KUALA LUMPUR: Kekurangan acara 'lubuk emas' pada Sukan SEA 2023 di Kemboja dilihat akan memberikan kesan kepada jumlah pungutan pingat emas yang mampu dituai kontinjen negara pada temasya sukan berkenaan.
Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Datuk Mohd Nazifuddin Mohd Najib berkata keputusan Kemboja menyenaraikan lebih banyak sukan tradisional menyebabkan pungutan pingat negara mungkin berkurang atau sekurang-kurangnya menyamai pencapaian edisi ke-31 di Hanoi, Vitenam pada Mei lepas.
"Antara sukan tradisional yang akan dipertandingkan ialah renang sirip, catur kemboja, gusti dan bokator. Kita kena realistik sebab banyak sukan yang selalu dapat emas dikurangkan di Kemboja, jadi kena terima realiti kita tidak akan dapat emas sebanyak di Vietnam.
"Kita perlu fokus naratif di Kemboja banyak sukan dikurangkan contohnya terjun lapan acara jadi dua acara, jadi sasaran kita boleh dapat emas turun mungkin kita akan kehilangan sampai 12 pingat emas," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Pasca Mesyuarat dan Penghargaan untuk Pengurus Pasukan dan Urusetia Kontinjen Malaysia Sukan SEA ke-31 yang dipengerusikan Ketua Kontinjen (CDM) Datuk Nur Azmi Ahmad.
Pada Sukan SEA ke-31, Malaysia menduduki tempat keenam selepas memenangi 39 pingat emas, 45 perak dan 90 gangsa, melepasi sasaran pingat 36-35-75.
Selain itu, Mohd Nazifuddin berkata khidmat atlet muda amat diperlukan dalam kontinjen negara di Kemboja.
"Kita melihat selepas Sukan Malaysia (Sukma) banyak atlet muda dan kita percaya di sana (Kemboja) dua sukan terdapat banyak acara iaitu olahraga dan renang. Jadi memang perlu atlet muda untuk mencapai podium," katanya.
Beliau berkata MOM akan mengadakan pemilihan pada 11 Okt ini bagi menentukan saiz kontinjen dan berkemungkinan akan menghantar kontinjen kecil tetapi dengan pilihan untuk pulangan pingat yang baik.
Sementara itu, Nur Azmi berkata persiapan menghadapi Sukan SEA 2023 pasti lebih tersusun dan bersedia dengan mesyuarat yang diadakan hari ini.
Sukan SEA 2023 dijadual berlangsung dari 5 hingga 17 Mei tahun depan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 01 2022
![Pungutan pingat di Sukan SEA 2023 mungkin kurang - MOM Pungutan pingat di Sukan SEA 2023 mungkin kurang - MOM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/41664635770_Nazifuddin.jpg)
Mohd Nazifuddin berkata khidmat atlet muda amat diperlukan dalam kontinjen negara di Kemboja. - Gambar fail
![Fahmi ucap takziah kepada keluarga bekas wartawan Utusan Melayu Muhammad Basir Fahmi ucap takziah kepada keluarga bekas wartawan Utusan Melayu Muhammad Basir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739657048_TBFahmi.jpg)
Fahmi ucap takziah kepada keluarga bekas wartawan Utusan Melayu Muhammad Basir
Fahmi mendoakan agar seluruh keluarga Allahyarham tabah dan dikurniakan kekuatan dalam menghadapi kehilangan itu.
![Prabowo rancang 15 projek mega teruskan dasar hiliran Jokowi Prabowo rancang 15 projek mega teruskan dasar hiliran Jokowi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41734388703_Prabowo.jpg)
Prabowo rancang 15 projek mega teruskan dasar hiliran Jokowi
Prabowo menjelaskan bahawa usaha hiliran sumber semula jadi bagi meningkatkan nilainya selaras dengan misi utama pentadbirannya.
![Keharmonian, kesejahteraan dan keadilan sosial teras ketamadunan bandar - Dr Zaliha Keharmonian, kesejahteraan dan keadilan sosial teras ketamadunan bandar - Dr Zaliha](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739655954_TBAaronAgoDagang.jpg)
Keharmonian, kesejahteraan dan keadilan sosial teras ketamadunan bandar - Dr Zaliha
Tidak ada maknanya ibu negara memiliki bangunan pencakar langit tertinggi, tetapi masih ada rakyat yang bergelut dalam kesukaran hidup.
