PETALING JAYA: Pengarah Kejurulatihan Beregu Akademi Badminton Malaysia (ABM) Rexy Mainaky memikul tanggungjawab lebih besar apabila beliau kini memegang jawatan Pengarah Kejurulatihan ABM.
Setiausaha Agung Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Datuk Kenny Goh berkata keputusan itu dibuat selepas ABM mahu memiliki seorang sahaja pengarah kejurulatihan yang akan memantau prestasi kedua-dua kem perseorangan dan beregu negara.
"ABM belum buat pengumuman rasmi tapi anda mungkin sudah perasan bahawa Rexy telah ambil alih sebagai Pengarah Kejurulatihan ABM secara keseluruhannya.
"Tugasan pertama Rexy adalah pada Sukan Asia Hangzhou 2022 yang sedang berlangsung ketika ini," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara kelab badminton tempatan, New Vision Badminton Academy (NVBA) dan Konfederasi Badminton Afrika (BCA) di sini, hari ini.
Jun lepas, jawatan Pengarah Kejurulatihan Perseorangan ABM kosong susulan peletakan jawatan Wong Choong Hann yang berkelana ke Hong Kong sebagai ketua jurulatih perseorangan lelaki negara itu dan langkah ABM itu sekali gus menyaksikan Rexy secara tidak langsung perlu memantau prestasi kem perseorangan di akademi tersebut.
Kenny berkata beliau melihat Rexy sebagai pilihan tepat untuk memegang jawatan tertinggi di ABM memandangkan pakar beregu dari Indonesia itu memiliki pengalaman luas bersama negaranya serta Thailand sebelum ini selain menjadi arkitek penting membimbing beregu utama lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik melakar sejarah menjadi wakil pertama badminton Malaysia muncul juara dunia tahun lepas.
Mengenai pengganti bekas Pengarah Kejurulatihan Perseorangan Remaja ABM Datuk Misbun Sidek yang meninggalkan BAM bulan lepas, Kenny berkata mereka masih lagi meneliti calon yang benar-benar sesuai mengisi jawatan tersebut.
Dalam pada itu, Kenny optimis pemain badminton berpasukan lelaki negara dapat menampilkan prestasi terbaik dalam usaha menjelmakan kilauan pingat emas pada Sukan Asia Hangzhou 2022 biarpun berdepan laluan sukar menentang Korea Selatan pada pusingan pertama.
Sekiranya berjaya mara ke suku akhir, Malaysia dijadual bertemu musuh ketat, Indonesia, yang mendapat 'bye' pada pusingan pertama.
Malaysia yang tidak menyertai acara berpasukan wanita sebaliknya menampilkan barisan terkuat mereka untuk acara berpasukan lelaki yang diwakili antaranya Aaron-Wooi Yik, bekas juara perseorangan lelaki All England 2021, Lee Zii Jia dan pemenang pingat perak perseorangan lelaki Sukan Komanwel 2022, Ng Tze Yong.
Sementara itu, Pengarah NVBA Sugita Kunalan berkata kerjasama selama empat tahun itu menandakan detik penting bagi kedua-dua pihak yang bergabung tenaga untuk melatih bakat dan memupuk kecemerlangan dalam sukan.
Beliau berkata sorotan utama MoU itu termasuk antara lain pertukaran pemain elit, dengan BCA akan mengenal pasti pemain Afrika yang luar biasa dan menghantar mereka berlatih dengan NVBA dalam usaha untuk memaksimumkan potensi mereka; program pertukaran jurulatih dan memanfaatkan rangkaian mereka untuk membantu BCA mendapatkan tajaan yang selamat untuk inisiatif pembangunan.
"Kami berbangga dengan satu lagi pencapaian penting melalui MoU kali ini dengan BCA membantu bakat-bakat luar negara yang semakin meningkat. NVBA sentiasa mengalu-alukan pemain antarabangsa dan beberapa pasukan kebangsaan untuk berlatih bersama kami sejak 2010 sebagai sebahagian daripada persiapan mereka untuk acara sukan seperti Sukan Olimpik, Sukan Komanwel dan Kejohanan Dunia," katanya.
Ketua Pegawai Eksekutif BCA Jeff Shigoli pula berkata mereka memilih Malaysia untuk melatih pemain dari benua mereka kerana negara ini adalah antara negara terbaik dalam sukan badminton.
"Kami mahu belajar daripada yang terbaik dan berharap untuk membawa pemain kami ke tahap di mana pemain Malaysia berada," katanya.
Timbalan Presiden I BAM Datuk V. Subramaniam yang turut hadir dalam acara itu berkata ia usaha yang baik kelab tempatan dengan pelaksanaan program sebegini bagi membantu negara-negara yang memerlukan dalam memupuk bakat masa depan badminton.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 27 2023

