KUALA LUMPUR: Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia Rexy Mainaky jelas berasa bimbang dengan aksi goyah beregu lelaki nombor satu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik ketika ini.
Rexy mengakui tidak dapat menyembunyikan perasaan tersebut, lebih-lebih lagi selepas Aaron-Wooi Yik mempamerkan permainan hambar dan tersingkir buat kali kedua berturut-turut di peringkat suku akhir dalam tempoh seminggu, kali ini pada Terbuka Singapura 2024, semalam.
Juara beregu lelaki dunia 2022 itu ditunjukkan jalan keluar oleh pasangan keempat dunia dari Denmark Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen 10-21, 14-21, pada saingan Jelajah Dunia bertaraf Super 750 berlangsung di Stadium Tertutup Singapura.
"Pergerakan Aaron-Wooi Yik dan pukulan balas mereka pada perlawanan semalam, seolah-olah tidak tentu arah," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Minggu lepas, pasangan yang diletakkan sebagai pilihan utama Masters Malaysia 2024, menghampakan peminat di tanah air selepas dikejutkan dengan kekalahan kepada gandingan bukan pilihan dari Korea Selatan Jin Yong-Na Sung Seung, 21-11, 19-21, 19-21 di suku akhir.
Justeru, pakar beregu dari Indonesia itu menuntut pasangan kelima dunia untuk melupakan kekecewaan pada dua kejohanan sebelum ini dan terus percaya kepada diri mereka bagi menghadapi Terbuka Indonesia 2024, minggu depan.
Naib juara All England 2024 itu bakal membuka kempen Terbuka Indonesia 2024 menentang pasangan Amerika Syarikat, Vinson Chiu-Joshua Yuan.
Terbuka Indonesia 2024 yang berlangsung di Istora Senayan, Jakarta bermula 4 hingga 9 Jun ini merupakan saingan terakhir bakal ditempuhi Aaron-Wooi Yik, sebelum menggalas tugas negara beraksi pada Sukan Olimpik 2024 di Paris.
Sukan Olimpik 2024 dijadual dibuka secara rasmi pada 26 Julai dan berakhir 11 Ogos.
Aaron-Wooi Yik, merangkul gangsa Sukan Olimpik sewaktu membuat penampilan sulung pada edisi 2020 di Tokyo, dengan bangkit dari ketinggalan menumbangkan juara beregu lelaki dunia tiga kali dari Indonesia Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan, 17-21, 21-17, 21-14.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 01 2024
![Rexy bimbang dengan prestasi semasa Aaron-Wooi Yik Rexy bimbang dengan prestasi semasa Aaron-Wooi Yik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710629654_tbbadminton.jpg)
"Pergerakan Aaron-Wooi Yik dan pukulan balas mereka pada perlawanan semalam, seolah-olah tidak tentu arah," kata Rexy. - Gambar fail/BAM
Tumpuan Jumaat – 14 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Dialog Tiga Penjuru: Tangani persepsi rasuah dalam kalangan peniaga untuk baiki skor CPI
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr. Muhammad Mohan memberi penekanan menangani persepsi rasuah dalam kalangan peniaga untuk memperbaiki skor Indeks Persepsi Rasuah (CPI). #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Segerakan RUU Pendanaan Politik, mula dengan skop lebih kecil – Azam Baki
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata undang-undang berkaitan pendanaan politik perlu disegerakan dengan tumpuan awal diberikan kepada pendanaan kempen pilihan raya. Jelasnya, penguatkuasaan undang-undang ini adalah ideal ketika ini memandangkan beberpa siri pilihan raya akan bermula tidak lama lagi. #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Kurang transaksi fizikal, kurang risiko rasuah
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki sepakat bahawa mengurangkan transaksi fizikal di kaunter perkhidmatan awam akan mengurangkan risiko rasuah. #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Indeks Persepsi Rasuah: SPRM akan lebih terbuka, MPC akan ambil tindakan
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata pihaknya akan memastikan agensinya lebih terbuka dan telus dalam melaporkan sebarang siasatan yang dijalankan. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr. Muhammad Mohan seterusnya mencadangkan agar Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) yang merupakan sebahagian sumber survei CPI agar mengambil tindakan sewajarnya. #DialogTigaPenjuru
Korea Selatan larang 'power bank' di ruang penyimpanan atas
Penumpang yang melakukan perjalanan dengan syarikat penerbangan Korea Selatan tidak lagi dibenarkan menyimpan bateri mudah alih (power bank) dan rokok elektronik di dalam ruang penyimpanan atas mulai bulan depan.
260 mangsa pekerjaan scam di Myanmar berjaya diselamatkan
Kumpulan tentera etnik Karen (Democratic Karen Buddhist DKBA) pada Rabu menyerahkan 260 individu pelbagai kewarganegaraan dipercayai menjadi mangsa penipuan pekerjaan dalam operasi scam di Myanmar. Trak-trak yang membawa kumpulan individu yang terlibat dalam pekerjaan secara paksa itu dilihat menyeberang ke sempadan Thailand dari Myanmar.
