KOTA BHARU: Bekas Ketua Jurulatih Kelantan FC, Rezal Zambery Yahya dilantik sebagai Pengarah Pembangunan Akar Umbi Kelantan United FC (KUFC), berkuat kuasa semalam.
Pengarah Eksekutif (KUFC) Wan Mohd Zul Ikman Wan Abdul Aziz berkata Rezal Zambery yang juga bekas pemain kebangsaan berpengalaman luas ketika kariernya sebagai pemain dan jurulatih, dalam memperbaiki dan meningkatkan program akar umbi serta pembangunan pemain muda Sang Kijang Hijau.
"Tugas beliau bukan sahaja dari aspek teknikal malah diberi tanggungjawab cukup besar memantau dan melaksanakan keseluruhan program serta pembangunan bola sepak KUFC di Kelantan.
"Pihak pengurusan percaya beliau berupaya membawa perubahan kepada program pembangunan bermula dari program akar umbi seterusnya mampu mengetengahkan bakat ke peringkat lebih tinggi," katanya dalam kenyataan di sini, semalam.
Dalam kenyataan sama, Wan Mohd Zul Ikman berkata pihaknya mendapatkan khidmat dua pemain Terengganu FC secara pinjaman.
Beliau berkata pemain berkenaan adalah pemain sayap, Muhammad Faiz Mohd Nasir dan pemain pertahanan, Muhammad Azarul Nazarith Azhar.
"Kedua-dua pemain ini dibawa masuk dalam usaha pihak kelab untuk menambah sengat benteng pertahanan serta jentera serangan pasukan sehingga akhir musim ini," katanya.
Sementara itu, Rezal Zambery mengucapkan terima kasih kepada KUFC atas kepercayaan yang diberikan kepadanya bagi mengisi jawatan tersebut.
Beliau mengakui sudah diberi penerangan sangat jelas berhubung beberapa program besar yang akan dilaksanakan menyebabkan tertarik untuk bersama KUFC bagi menjayakan projek tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 13 2023

Rezal Zambery mengucapkan terima kasih kepada KUFC atas kepercayaan yang diberikan kepadanya bagi mengisi jawatan sebagai Pengarah Pembangunan Akar Umbi Kelantan United FC. - Gambar fail/Astro ARENA

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.

Tewas kepada JDT: KDN FC ambil positif, fokus pertemuan dengan NSFC
Kelantan Darul Naim FC mengambil sisi positif daripada kekalahan kepada juara bertahan Johor Darul Ta'zim (JDT) malam tadi.

Rezal Zambery dilantik penolong ketua jurulatih KDN FC
Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) melantik Rezal Zambery Yahya sebagai penolong ketua jurulatih pasukan itu bagi mengharungi musim baharu Liga Super.

Rezal Zambery dilantik Pengarah Pembangunan Akar Umbi KUFC
Bekas pemain kebangsaan itu berpengalaman luas dalam memperbaiki dan meningkatkan program akar umbi serta pembangunan pemain muda KUFC.

Kelantan FC belum di zon selamat
Rezal Zambery berkata, sebarang kemungkinan boleh terjadi sekiranya tewas dalam tiga lagi baki perlawanan.

Jentera serangan Kelantan FC perlu lebih agresif - Jurulatih
Rezal kecewa barisan penyerang importnya mensia-siakan banyak peluang semasa aksi kalah mati Piala FA menentang PJ City, Ahad lepas.

Rezal Zambery akui perancangan bersama Kelantan terjejas kerana penggantungan
Rezal berharap barisan penolongnya akan dapat merencana sebuah skuad ampuh sepanjang tempoh pramusim dan penggantungannya.

FAM gantung Rezal Zambery, Safiq Rahim
Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM Datuk Dr Baljit Singh Sidhu berkata hukuman tersebut diputuskan jawatankuasa itu semalam dalam mesyuarat kali kelima bagi penggal 2021-2025 di Wisma FAM.

Awani FC, 139associates ungguli karnival bola sepak anjuran PFA Malaysia
Awani FC juara kategori plate manakala 139associates muncul juara Karnival Bola Sepak 100plus-PFAM Bersama Media 2018.