KUALA TERENGGANU: Ratu kayak Sukan Malaysia (Sukma) 2022, Shahida Asyiqin Rusli tekad memilih untuk memberikan fokus kepada pelajaran sekali gus melepaskan impiannya dalam bidang sukan.
Shahida Asyiqin yang berpeluang mewakili negara ke Sukan SEA 2023 memilih untuk bersara pada usia 18 tahun dan kini menunggu tawaran daripada Institusi Pengajian Tinggi (IPT) bagi meneruskan pelajaran dalam bidang Sains Sukan yang menjadi cita-citanya.
Atlet kelahiran Kuala Terengganu itu berkata keputusan dibuat tidak dipengaruhi mana-mana pihak termasuk ibu bapa yang sentiasa memberikan galakan untuk beliau meneruskan karier dalam bidang sukan.
"Saya tidak nafikan ada juga rasa rugi tetapi keputusan saya muktamad... dah nekad hendak bersara.
"Keluarga ada nasihat supaya saya teruskan bermain (bersukan), tetapi saya tidak mahu kerana hendak tumpu sepenuhnya pada pelajaran. Akhirnya, mereka diam dan terima saja keputusan saya," katanya ketika ditemui di sini malam tadi.
Bagaimanapun, Shahida Asyiqin berkata beliau sedia mempertimbangkan untuk bertanding di peringkat IPT sekiranya diterima masuk ke mana-mana universiti.
"Saya memang berhasrat untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) tetapi sehingga kini belum ada perkembangan," katanya.
Shahida Asyiqin mencipta rekod tersendiri pada Sukma 2022 di Kuala Lumpur apabila memenangi empat pingat emas, tiga perak dan enam gangsa.
Beliau turut memecahkan tiga rekod kebangsaan dalam acara Kayak Single 100 meter wanita, Kayak Single 500 meter wanita dan Kayak Four 100 meter wanita.
Kejayaan tersebut membolehkan beliau dianugerahkan insentif tertinggi Sukma sebanyak RM33,500 oleh kerajaan negeri.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 21 2022
![Ratu kayak Sukma tekad bersara di usia muda Ratu kayak Sukma tekad bersara di usia muda](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/81666322714_TBKayaksukma.jpg)
Shahida Asyiqin kini menunggu tawaran daripada Institusi Pengajian Tinggi bagi meneruskan pelajaran dalam bidang Sains Sukan yang menjadi cita-citanya. - Foto Sinar Harian
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
El Salvador rampas 1.7 metrik tan kokain, tiga ditahan
Pihak berkuasa El Salvador mengumumkan rampasan 1.7 metrik tan dadah kokain dianggar bernilai US$44.8 juta dalam operasi pada 7 Februari lalu.
Yaman protes, bantah rancangan 'gila' Trump ingin ambil alih Gaza
Turut hadir di perhimpunan tersebut ialah Menteri Pertahanan Houthi Yaman, Mohammed Al-Atifi
Tiga tebusan Israel merdeka, 369 tahanan Palestin dibebaskan sebagai pertukaran
Tebusan Israel Iair Horn, Sagui Dekel-Chen dan Sasha Troufanov diserahkan kepada pasukan Palang Merah selepas perundingan di antara Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) berjaya.
Lima resolusi rampas Kedah pada PRU akan datang
Konvensyen Perpaduan Kedah 2025 menggariskan lima resolusi yang dipersetujui bersama hasil garapan pandangan pimpinan dan akar umbi Pakatan Harapan (PH) serta Barisan Nasional (BN).
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia
Bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Muhammad Basir Abu Bakar meninggal dunia pada usia 46 tahun, di Hospital Serdang dekat sini, pada Sabtu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Februari 2025.
![Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739634787_DatukAaronAgoDaga.jpg)
Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
Tumpuan Ahad – 16 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
![Pemuda berkayak ditelan paus humpback di Chile Pemuda berkayak ditelan paus humpback di Chile](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739499278_Pemudakayak.jpg)
Pemuda berkayak ditelan paus humpback di Chile
Adrian dan bapanya sedang berkayak di Punta Arenas dan secara tiba-tiba dia hilang daripada pandangan bapanya.
