KUALA LUMPUR: Tidak pernah terdetik dalam hati legenda badminton negara Datuk Rashid Sidek bahawa Malaysia akan melalui kemarau panjang untuk memenangi semula Piala Thomas.
Rashid, sebahagian daripada skuad ditunjangi adik beradik Sidek yang menjulang Piala Thomas buat kali terakhir untuk negara pada 1992 di Kuala Lumpur, berkata beliau terkilan kerana badminton antara sukan popular di negara ini, namun sehingga sekarang Malaysia bergelut untuk memenangi kejohanan berprestij itu.
Pemenang pingat gangsa perseorangan lelaki Sukan Olimpik Atlanta 1996 itu juga hairan bagaimana perkara itu boleh berlaku, sedangkan negara tidak ketandusan pemain berbakat dan memiliki segala kemudahan serta infrastruktur yang lebih baik berbanding dahulu.
"Saya tak pernah terfikir yang Malaysia susah nak dapatkan balik Piala Thomas sampai sekarang, saya fikir mungkin dalam masa 10 tahun boleh dapat semula ataupun 20 tahun kita akan menang balik, tetapi ini sudah 32 tahun.
"Kadang-kadang saya agak terkilan sebab badminton salah satu sukan yang popular di Malaysia, kita tidak ada ketandusan pemain, dari segi kemudahan lebih canggih dan lengkap daripada tahun 1992 tetapi masih tak lagi (menang Piala Thomas)," katanya ketika ditemui Bernama di sini, hari ini.
Berkongsi kenangan manis kejayaan menjulang Piala Thomas, Rashid berkata impaknya amat besar buat Malaysia.
"Impaknya memang bagus sangat, memang satu Malaysia jadi viral, semua nak main badminton di tepi jalan pun boleh nampak orang main badminton, jadi saya berharap Malaysia boleh menang balik Piala Thomas sebab impak dia memang terlalu hebat," kata legenda berusia 55 tahun itu.
Selain Rashid, gandingan Razif-Jalani yang juga adik beradik Sidek merupakan antara pasangan beregu negara dalam skuad 1992 yang menewaskan Indonesia 3-2 di final, sekali gus membantu Malaysia meraih gelaran juara Piala Thomas kelima.
Selepas edisi 1992, Malaysia muncul naib juara sebanyak empat kali iaitu pada edisi 1994 di Jakarta, Indonesia; 1998 di Hong Kong; 2002 di Guangzhou, China dan edisi 2014 di New Delhi, India.
Dalam pada itu, mengulas peluang Malaysia mencabar kejuaraan pada Piala Thomas 2024 di Chengdu, China bermula 27 April hingga 5 Mei ini, Rashid berkata ia bukan tugas yang mudah.
"Secara jujur peluang Malaysia untuk menang kali ini, bukan senang...bukan tak boleh tetapi susah sangat, kalau nak menang pada edisi kali ini mereka kena ada pasukan yang seimbang, sekurang-kurangnya ada dua pemain perseorangan dan dua gandingan beregu yang bagus, sama macam skuad 1992.
"Jadi kalau kita hanya ada satu pemain perseorangan dan dua beregu yang bagus, kita hanya bergantung pada tiga pemain ini saja, yang lagi dua bukan tak boleh harap tetapi nampak standardnya belum sampai. Jadi pandangan saya di situ pasukan nampak agak pincang," katanya.
Sementara itu, beliau berkata Denmark dan Indonesia merupakan dua pasukan pilihannya untuk memenangi Piala Thomas tahun ini, namun tidak menolak kemungkinan kejutan boleh berlaku seperti yang dicipta India ketika meraih gelaran sulung pada edisi 2022 di Bangkok, Thailand.
"Kalau ikutkan kekuatan Denmark ada peluang, Indonesia pun ada peluang sebab salah satunya Jonatan Christie (pemain perseorangan) tengah pada prestasi terbaik, dua pasukan ini ada peluang jadi juara," katanya.
Pada kempen Piala Thomas 2024, Malaysia yang antaranya dibarisi pemain perseorangan profesional Lee Zii Jia dan gandingan bekas juara dunia Aaron Chia-Soh Wooi Yik, diundi dalam Kumpulan D bersama Denmark, Hong Kong dan Algeria.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 18 2024

Rashid berkata beliau terkilan kerana badminton antara sukan popular di negara ini, namun sehingga sekarang Malaysia bergelut untuk memenangi kejohanan berprestij itu. - Foto Bernama
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Chong Wei berterima kasih kepada semua jurulatih yang membantu kerjayanya
Semua jurulatih itu bukan hanya menggilap kemahiran badminton bahkan membina keperibadiannya sehingga berjaya ke hari ini.

Rashid Sidek tarik balik perletakan jawatan
Bekas jaguh perseorangan negara itu akan kembali bertugas di bawah naungan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) bermula 1 Oktober ini.

Rashid curi tumpuan dengan perletakan jawatan
Perletakan jawatan Rashid Sidek mendapat pelbagai reaksi daripada semua pihak.