Kecederaan bahu kaki tidak menghalang perenang sensasi negara, Welson Sim, meraih tiga pingat emas dalam tiga acara disertai pada Kejohanan Renang Terbuka Malaysia ke-61 di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil, di sini.
Pada hari terakhir kejohanan hari ini, Welson menghadiahkan pingat emas ketiganya untuk kontinjen Sarawak melalui acara 1,500, gaya bebas dengan catatan masa 16 minit 18.35 saat.
Pingat perak menjadi milik perenang Kuala Lumpur, Wong Jun Bin dengan masa 16:19.93s diikuti Wong Venn Chieh (16:39.49s) dari Sabah.
Walaupun sudah menjangkakan pingat emas dalam tangan, Welson berkata catatan masa pada acara itu agak memalukan selepas merekodkan 15:28.00s pada peringkat saringan di sebelah pagi.
"Saya ada kecederaan jadi saya tidak mahu terlalu meletakkan tekanan ke atas fizikal saya untuk aksi hari ini," katanya yang akan memulakan sesi latihan pada esok.
Beliau sebelum ini memenangi pingat emas acara 200m gaya bebas lelaki dan 400m gaya bebas.
Atlet berusia 21 tahun itu akan ke jelajah kejohanan renang Mare Nostrum di Eropah bermula Jun ini dan berharap dapat membuat catatan masa terbaik di sana.
Sementara itu, Wong Fu Kang menghadiahkan pingat emas keduanya kepada Johor apabila memenangi acara 500 kuak dada dengan masa 28.76s.
Fu Kang mengakui sebelum perlumbaan bermula, beliau banyak memikirkan untuk melakukan rekod baharu kerana ia merupakan sasarannya untuk tahun ini.
"Saya mahu lepasi semua catatan masa terbaik saya tahun ini. Bagaimanapun, tidak dapat membaiki rekod kebangsaan saya sendiri iaitu 28.59s. Saya akan beri yang terbaik untuk kesemua kejohanan yang bakal disertai," katanya yang juga akan ke jelajah Mare Nostrum.
Pingat perak acara itu diraih oleh perenang Melaka, Foong Wei Tze (29.25s) manakala Jaxter Janzen Chua (29.70s) dari Filipina meraih pingat gangsa.
Turut meraih pingat emas adalah perenang Kuala Lumpur, Keith Lim Kit Sern selepas mencatatkan 23.59s dalam acara 50m gaya bebas lelaki manakala pingat perak dan gangsa menjadi milik perenang Selangor, Chan Yang (23.72s) dan Chan Jie (23.83s).
Sepanjang empat hari kejohanan, Hong Kong menjadi penerima pingat emas terbanyak selepas mengumpul 20 pingat emas diikuti negeri Selangor dan Johor dengan masing-masing memungut tujuh dan empat pingat emas.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 06 2018
![Renang: Welson capai sasaran raih tiga pingat emas Renang: Welson capai sasaran raih tiga pingat emas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-05/41525531064_WeeShengWelson.jpg)
Atlet berusia 21 tahun itu akan ke jelajah kejohanan renang Mare Nostrum di Eropah bermula Jun ini dan berharap dapat membuat catatan masa terbaik di sana. - Gambar fail
Dialog Tiga Penjuru: Segerakan RUU Pendanaan Politik, mula dengan skop lebih kecil – Azam Baki
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata undang-undang berkaitan pendanaan politik perlu disegerakan dengan tumpuan awal diberikan kepada pendanaan kempen pilihan raya. Jelasnya, penguatkuasaan undang-undang ini adalah ideal ketika ini memandangkan beberpa siri pilihan raya akan bermula tidak lama lagi. #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Tangani persepsi rasuah dalam kalangan peniaga untuk baiki skor CPI
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr. Muhammad Mohan memberi penekanan menangani persepsi rasuah dalam kalangan peniaga untuk memperbaiki skor Indeks Persepsi Rasuah (CPI). #DialogTigaPenjuru
![BNM terbit kertas perbincangan cadangan dasar strategi literasi kewangan kebangsaan 2026-2030 BNM terbit kertas perbincangan cadangan dasar strategi literasi kewangan kebangsaan 2026-2030](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/81732100394_BankNegaraMalaysia.jpg)
BNM terbit kertas perbincangan cadangan dasar strategi literasi kewangan kebangsaan 2026-2030
BNM melalui Jaringan Pendidikan Kewangan (FEN) menerbitkan kertas perbincangan yang menggariskan cadangan dasar bagi Strategi Literasi Kewangan Kebangsaan (NSFL) kedua (2026 - 2030).