![Pusat latihan kejurulatihan kayak bakal dibangunkan di Politeknik Ibrahim Sultan Pusat latihan kejurulatihan kayak bakal dibangunkan di Politeknik Ibrahim Sultan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/61699519069_TBPSIteatimejp.jpg)
Pusat latihan kejurulatihan kayak bakal dibangunkan di Politeknik Ibrahim Sultan
Pusat latihan itu dijangka melatih sebanyak 30 jurulatih kayak yang kemudiannya akan dihantar ke politeknik di seluruh negara.
![Ratu kayak Sukma tekad bersara di usia muda Ratu kayak Sukma tekad bersara di usia muda](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/81666322714_TBKayaksukma.jpg)
Ratu kayak Sukma tekad bersara di usia muda
Keputusan dibuat tidak dipengaruhi sesiapa termasuk ibu bapa yang sentiasa memberi galakan untuknya meneruskan karier dalam bidang sukan.
![Mayat warga Singapura lemas ketika berkayak dibawa pulang ke negara asal Mayat warga Singapura lemas ketika berkayak dibawa pulang ke negara asal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-08/81565909442_LouisPang.jpg)
Mayat warga Singapura lemas ketika berkayak dibawa pulang ke negara asal
Mayat peserta kayak warga Singapura yang ditemui terapung di perairan kemaman telah dibawa pulang ke negara asalnya pada Jumaat.
![Mayat wanita lemas ketika berkayak dibawa pulang ke Singapura Mayat wanita lemas ketika berkayak dibawa pulang ke Singapura](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-08/81565909442_LouisPang.jpg)
Mayat wanita lemas ketika berkayak dibawa pulang ke Singapura
Mayat mendiang telah melalui proses bedah siasat pasukan forensik Hospital Kemaman kira-kira pukul 12 tengah hari Khamis, dan selesai pada 3.30 petang.
![Kayak milik dua rakyat Singapura hilang di perairan Mersing ditemui Kayak milik dua rakyat Singapura hilang di perairan Mersing ditemui](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-08/71565697295_TBKAYAK.jpg)
Kayak milik dua rakyat Singapura hilang di perairan Mersing ditemui
Kayak dipercayai milik dua warga Singapura yang dilaporkan hilang ketika melakukan aktiviti berkayak di Perairan Endau, ditemui kira-kira 12.30 tengah hari pada Selasa.
![Dua rakyat Singapura hilang ketika berkayak di perairan Mersing Dua rakyat Singapura hilang ketika berkayak di perairan Mersing](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-10/61507519750_kayak.jpg)
Dua rakyat Singapura hilang ketika berkayak di perairan Mersing
Operasi SAR digerakkan pada 3.30 petang tadi dan Pangkalan Hadapan Carilamat turut ditubuhkan di Jeti Penumpang Penyabong, Endau.
![Kayak terbalik: 16 jam bertarung nyawa, dua pelancong dijumpai selamat Kayak terbalik: 16 jam bertarung nyawa, dua pelancong dijumpai selamat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-10/51507524362_TBKayakTerbalik.jpg)
Kayak terbalik: 16 jam bertarung nyawa, dua pelancong dijumpai selamat
Pesawat udara yang berlepas dari Stesen Udara Maritim Subang pada jam 7.12 pagi itu membuat rondaan di sekitar perairan Tanjung Tuan sebelum terlihat objek seperti jaket keselamatan.
![Dua pelancong tempatan dikhuatiri lemas Dua pelancong tempatan dikhuatiri lemas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-10/41507516099_Drowning.jpg)
Dua pelancong tempatan dikhuatiri lemas
Mereka memulakan aktiviti kayak sekitar jam 2 petang sebelum terperangkap dalam pusaran air.