KUALA LUMPUR: Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (ABM) Rexy Mainaky mengingatkan beregu lelaki negara, Choong Hon Jian-Muhammad Haikal Nazri agar tidak terbawa-bawa dengan kejayaan merangkul gelaran sulung pada Kejohanan Badminton Antarabangsa Syed Mohdi 2023 di Lucknow, India, Ahad lepas.
Rexy berkata mereka tidak seharusnya berasa cukup puas dengan pencapaian dalam kejohanan bertaraf Super 300 berlangsung di Stadium Tertutup Babu Banarasi Das dan mencabar mereka terus konsisten dalam mana-mana kejohanan disertai selepas ini.
"Kita takut bila mereka terima pujian akan besar kepala. Jangan sampai rasa puas sehingga fokus lari dan sekiranya kalah ada sahaja alasan.
"Sebaliknya saya mahu mereka konsisten bukan sahaja dari segi permainan, namun cara fikir dan sentiasa pandai menjaga diri," katanya ketika ditemui selepas sesi latihan di sini hari ini.
Biarpun baharu digandingkan sejak Ogos, pakar beregu dari Indonesia itu pada masa sama kagum dapat melihat anak buahnya mencetuskan impak positif dengan merebut gelaran pertama dalam masa singkat selain mengejutkan gandingan yang lebih tinggi ranking daripada mereka sebelum ini.
Hon Jian-Muhammad Haikal yang diletakkan sebagai bukan pilihan bangkit dari ketinggalan pada set pertama, mengejutkan pilihan utama dari Jepun Akira Koga-Taichi Saito 18-21, 21-18, 21-16.
Ditanya sama ada pencapaian Hon Jian-Muhammad Haikal akan 'memeningkan kepalanya' dalam memilih pasangan terbaik ke Piala Thomas 2024 di Chengdu, China, beliau berkata gandingan berkenaan terlebih dahulu perlu membuktikan mereka boleh mengawal tekanan baik pada kejohanan bertaraf rendah atau tinggi selepas ini.
"Banyak yang harus dilihat, pemilihannya bukan hanya hasilnya tetapi kena lihat kejohanan Super 1000 dapat kawal atau tidak dan sejak menang Ahad lepas mereka boleh kawal tekanan bermain di Super 100 selepas ini (Masters Guwahati 2023)," katanya.
Pasangan berkenaan bakal membuka tirai kempen Masters Guwahati 2023 di Assam, India, menentang wakil tuan rumah, Deep Rambhiya-Akshan Shetty, dalam kejohanan bermula hari ini hingga 10 Dis.
Pencapaian terbaik mereka sebelum ini ialah bergelar naib juara Masters Indonesia II di Surabaya pada Oktober lepas selepas tumpas kepada pasangan Jepun, Kenya Mitsuhashi-Hiroki Okamura, 16-21, 18-21.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 05 2023

Choong Hon Jian-Muhammad Haikal Nazri merangkul gelaran sulung pada Kejohanan Badminton Antarabangsa Syed Mohdi 2023 di Lucknow, India, Ahad lepas.

Mahkamah Rayuan tetapkan 19 Mei untuk dengar rayuan Siti Bainun
Mahkamah Rayuan menetapkan 19 Mei ini untuk mendengar rayuan pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali yang dijatuhi hukuman penjara 12 tahun.
Dua wanita Singapura ditahan padam rakaman CCTV
Dua wanita didakwa di mahkamah Singapura pada Jumaat kerana memadamkan klip video dan memformat semula sistem televisyen litar tertutup (CCTV) yang memaparkan rakaman seorang lelaki mencabul seorang kanak-kanak perempuan di sebuah pra sekolah.

Proses pemetaan sempadan Selangor, Kuala Lumpur selesai
Kerja-kerja pengukuran dan pemetaan sempadan bagi Selangor dan Kuala Lumpur telah selesai dilaksanakan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) pada 31 Okt tahun lepas.

Dua lelaki didakwa tipu urusan penjualan jam tangan mewah lebih RM2 juta
Kedua-dua lelaki tempatan itu turut didakwa menipu seorang wanita membabitkan urusan pembelian 41 utas jam tangan berjenama Rolex.

Gabenor Bank of Greece beri amaran tarif AS boleh lambatkan pertumbuhan zon euro
Amaran itu dibuat susulan laporan bahasa Presiden AS Donald Trump mencadangkan tarif timbal balik ke atas rakan dagang utama, termasuk EU.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam.
[TERKINI] KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid.

Hujan renyai iringi pengebumian jenazah Mohamad Fahmi Hafiz
Jenazah Allahyarham disolatkan di Masjid Jamek Permatang Binjai jam 2.45 petang selepas solat Jumaat yang dihadiri kira-kira 150 jemaah.

Ramsay dedah ratusan patung 'kucing bertuah' dicuri dari restoran baharu
Gordon Ramsay mendedahkan ratusan patung kecil 'kucing bertuah' dicuri dari restoran baharunya di London.

Cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes mencabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor.

BAMTC 2025: Pengajaran berguna buat pemain Malaysia - Rexy
Rexy sebaliknya berkata ia adalah pengajaran berharga buat pemain sandaran dalam usaha membina kematangan di pentas antarabangsa.

Sistem pemarkahan 21 mata sudah bagus, tak perlu ubah - Rexy
Katanya, BWF sepatutnya memikirkan perkara yang lebih penting berbanding hanya menukar sistem pemarkahan untuk menjadikan sukan itu lebih kompetitif.

BAMTC 2025: Gabungan pemain berpengalaman-bakat muda taruhan BAM
Barisan skuad yang akan membawa cabaran negara menggabungkan pemain berpengalaman dan bakat muda sebagai resepi utama pada kejohanan itu.

Rexy tegur sikap pemain perseorangan wanita merungut, beri alasan
Pasukan perseorangan wanita negara terus dicengkam kesuraman berpanjangan dan Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia Rexy Mainaky sukar untuk menyembunyikan penilaiannya terhadap pemain.

Skuad kebangsaan mampu raih kejayaan di Terbuka Malaysia - Rexy
Skuad kebangsaan mampu membuka lembaran 2025 dengan kejayaan meraih gelaran Terbuka Malaysia berdasarkan komitmen positif yang dipamerkan setiap pemain.

WTF 2024: Rexy beri rating 9/10 kepada Tang Jie-Ee Wei atas prestasi membanggakan
Rexy hampir memberikan markah penuh kepada beregu campuran negara Chen Tang Jie-Toh Ee Wei susulan prestasi membanggakan pada Jelajah Dunia Akhir BWF.

Rexy anggap peluang wakil negara raih gelaran Jelajah Dunia Akhir BWF makin tinggi
Rexy Mainaky merasakan peluang semakin tinggi untuk Malaysia mencipta sejarah merangkul gelaran pada Kejohanan Jelajah Dunia Akhir BWF.

Rexy kecewa Wei Chong-Kai Wun terlepas tiket ke Jelajah Dunia Akhir BWF
Katanya, gandingan di ranking ke-14 dunia itu mempunyai peluang cerah apabila sebelum ini berada dalam kumpulan lapan terbaik.

Rosman kembali sertai BAM sebagai ketua jurulatih beregu wanita
Persatuan Badminton Malaysia mengesahkan pelantikan Rosman Razak sebagai ketua jurulatih beregu wanita negara.

BAM belum putuskan ketua jurulatih baharu
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) masih belum memutuskan ketua jurulatih baharunya.