PTPK sasar RM 450 juta kutipan pinjaman balik
Kementerian Sumber Manusia memperuntukan dana pinjaman rm 500 juta buat perbadanan tabung pembangunan kemahiran (ptpk) dijangka manfaatkan seramai 20,000 peminjam
MyGAS 2025 fokus atasi cabaran pembiayaan gas asli
Simposium Gas Malaysia (MyGAS 2025) edisi keempat membuka pentas perbincangan mengenai cabaran pembiayaan industri gas sambil memastikan usaha peralihan tenaga bersih mampu dicapai.
Ancaman gajah: Penduduk hidup dalam kebimbangan
Penduduk beberapa kampung di Hulu Terengganu hidup dalam kebimbangan susulan serangan gajah yang semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini.
![Ringgit ditutup tinggi selepas membetulkan kedudukan terlebih jual Ringgit ditutup tinggi selepas membetulkan kedudukan terlebih jual](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/71701417872_MONEYCHANGE.jpg)
Ringgit ditutup tinggi selepas membetulkan kedudukan terlebih jual
Pada 6 petang, ringgit naik 145 mata peratusan kepada 4.4535/4600 berbanding dolar AS daripada 4.4680/4725 ketika ditutup pada Rabu.
Muhyiddin saran kerajaan wujudkan kertas putih industri padi, beras
Kerajaan disaran mewujudkan kertas putih industri padi dan beras negara bagi memastikan bekalan putih tempatan mencukupi di pasaran.
Wanita maut bersama empat anak, hamil lima bulan
Wanita yang maut dalam kebakaran bersama empat lagi anaknya di Kampung Berangan Enam, Umbai, Jasin, sedang hamil lima bulan.
![1MDB: Azam Baki arah teruskan siasatan sehingga dapat bukti kukuh - Saksi 1MDB: Azam Baki arah teruskan siasatan sehingga dapat bukti kukuh - Saksi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/71729756465_TanSriAzamBaki.jpg)
1MDB: Azam Baki arah teruskan siasatan sehingga dapat bukti kukuh - Saksi
Menurut saksi, Azam mengarahkannya untuk terus menyiasat kes RM2.6 bilion melibatkan Najib, walaupun selepas bertemu dengan individu yang didakwa sebagai "penderma" dari Arab Saudi di Istana Riyadh.
![Hou Yean tambah lagi emas Kejohanan Renang Terbuka Malaysia Hou Yean tambah lagi emas Kejohanan Renang Terbuka Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/51646488503_HoeYean.jpg)
Hou Yean tambah lagi emas Kejohanan Renang Terbuka Malaysia
Perenang muda negara Khiew Hou Yean terus menampilkan prestasi cemerlang apabila menambah dua lagi kilauan pingat emas pada hari keempat Kejohanan Terbuka Malaysia ke-64 hari ini.
![Impian ratu baharu kuak dada Malaysia ke Olimpik Impian ratu baharu kuak dada Malaysia ke Olimpik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-05/51557276994_KEJOHANANRENANG.jpg)
Impian ratu baharu kuak dada Malaysia ke Olimpik
Alicia Li Ann Soosai berjaya menewaskan perenang Hong Kong Natalie Kan Cheuk Tung untuk meraih pingat emas dalam acara 50m kuak dada di Kejohanan Renang Terbuka Malaysia baru-baru ini.
![Renang Terbuka Malaysia: Chan Jie sasar rekod kebangsaan Renang Terbuka Malaysia: Chan Jie sasar rekod kebangsaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://stadiumastro-kentico.s3.amazonaws.com/stadiumastro/media/sa-images/2019/april/23/chan-jie.jpg?ext=.jpg)
Renang Terbuka Malaysia: Chan Jie sasar rekod kebangsaan
Perenang negara, Chan Jie, mahu melakukan sesuatu yang luar biasa menjelang Kejohanan Renang Terbuka Malaysia di Bukit Jalil yang bermula Khamis ini.
![Renang: Welson capai sasaran raih tiga pingat emas Renang: Welson capai sasaran raih tiga pingat emas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-05/41525531064_WeeShengWelson.jpg)
Renang: Welson capai sasaran raih tiga pingat emas
Kecederaan bahu kaki tidak menghalang perenang sensasi negara, Welson Sim, meraih tiga pingat emas dalam tiga acara disertai pada Kejohanan Renang Terbuka Malaysia ke-61.