![Dihukum kad merah, Selangor FC tetap benam PDRM FC 3-2 Dihukum kad merah, Selangor FC tetap benam PDRM FC 3-2](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739655416_TBChallengeCup.jpg)
Dihukum kad merah, Selangor FC tetap benam PDRM FC 3-2
Selangor dan PDRM seterusnya akan bertemu sekali lagi bagi final kedua pada 22 Feb ini di venue yang sama.
![MOF jangka peruntukan Kampung Angkat MADANI dibelanjakan sepenuhnya tahun ini MOF jangka peruntukan Kampung Angkat MADANI dibelanjakan sepenuhnya tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739654077_TBAmirHamzah.jpg)
MOF jangka peruntukan Kampung Angkat MADANI dibelanjakan sepenuhnya tahun ini
Peruntukan itu, yang diumumkan dalam Belanjawan 2024, bertujuan merapatkan jurang antara desa dan bandar dengan menyediakan kemudahan diperlukan.
![Selangor pastikan pemilihan jenis sukan di SUKMA 2026 adil kepada semua Selangor pastikan pemilihan jenis sukan di SUKMA 2026 adil kepada semua](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71732712031_NajwanHalimi.jpg)
Selangor pastikan pemilihan jenis sukan di SUKMA 2026 adil kepada semua
Selangor akan memastikan pemilihan jenis sukan yang dipertandingkan pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 adil kepada semua negeri.
![Lebih 16,000 laporan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak tahun lepas Lebih 16,000 laporan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak tahun lepas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739623650_DatinWongPoiHong.jpg)
Lebih 16,000 laporan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak tahun lepas
Sebanyak 16,328 laporan direkodkan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak (CSAM) di negara ini sepanjang tahun lepas.
![Tular: Penjual jagung papar notis berunsur perkauman dikecam Tular: Penjual jagung papar notis berunsur perkauman dikecam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739636564_Videotular.jpg)
Tular: Penjual jagung papar notis berunsur perkauman dikecam
Baru-baru ini tular satu rakaman di media sosial yang memaparkan notis berunsur perkauman oleh seorang penjual jagung bakar di Kota Warisan, Sepang.
![Kerajaan sasar tambah van khidmat guaman bergerak bantu rakyat B40 Kerajaan sasar tambah van khidmat guaman bergerak bantu rakyat B40](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739628918_MKulasegaranJust.jpg)
Kerajaan sasar tambah van khidmat guaman bergerak bantu rakyat B40
Ketika ini terdapat lima van bergerak tersedia termasuk tiga yang diperoleh sewaktu kepimpinan Kerajaan MADANI.
![Industri automotif China, Eropah miliki potensi kerjasama besar - Menteri Perdagangan China Industri automotif China, Eropah miliki potensi kerjasama besar - Menteri Perdagangan China](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/71663595871_car.jpg)
Industri automotif China, Eropah miliki potensi kerjasama besar - Menteri Perdagangan China
Industri automotif di China dan Eropah mempunyai asas kukuh serta potensi besar untuk bekerjasama, kata Menteri Perdagangan China, Wang Wentao.
![APG 2022: Sasaran 35 pingat semakin hampir APG 2022: Sasaran 35 pingat semakin hampir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/61697860807_MegatDShahrimanZa.jpg)
APG 2022: Sasaran 35 pingat semakin hampir
Kontinjen negara di APG Hangzhou 2022 semakin menghampiri sasaran 35 pingat ditetapkan selepas berakhirnya saingan hari ketiga temasya itu, hari ini.
![Pungutan pingat di Sukan SEA 2023 mungkin kurang - MOM Pungutan pingat di Sukan SEA 2023 mungkin kurang - MOM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/41664635770_Nazifuddin.jpg)
Pungutan pingat di Sukan SEA 2023 mungkin kurang - MOM
Kekurangan acara 'lubuk emas' pada Sukan SEA 2023 di Kemboja dilihat akan memberikan kesan kepada jumlah pungutan pingat emas yang mampu dituai kontinjen negara pada temasya sukan berkenaan.
