksa akur dengan kekalahan dan berharap berpeluang digandingkan lagi dengan Roy King pada masa depan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 03 2022
Pasangan negara mengambil masa 41 minit untuk menyingkirkan pasangan tuan rumah 21-18, 21-16 dalam saingan separuh akhir pada Sabtu. - Foto Facebook/BAM
Tidak 'janji bulan bintang' MTBC usaha beri penghargaan sewajarnya
Mohd Najeeb menegaskan beliau sentiasa percaya terhadap kemampuan pemain terutama dengan jadual padat menanti mereka sepanjang tahun ini.
Perjanjian Gencatan senjata di Gaza dimeterai, mula Ahad ini
Rundingan gencatan senjata telah mencapai persetujuan berperingkat pada Rabu untuk menamatkan perang di Gaza antara Israel dan Hamas.
Malaysia perlu rebut peluang peluang perdagangan luar untuk imbangi halangan perdagangan AS
Malaysia perlu mempelbagai rakan dagangan dan tidak bergantung sepenuhnya kepada sumber perdagangan tunggal, untuk mengukuhkan ekonominya.
Malaysia, UK optimis peroleh penyelesaian isu Gaza secepat mungkin
Anwar berkata perkara itu dibincangkan semasa pertemuan dengan rakan sejawatnya Sir Keir Starmer di No. 10, Downing Street, London, pada Rabu.
Singapura perkenal kod amalan untuk aplikasi bagi meningkatkan keselamatan dalam talian
Kategori kandungan berbahaya yang dikenal pasti termasuk kandungan seksual, keganasan, bunuh diri dan mencederakan diri.
Pengharaman TikTok: Aplikasi RedNote jadi tumpuan pengguna AS
Pengguna di China mengalu-alukan pengguna baharu dari Amerika Syarikat dan bertukar pendapat mengenai topik seperti makanan dan pengangguran belia.
AS tegaskan semula sokongan untuk Korea Selatan, puji usaha tegakkan perlembagaan
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara Rumah Putih mengeluarkan kenyataan, menegaskan semula komitmen teguh Amerika terhadap Korea Selatan.
Tiga rakyat China dipenjara 7 tahun, terlibat aktiviti perlombongan haram
Cheng Chang Fu, Wan Ling Wu dan Cheng Hai-Yan juga dikehendaki membayar denda bersamaan $600,000 serta disenarai hitam daripada memasuki negara itu secara kekal.
PM Thailand jadi sasaran 'scammer' guna AI
Paetongtarn mendedahkan bahawa beliau hampir terpedaya dengan penipuan itu, apabila seorang penyamar menggunakan suara pemimpin berkenaan dan mendakwa beliau gagal membuat sumbangan tertentu.
Pengarang nafi terlibat serangan seksual lapan wanita
Dakwaan empat daripada mereka telah disiarkan pada Julai lalu dalam podcast Tortoise Media.
Terbuka India: Soon Huat-Shevon Lai mara, mudah tewaskan pasangan Indonesia
Goh Soon Huat-Shevon Lai, menepati ramalan apabila menewaskan lawan dari Indonesia, Rinov Rivaldy-Lisa Ayu Kusumawati dalam Badminton Terbuka India.
Dua beregu campuran negara pamer peningkatan ranking, Pearly Tan-M Thinaah turun satu tangga
Goh Soon Huat-Shevon Lai dan Chen Tang Jie-Toh Ee Wei memperbaharui ranking BWF mereka dengan menghuni tangga ketiga dan keempat dunia.
Gelaran beregu lelaki Terbuka Malaysia milik Won Ho-Seung Jae
Won Ho-Seung Jae muncul juara baharu dengan kemenangan 21-12, 21-12 dalam perlawanan selama 64 minit.
Mental belum cukup kuat punca Tang Jie-Ee Wei tersingkir - Nova
Katanya, jika mahu pergi lebih jauh, mereka perlu segera atasi masalah berkenaan terutama ketika berdepan beregu campuran handalan dunia.
BAM tidak lagi mahu dengar alasan pemain - Subramaniam
BAM telah melaburkan sejumlah wang yang besar untuk membayar jurulatih berkualiti tinggi serta pemain.
Yew Sin-Ee Yi masih mahu rebut tempat di Olimpik
Beregu lelaki profesional negara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi memberi bayangan akan meneruskan aksi di pentas antarabangsa dengan meletakkan sasaran layak ke Sukan Olimpik 2028 di Los Angeles.
Sze Fei-Nur Izzuddin kini ranking kedua dunia, beregu lelaki nombor satu negara
Finalis Badminton Final Jelajah Dunia BWF musim lalu itu memperbaharui ranking terkini apabila melonjak ke tempat kedua dunia.
Aaron-Wooi Yik cemas sebelum ke pusingan kedua
Pasangan pilihan kelima itu memulakan kempen di Axiata Arena Bukit Jalil dengan permulaan cerah, meraih kemenangan set pertama 21-15.
Terbuka Malaysia: Kebangkitan menakjubkan bawa Ee Yi-Yew Sin ke pusingan kedua
Teo Ee Yi-Ong Yew Sin bangkit selepas permulaan yang sukar untuk mengejutkan pasangan dari Indonesia, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto.
[TERKINI] Petronas Terbuka Malaysia: Bumbung Axiata Arena bocor, aksi dihentikan ekoran air hujan
Hari pertama saingan Petronas Terbuka Malaysia diselubungi situasi di luar jangkaan apabila bumbung Axiata Arena dipercayai bocor dan terpaksa menghentikan seketika perlawanan badminton.