Tugasan pertama Rexy adalah pada Sukan Asia Hangzhou 2022 yang sedang berlangsung ketika ini. - Gambar fail

Sidang kemuncak pemimpin Arab bermula di Riyadh di sebalik perancangan pembangunan semula Gaza
Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman menjadi tuan rumah bagi sidang kemuncak peringkat tinggi di Riyadh.

TFC, Kuching City seri 2-2 di SSMZA
TFC terpaksa berpuas hati dengan satu mata selepas diikat 2-2 oleh Kuching City FC dalam aksi Liga Super 2024/2025.

Kerajaan Jepun luluskan RUU tembakan kecemasan untuk haiwan berbahaya
Pindaan rang undang-undang ini bertujuan untuk membolehkan respons yang lebih cepat dan berkesan berbanding langkah sedia ada.

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

BAMTC 2025: Pengajaran berguna buat pemain Malaysia - Rexy
Rexy sebaliknya berkata ia adalah pengajaran berharga buat pemain sandaran dalam usaha membina kematangan di pentas antarabangsa.

Sistem pemarkahan 21 mata sudah bagus, tak perlu ubah - Rexy
Katanya, BWF sepatutnya memikirkan perkara yang lebih penting berbanding hanya menukar sistem pemarkahan untuk menjadikan sukan itu lebih kompetitif.

BAMTC 2025: Gabungan pemain berpengalaman-bakat muda taruhan BAM
Barisan skuad yang akan membawa cabaran negara menggabungkan pemain berpengalaman dan bakat muda sebagai resepi utama pada kejohanan itu.

Rexy tegur sikap pemain perseorangan wanita merungut, beri alasan
Pasukan perseorangan wanita negara terus dicengkam kesuraman berpanjangan dan Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia Rexy Mainaky sukar untuk menyembunyikan penilaiannya terhadap pemain.

Skuad kebangsaan mampu raih kejayaan di Terbuka Malaysia - Rexy
Skuad kebangsaan mampu membuka lembaran 2025 dengan kejayaan meraih gelaran Terbuka Malaysia berdasarkan komitmen positif yang dipamerkan setiap pemain.

WTF 2024: Rexy beri rating 9/10 kepada Tang Jie-Ee Wei atas prestasi membanggakan
Rexy hampir memberikan markah penuh kepada beregu campuran negara Chen Tang Jie-Toh Ee Wei susulan prestasi membanggakan pada Jelajah Dunia Akhir BWF.

Rexy anggap peluang wakil negara raih gelaran Jelajah Dunia Akhir BWF makin tinggi
Rexy Mainaky merasakan peluang semakin tinggi untuk Malaysia mencipta sejarah merangkul gelaran pada Kejohanan Jelajah Dunia Akhir BWF.

Rexy kecewa Wei Chong-Kai Wun terlepas tiket ke Jelajah Dunia Akhir BWF
Katanya, gandingan di ranking ke-14 dunia itu mempunyai peluang cerah apabila sebelum ini berada dalam kumpulan lapan terbaik.

Rosman kembali sertai BAM sebagai ketua jurulatih beregu wanita
Persatuan Badminton Malaysia mengesahkan pelantikan Rosman Razak sebagai ketua jurulatih beregu wanita negara.

BAM belum putuskan ketua jurulatih baharu
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) masih belum memutuskan ketua jurulatih baharunya.