KUALA LUMPUR: Impian Pulau Pinang memenangi pingat emas pertama bola sepak lelaki Sukan Malaysia (Sukma) terus bernyala apabila mara ke final selepas mengatasi Wilayah Persekutuan 1-0 pada aksi separuh akhir yang dicemari dengan kekecohan di penghujung perlawanan, malam tadi.
Pada pertembungan di Stadium UiTM Shah Alam itu, jaringan sepakan penalti disempurnakan ketua pasukan Mohd Danial Irfan Mohd Nadzri pada minit ke-40 menjadi perbezaan sekali gus menghampakan Wilayah Persekutuan yang belum pernah merangkul emas sejak edisi pertama pada 1986.
Menuju 90 minit, aksi bertukar panas dengan pemain Wilayah Persekutuan, Muhammad Iman Fakhrullah Zamri, dilayangkan kad merah pada minit ke-88 kerana menyepak pemain lawan sebelum keadaan semakin tegang apabila berlaku tolak menolak antara pemain.
Salah seorang pegawai Wilayah Persekutuan turut dilayangkan kad merah selepas melakukan provokasi terhadap pengadil yang menyaksikan beliau mengejar pengadil tersebut di tengah padang selepas diperintah keluar.
Bagaimanapun, suasana menjadi terkawal dengan bantuan pihak polis sebelum permainan bersambung dan keputusan 1-0 kekal berpihak Pulau Pinang.
Dalam satu lagi aksi separuh akhir di Stadium Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di Bangi menyaksikan juara hatrik dari edisi 2006 sehingga 2010, Terengganu mencipta kemenangan 2-1 ke atas Selangor.
Di awal perlawanan, Selangor tampak lebih agresif melakukan serangan, namun ketinggalan seawal minit kelapan apabila Terengganu membuka tirai jaringan hasil penyudah pemain tengah, Muhammad Muslihuddin 'Atiq Mat Zaid berpunca dari sepakan sudut.
Kelekaan barisan pertahanan Selangor membawa padah apabila kesilapan pemain menghantar bola dihidu pemain tengah Terengganu, Muhammad Zahin Raimi Zamani, yang bijak mengawal keadaan sebelum melepaskan rembatan untuk merobek gawang sekali gus menggandakan kedudukan pasukan.
Selangor merapatkan defisit jaringan pada minit ke-62 menerusi tandukan Muhammad Adim Muzahhir Saipu Azuan, namun gagal menemui gol penyamaan yang menyaksikan kedudukan 2-1 kekal berpihak Terengganu untuk melangkah ke final.
Aksi final antara Pulau Pinang menentang Terengganu dijadual berlangsung di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur di Cheras, Jumaat ini sementara Selangor dan Wilayah Persekutuan akan berentap dalam aksi penentuan pingat gangsa di Stadium UKM pada hari yang sama.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 21 2022

