Pelumba Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT), Fabio Quartararo sekali lagi membuktikan kehebatan selaku pelumba muda dalam kelas MotoGP apabila menyambar petak utama pada perlumbaan Grand Prix (GP) Thailand, esok.
Pelumba Sepanyol berusia 20 tahun itu mencatat sepusingan terpantas satu minit 29.719 saat pada sesi kelayakan kedua (Q2) hari ini yang juga catatan rekod baharu terpantas di Litar Antarabangsa Chang di Buriram.
Ia adalah petak utama keempat diraih selaku pelumba muka baharu dalam kelas elit MotoGP.
Quartararo menamatkan saingan 0.106s di depan penunggang Sepanyol, Marverick Vinales daripada Monster Energy Yamaha GP manakala penyandang juara dunia, Marc Marquez (Repsol Honda) dari Sepanyol melengkapkan barisan hadapan selepas ketinggalan 0.212s.
Rakan sepasukan Quartararo, Franco Morbidelli dari Itali pula menghuni petak keempat dengan catatan masa terpantas 1:30.431s.
Quartararo kini menduduki tangga keempat dalam kedudukan keseluruhan MotoGP 2019 selepas 14 pusingan dengan mengumpul 123 mata serta mendahului senarai Pelumba Muda Terbaik 2019 (Rookie of The Year) dengan kelebihan 74 mata daripada pencabar terdekat dari Sepanyol, Joan Mir daripada pasukan Suzuki Ecstar.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 05 2019

Quartararo (tengah) meraikan kemenangan bersama Maverick Vinales (kiri) dan Marc Marquez. - Reuters
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Pelumba pasukan Petronas Yamaha SRT tekad bangkit cemerlang di Catalunya GP
Quartararo yakin untuk sekali lagi mempamerkan persembahan memberangsangkan.

Kemenangan berganda lonjak semangat pasukan Petronas Yamaha SRT
Prinsipal Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT) Datuk Razlan Razali adalah individu paling gembira apabila pelumba pasukannya Fabio Quartararo meraih kemenangan berganda di Litar Jerez, Sepanyol pa

Quartararo rangkul kemenangan sulung MotoGP
Muncul sebagai pelumba kedua Perancis memenangi kelas premier sejak rakan senegara Regis Laconi rangkul kemenangan sama di Litar Valencia pada 1999.

Quartararo raih petak pertama GP Malaysia
Quartararo tampilkan tunggangan cemerlang di trek kering sepanjang 5.543km itu dengan mencipta rekod masa terpantas 1 minit 58.303 saat.

Quartararo sambar petak pertama GP Thailand
Pelumba Sepanyol berusia 20 tahun itu mencatat sepusingan terpantas satu minit 29.719 saat pada sesi kelayakan kedua (Q2) pada Sabtu.

MotoGP: Fabio, John naik podium
Fabio kini berkedudukan ketujuh keseluruhan dengan 92 mata, manakala Franco di tempat ke-12 dengan 58 mata.

Grand Prix Itali: Quartararo bermula dari petak kedua
Quartararo, yang mencatatkan masa kedua pantas pada sesi Kelayakan 2 (Q2) selepas melakukan masa terbaik sepusingan satu minit dan 45.733 saat.