Empat maut akibat letupan di medan selera Taiwan
Empat terkorban manakala lapan yang lain cedera dalam insiden letupan di sebuah kedai di Taiwan. Menurut kenyataan bomba Taichung, letupan berlaku di medan selera di sebuah kedai yang terletak di tingkat 12 bangunan.
Suspek rempuhan perlu dihukum, dilarang memasuki Jerman
Suspek yang menjadi dalang rempuhan kereta di Munich perlu dihukum dan dibuang negara kata Canselor Jerman, Olaf Scholz.
![Sistem pemarkahan 21 mata sudah bagus, tak perlu ubah - Rexy Sistem pemarkahan 21 mata sudah bagus, tak perlu ubah - Rexy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51723014641_RexyMainaky.jpg)
Sistem pemarkahan 21 mata sudah bagus, tak perlu ubah - Rexy
Katanya, BWF sepatutnya memikirkan perkara yang lebih penting berbanding hanya menukar sistem pemarkahan untuk menjadikan sukan itu lebih kompetitif.
![BAMTC 2025: Gabungan pemain berpengalaman-bakat muda taruhan BAM BAMTC 2025: Gabungan pemain berpengalaman-bakat muda taruhan BAM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81737604072_TBbam.jpg)
BAMTC 2025: Gabungan pemain berpengalaman-bakat muda taruhan BAM
Barisan skuad yang akan membawa cabaran negara menggabungkan pemain berpengalaman dan bakat muda sebagai resepi utama pada kejohanan itu.
![Rexy tegur sikap pemain perseorangan wanita merungut, beri alasan Rexy tegur sikap pemain perseorangan wanita merungut, beri alasan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736668603_RexyMainaky.jpg)
Rexy tegur sikap pemain perseorangan wanita merungut, beri alasan
Pasukan perseorangan wanita negara terus dicengkam kesuraman berpanjangan dan Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia Rexy Mainaky sukar untuk menyembunyikan penilaiannya terhadap pemain.
![Skuad kebangsaan mampu raih kejayaan di Terbuka Malaysia - Rexy Skuad kebangsaan mampu raih kejayaan di Terbuka Malaysia - Rexy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51723014641_RexyMainaky.jpg)
Skuad kebangsaan mampu raih kejayaan di Terbuka Malaysia - Rexy
Skuad kebangsaan mampu membuka lembaran 2025 dengan kejayaan meraih gelaran Terbuka Malaysia berdasarkan komitmen positif yang dipamerkan setiap pemain.
![WTF 2024: Rexy beri rating 9/10 kepada Tang Jie-Ee Wei atas prestasi membanggakan WTF 2024: Rexy beri rating 9/10 kepada Tang Jie-Ee Wei atas prestasi membanggakan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51734330801_tbBAMBWFWorldTou.jpg)
WTF 2024: Rexy beri rating 9/10 kepada Tang Jie-Ee Wei atas prestasi membanggakan
Rexy hampir memberikan markah penuh kepada beregu campuran negara Chen Tang Jie-Toh Ee Wei susulan prestasi membanggakan pada Jelajah Dunia Akhir BWF.
![Rexy anggap peluang wakil negara raih gelaran Jelajah Dunia Akhir BWF makin tinggi Rexy anggap peluang wakil negara raih gelaran Jelajah Dunia Akhir BWF makin tinggi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71732433953_tbRexyMainaky.jpg)
Rexy anggap peluang wakil negara raih gelaran Jelajah Dunia Akhir BWF makin tinggi
Rexy Mainaky merasakan peluang semakin tinggi untuk Malaysia mencipta sejarah merangkul gelaran pada Kejohanan Jelajah Dunia Akhir BWF.
![Rexy kecewa Wei Chong-Kai Wun terlepas tiket ke Jelajah Dunia Akhir BWF Rexy kecewa Wei Chong-Kai Wun terlepas tiket ke Jelajah Dunia Akhir BWF](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71732253212_ManWeiChong.jpg)
Rexy kecewa Wei Chong-Kai Wun terlepas tiket ke Jelajah Dunia Akhir BWF
Katanya, gandingan di ranking ke-14 dunia itu mempunyai peluang cerah apabila sebelum ini berada dalam kumpulan lapan terbaik.
![Rosman kembali sertai BAM sebagai ketua jurulatih beregu wanita Rosman kembali sertai BAM sebagai ketua jurulatih beregu wanita](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/71729569765_RosmanRazak.jpg)
Rosman kembali sertai BAM sebagai ketua jurulatih beregu wanita
Persatuan Badminton Malaysia mengesahkan pelantikan Rosman Razak sebagai ketua jurulatih beregu wanita negara.
![BAM belum putuskan ketua jurulatih baharu BAM belum putuskan ketua jurulatih baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/71728628202_tbVSubramaniam.jpg)
BAM belum putuskan ketua jurulatih baharu
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) masih belum memutuskan ketua jurulatih baharunya.
![Mulyo, Jonassen antara calon ketua jurulatih perseorangan lelaki - Rexy Mulyo, Jonassen antara calon ketua jurulatih perseorangan lelaki - Rexy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728021633_BAM.jpg)
Mulyo, Jonassen antara calon ketua jurulatih perseorangan lelaki - Rexy
Katanya, sesiapa pun jurulatih terpilih akan menandatangani kontrak hingga Sukan Olimpik 2028.