KUALA LUMPUR: Perenang muda negara, Bryan Leong nyata berada dalam kelas tersendiri apabila berjaya memperbaharui dua rekod kebangsaan miliknya menerusi acara 100 meter (m) kuak kupu-kupu dan 50m gaya bebas di Perlumbaan Antarabangsa AP London 2023, semalam.
Menurut laman sesawang kejohanan itu https://swimming.events/meets/284/results, Bryan, 20, merekodkan 53.02 saat bagi acara 100m kuak kupu-kupu untuk mengatasi rekod lamanya 53.32s yang dibuat di Sukan Malaysia (Sukma) pada tahun lepas.
Bagaimanapun, graduan dalam bidang neurosains dan psikologi dari King's College London itu menamatkan saingan di tempat kedua selepas perenang Afrika Selatan Chad Le Clos mengungguli acara tersebut dengan catatan 52.05s, manakala Ondrej Gemov dari Republik Czech di kedudukan ketiga dengan 54.32s.
Bryan yang sudah mengesahkan slot ke Kejohanan Akuatik Dunia 2023 di Fukuoka, Jepun pada Julai ini menerusi acara 100m kuak kupu-kupu, turut mencipta rekod baharu kebangsaan bagi 50m gaya bebas apabila merekodkan 23.07s sekali gus memadam 23.09s yang dibuat pada Sukan SEA Hanoi, Vietnam pada tahun lepas.
Walaupun berjaya memecahkan rekod, beliau terpaksa berpuas hati dengan kedudukan keenam selepas ketinggalan kepada Dylan Carter dari Trinidad and Tobago yang memenangi pingat emas dengan catatan 22.24s, Matthew Richards dari United Kingdom (22.35s) dan tempat ketiga Carter Swift dari New Zealand (22.81s).
Tempat keempat acara itu ialah Jacob Whittle dari United Kingdom dengan catatan 22.85s, manakala rakan senegaranya Alex Cohoon yang mencatat 22.88s di tempat kelima.
Perlumbaan Antarabangsa AP London 2023 yang membuka tirai semalam akan berakhir esok.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 28 2023
![Renang: Bryan lebur dua rekod kebangsaan miliknya di London Renang: Bryan lebur dua rekod kebangsaan miliknya di London](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/61682410015_BryanLeongXinRen.jpg)
Bryan Leong memperbaharui dua rekod kebangsaan miliknya menerusi acara 100 meter (m) kuak kupu-kupu dan 50m gaya bebas di London. - Fail/Bernama
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
Tumpuan Ahad – 16 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![11 individu kandas di Lata Perangin berjaya diselamatkan 11 individu kandas di Lata Perangin berjaya diselamatkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739633529_termasukkanakka.jpg)
11 individu kandas di Lata Perangin berjaya diselamatkan
Pasukan bomba berjaya menyelamatkan 11 mangsa yang terkandas di Lata Perangin, Tanjung Malim, petang tadi.
Dua maut,puluhan cedera bas terjunam
Dua maut, puluhan cedera selepas bas yang dinaiki mereka terjunam dari jambatan yang runtuh di Chancay,Peru, menurut pihak berkuasa pada Jumaat waktu tempatan.
Hampir 1,500 pengunjung, pencari kerja hadir hari pertama karnival MFJ x SPA 2025
Hampir 1,500 pencari kerja tidak melepaskan peluang pada hujung minggu dengan menyertai Karnival Kerjaya MYFutureJobs (MFJ) X Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) 2025 yang bermula di ibu negara, pada Sabtu.
Kerajaan digesa haramkan penjualan vape di kedai serbaneka
Kerajaan digesa untuk segera mengharamkan penjualan vape dan rokok elektronik di kedai serbaneka 24 jam, kedai runcit serta mana-mana premis yang memudahkan akses kepada golongan muda tanpa kawalan yang ketat.
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
8 individu sebar kandungan jelik, palsu diambil keterangan
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah merakam keterangan lapan individu disyaki memuat naik kandungan bersifat palsu dan jelik terhadap institusi diraja khususnya Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja.
![Jannik Sinner terima penggantungan tiga bulan selepas didapati positif doping Jannik Sinner terima penggantungan tiga bulan selepas didapati positif doping](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/71645583501_TBSINNER.jpg)
Jannik Sinner terima penggantungan tiga bulan selepas didapati positif doping
Pemain nombor satu dunia, Jannik Sinner, menerima hukuman penggantungan serta-merta selama tiga bulan daripada menyertai kejohanan tenis.
![Renang: Bryan lebur dua rekod kebangsaan miliknya di London Renang: Bryan lebur dua rekod kebangsaan miliknya di London](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/61682410015_BryanLeongXinRen.jpg)
Renang: Bryan lebur dua rekod kebangsaan miliknya di London
Bryan Leong nyata berada dalam kelas tersendiri apabila berjaya memperbaharui dua rekod kebangsaan miliknya menerusi acara 100 meter (m) kuak kupu-kupu dan 50m gaya bebas di London.
![Bryan sahkan slot ke Kejohanan Renang Dunia 2023 Fukuoka Bryan sahkan slot ke Kejohanan Renang Dunia 2023 Fukuoka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/81663881888_AtletRenangXinRe.jpg)
Bryan sahkan slot ke Kejohanan Renang Dunia 2023 Fukuoka
Bryan melepasi syarat kelayakan kategori B yang ditetapkan FINA pada Kejohanan Renang British 2023 dalam acara 100m kuak kupu-kupu lelaki.
![Bryan Leong lebur rekod 13 tahun kuak kupu-kupu lelaki kebangsaan Bryan Leong lebur rekod 13 tahun kuak kupu-kupu lelaki kebangsaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/81663881888_AtletRenangXinRe.jpg)
Bryan Leong lebur rekod 13 tahun kuak kupu-kupu lelaki kebangsaan
Bryan Leong akan beraksi dalam dua lagi acara hari ini iaitu dalam 50m gaya bebas dan 4x100m individu rampaian.