![Sukan SEA: Pengkritik perlu konstruktif - Ti Lian Ker Sukan SEA: Pengkritik perlu konstruktif - Ti Lian Ker](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/41653779775_TiLianKer.jpg)
Sukan SEA: Pengkritik perlu konstruktif - Ti Lian Ker
Beliau berkata, kritikan berkaitan sasaran juga perlulah pada masa bersesuaian.
![Sukan SEA Hanoi: Syabas sasaran dicapai, namun kurang 'gah' Sukan SEA Hanoi: Syabas sasaran dicapai, namun kurang 'gah'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/51653298046_MenteriBeliadanSu.jpg)
Sukan SEA Hanoi: Syabas sasaran dicapai, namun kurang 'gah'
Malaysia berjaya mengatasi sasaran 36 pingat emas, 35 perak dan 75 gangsa dengan merangkul 39-45-90 pingat, sekali gus meraih tempat keenam keseluruhan.
![Sukan Asia: Kita perlu realistik sasaran emas - Azim Sukan Asia: Kita perlu realistik sasaran emas - Azim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-08/41533367764_DatukSeriAbdulAzim.jpg)
Sukan Asia: Kita perlu realistik sasaran emas - Azim
Malaysia perlu memungut lebih 10 pingat emas berdasarkan pungutan pingat edisi lalu sekiranya ingin mencapai kelompok 10 terbaik.
![Gold Coast 2018: Mazlan anggap Malaysia gagal Gold Coast 2018: Mazlan anggap Malaysia gagal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-04/41523802282_DatukWiraMazlan.jpg)
Gold Coast 2018: Mazlan anggap Malaysia gagal
Sasaran utama Malaysia adalah untuk menempatkan diri dalam kelompok 10 negara terbaik dalam kalangan negara bertanding.
![Misi kontinjen negara tercapai di Singapura Misi kontinjen negara tercapai di Singapura](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://www.stadiumastro.com/DesktopModules/PackFlashPublish/Resources/handlers/imageResizeAndCrop.ashx?height=288&width=512&portalID=0&image=~/Portals/0/Sukan Sea 2015/080615AtletMalaysia.jpg)
Misi kontinjen negara tercapai di Singapura
Kejayaan Kontinjen negara di temasya Sukan SEA ke-28 mengumpul 60 pingat emas sehingga Isnin mengatasi pencapaian di Sukan SEA Myanmar dua tahun lepas.
![Sukan SEA: Silat sumbang tiga emas Sukan SEA: Silat sumbang tiga emas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://www.stadiumastro.com/DesktopModules/PackFlashPublish/Resources/handlers/imageResizeAndCrop.ashx?height=288&width=512&portalID=0&image=~/Portals/0/Sukan Lain/221214BlurMedal.jpg)
Sukan SEA: Silat sumbang tiga emas
Tiga pingat emas berjaya dikutip skuad silat negara dalam lima pentas akhir yang berlangsung hari ini, di temasya Sukan Sea ke-28, Singapura.
![Malaysia melepasi jumlah pingat emas di Myanmar Malaysia melepasi jumlah pingat emas di Myanmar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://www.stadiumastro.com/DesktopModules/PackFlashPublish/Resources/handlers/imageResizeAndCrop.ashx?height=288&width=512&portalID=0&image=~/Portals/0/Sukan Sea 2015/050515SukanSEA2015Arena.jpg)
Malaysia melepasi jumlah pingat emas di Myanmar
Kontinjen negara kini sudah melepasi jumlah pungutan pingat emas yang diperolehi pada Sukan SEA ke-27 di Myanmar dua tahun lepas.
![OKS bakal tinggalkan FAM? OKS bakal tinggalkan FAM?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://www.stadiumastro.com/DesktopModules/PackFlashPublish/Resources/handlers/imageResizeAndCrop.ashx?height=288&width=512&portalID=0&image=~/Portals/0/Bola Sepak Malaysia/100913OngKimSwee.jpg)
OKS bakal tinggalkan FAM?
Pengendali skuad bawah 23 tahun negara Datuk Ong Kim Swee berkata mengendalikan skuad remaja negara untuk tiga edisi Sukan Sea sudah cukup buat dirinya.