Mohd Danial Irfan meraikan jaringan selepas menyempurnakan sepakan penalti semasa menentang pasukan Wilayah Persekutuan pada aksi perlawanan separuh akhir bola sepak Sukma yang berlangsung di Stadium Shah Alam malam tadi. --fotoBERNAMA
Kerajaan Indonesia optimis pertumbuhan perdagangan
Sehingga kini, 19 perjanjian perdagangan telah dilaksanakan, 10 perjanjian perdagangan lain telah ditandatangani atau disahkan,16 sedang dalam proses rundingan, dan enam lagi di luar perjanjian perdagangan bebas dan perjanjian perkongsian ekonomi komprehensif sedang diproses.
UUM terajui program mobiliti pelajar ASEAN
Universiti Utara Malaysia (UUM) akan menerajui Program Mobiliti Pelajar ASEAN sempena penganjuran Pameran dan Forum Universiti ASEAN 2025 (AEF2025) yang akan berlangsung di Petaling Jaya, Selangor pada 24 dan 25 Feb ini.
Pelaksanaan RCEP, memperkukuh integrasi ekonomi ASEAN
ASEAN perlu menekankan integrasi ekonomi yang lebih mendalam, pengukuhan rantaian bekalan serantau dan sumbangan kepada pembangunan ekonomi global sebagai keutamaan bersama.
Biodiesel: Indonesia kaji campuran 50 peratus biodiesel
Pengeluar minyak sawit terkemuka dunia itu tahun ini meningkatkan campuran mandatori minyak sawit dalam biodiesel kepada 40 peratus (B40) daripada 35 peratus untuk mengurangkan pergantungan kepada bahan api diesel yang diimport.
Pelita Raya: Penyertaan Thailand, Singapura bakal meriahkan acara
Singapura dan Thailand telah bersetuju untuk menghantar wakil bagi memeriahkan program selama empat hari yang dijadualkan bulan depan itu.
Laos berhasrat majukan kawasan gunung berapi jadi tarikan
Usaha menaik taraf tapak gunung berapi yang tidak pernah meletus itu sedang dalam perancangan, dan ia disasarkan menjadi satu daya tarikan pelancongan.
AS kecam tindakan provokasi China ke atas Filipina
Duta Amerika Syarikat ke Filipina, Marykay Carlson mengecam tindakan china yang dianggap mendatangkan bahaya kepada juruterbang dan penumpang dalam pesawat peronda kerajaan Filipina di Laut China Selatan.
Filipina dakwa helikopter China lakukan provokasi
Pengawal Pantai Filipina mendakwa sebuah helikopter milik China melakukan penerbangan secara berbahaya di kawasan terumbu karang yang dipertikaikan di Laut China Selatan pada Selasa.
200 warga China akan dihantar pulang pada Khamis
China akan menghantar pulang 200 warganya yang terlibat dalam sindiket penipuan pekerjaan di sempadan Myanmar-Thailand.

Remaja maut akibat kusta, dua kampung Orang Asli di Kuala Pilah dikuarantin
Seorang remaja perempuan Orang Asli berusia 18 tahun disahkan meninggal dunia Isnin lepas, setelah seminggu demam akibat dijangkiti kusta, manakala lapan lagi sedang menerima rawatan.

Aniq Kasdan kecewa sukan angkat berat masih dipalit masalah doping
Barisan atlet elit kebangsaan sudah berusaha sebaik mungkin untuk memulihkan imej sukan itu.

Terbuka Vietnam: Jun Hao sudah lupakan kekalahan dalam final Sukma MSN
Leong Jun Hao memberikan tumpuan sepenuhnya kepada Kejohanan Badminton Terbuka Vietnam bermula Selasa ini.

Johor akan beri penghargaan kepada atlet cemerlang Sukma
Menteri Besar berkata, Johor mencipta sejarah apabila berjaya menjadi juara buat pertama kalinya dalam 36 tahun penganjuran Sukma.

Sukma MSN: Johor idam cipta sejarah paling banyak raih emas
Sekiranya sasaran lebih 80 emas itu berjaya direalisasikan, ia akan menyaksikan negeri dari selatan itu mencipta rekod baharu.

Sukma MSN: Terengganu takluk ibu pingat selepas 12 tahun
Berwaspada dengan ancaman di sebalik status 'underdog', Terengganu dipaksa menyerap asakan skuad Pulau Pinang.

Penantian emas 26 tahun hoki lelaki Pahang berakhir
Muhammad Idris Samad muncul sebagai wira pasukan menerusi jaringan pukulan sudut penalti pada minit ke-59.

Abdul Qaiyum hadiahkan emas buat Perak selepas lapan tahun
Beliau menewaskan petinju Pulau Pinang, R. Pavithran dengan keputusan 5-0.

Sukma: Wilayah Persekutuan mula dapat momentum, Johor sukar digugat
WiPers muncul kontinjen paling cemerlang apabila merangkul 11 daripada 59 pingat emas yang ditawarkan.

Pulau Pinang ke final, pegawai kejar pengadil dalam aksi 'panas'
Sepakan penalti oleh ketua pasukan menghampakan Wilayah Persekutuan yang belum pernah merangkul emas sejak edisi pertama pada 1986.

Sukma: Anak Mirnawan rangkul emas silat
Mirsha Nurathiqa membanggakan Mirnawan serta keluarga selepas merangkul emas acara silat seni kategori solo kreatif putri.