REKOD 100 meter kembali milik Watson Nyambek.
Itu pengesahan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) selepas Brunei setakat ini gagal menyediakan dokumen sah mengenai aspek teknikal ketika Badrul Hisham Abd Manap mencipta 10.29 saat, November lalu.
Selepas beberapa siri perbincangan dan mesyuarat, akhirnya presiden KOM, Datuk Karim Ibrahim bersuara mengenai siapa pemilik rekod 100 meter kebangsaan.
Rekod Badrul tidak dapat diiktiraf kerana Brunei gagal menyediakan bukti sah.
Jadi buat masa ini, Watson masih lagi kekal sebagai pemegang rekod 100 meter kebangsaan dengan catatan 10.30 saat dilakukan pada 1998.
"Kami belum memperbetulkan rekod itu namun kami menerima catatan itu (Badrul). Selagi ia belum diperbetulkan (iktiraf), Watson adalah pemegang rekod kebangsaan," kata Karim.
Isu rekod 100 meter kebangsaan wujud apabila alat pengukur angin tidak berada di kedudukan tepat.
Malah, Brunei juga gagal menyediakan bukti 'photofinish' seperti yang termaktub dalam peraturan persekutuan olahraga antarabangsa (IAAF).
VIDEO: Watson Nyambek minta KOM tentukan siapa pemegang rekod 100 meter
BACA: Rekod 100 meter Badrul Hisham tidak sah?
BACA: Remaja 18 tahun lebur rekod Watson Nyambek
BACA: 10 perkara tentang pelari pecut muda, Badrul Hisyam anda perlu tahu
Persatuan Olahraga Brunei Darulsalam juga sudah mengakui kesilapan mereka dan menyerahkan kepada pertimbangan KOM untuk menentukan siapa pemilik sebenar rekod 100 meter kebangsaan.
Jadi buat masa ini, rekod kembali milik Watson selagi Brunei gagal menyediakan dokumen sah.
Astro Arena
Mon Jan 11 2016

KOM: Kami belum memperbetulkan rekod itu namun kami menerima catatan itu (Badrul). Selagi ia belum diperbetulkan (iktiraf), Watson adalah pemegang rekod kebangsaan. - Gambar Fail

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Kusta: 368 penduduk jalani ujian saringan
Kerajaan memberi jaminan bahawa rawatan bagi pesakit kusta adalah berkesan dan tidak perlu dilakukan sebarang langkah kuarantin.

Agong selamat tiba di tanah air selepas menjalani rawatan di luar negara
Pesawat khas Seri Paduka Baginda tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada 7 pagi tadi.

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu
Kedua-dua negara akan memperoleh potensi besar dalam memperluas kerjasama ekonomi termasuk dalam sektor pelancongan.

Sanggup sembunyi dalam longkang busuk, kotor
Kesemua ditahan melibatkan individu warga Indonesia, Bangladesh, India, Myanmar dan Nepal.

ESCAP seru ASEAN perkukuh komitmen Perjanjian Paris
ASEAN sebagai satu blok mempunyai keupayaan untuk menarik pelabur serta membentuk mekanisme pembiayaan mampan.

Badrul Hisyam raih emas di Filipina
Pelari pecut harapan negara, Badrul Hisyam Abdul Manap mengungguli acara 100 meter pada Kejohanan Olahraga Jemputan Terbuka Filipina.

Badrul kecewa rekod 100 meter kembali milik Watson Nyambek
Selepas diumumkan rekod 100 meter kembali menjadi milik Watson Nyambek, ternyata Badrul HishamAabdul Manap melahirkan rasa kecewanya namun tetap terima dengan hati yang terbuka.

Rekod 100 meter kembali milik Watson Nyambek - KOM
Itu pengesahan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) selepas Brunei setakat ini gagal menyediakan dokumen sah mengenai aspek teknikal ketika Badrul Hisham Abd Manap mencipta 10.29 saat, November lalu.

Rekod 100 meter Badrul Hisham tidak sah?
Beberapa pihak mendakwa Brunei tidak mengikut spesifikasi ditetapkan IAAF ketika menganjurkan Kejohanan Olahraga Sekolah-Sekolah ASEAN.