Juara Sukan Komanwel, Ooi Tze Liang gagal layak ke separuh akhir acara 10m platform lelaki pada Olimpik Rio pada Jumaat.
Namun penerjun elit berusia 22 tahun ini yang menjalani pembedahan tulang kering kaki kiri pada November tahun lepas tidak sedih selepas menduduki tempat ke-22 dengan 379.50 mata.
"Saya datang dengan persediaan mental untuk menikmati olimpik," katanya yang merupakan satu-satu penerjun negara yang gagal layak ke Olimpik London 2012.
Hanya 18 daripada 28 penerjun layak ke separuh akhir esok pada 10 pagi waktu tempatan (7 malam waktu M'sia) dan 12 penerjun yang bakal ke pusingan akhir enam jam kemudian.
Walaupun tidak mencapai kejayaan, beliau berkata beliau berpuas hati dan gembira dapat bertanding di pentas besar.
"Saya tidak lakukan latihan sempurna selama enam bulan selepas pembedahan dan saya juga gagal mendapat kelulusan perubatan untuk bertanding pada kejohanan piala dunia FINA di venue yang sama di Pusat Akuatik Maria Lenk pada Februari lalu," kata Tze Liang.
Penerjun Britain, Thomas Daley di kedudukan teratas dalam pusingan awal dengan 571.85 mata diikuti dua penerjun China - Qui Bo (654.74) dan 545.35 mata oleh Chen Aisen.
Selain Tze Liang, seorang lagi penerjun negara Ahmad Amsyar Azman turut gagal melepasi pusingan awal dalam acara 3m papan anjal.
Acara terjun memberi pingat pertama negara iaitu perak menerusi Pandelela Rinong-Cheong Jun Hoong dalam acara 10m platform serentak.
Malaysia setakat ini memungut tiga perak dan satu gangsa daripada atlet berbasikal Azizulhasni Awang.
Dua lagi perak diperoleh dalam acara badminton daripada beregu campuran Chan Peng Soon-Goh Liu Ying dan pasangan beregu lelaki Goh V Shem-Tan Wee Kiong.
Bernama
Sat Aug 20 2016

Walaupun tidak mencapai kejayaan, beliau berkata beliau berpuas hati dan gembira dapat bertanding di pentas besar. - Gambar fail
Pembuli juga akan berdepan dengan undang-undang Negara -Timbalan Menteri Pertahanan
Timbalan Menteri Pertahanan menegaskan pihak Kementerian Pertahanan akan mengambil tindakan tegas terhadap pembuli.
“Saya selalu ulang didalam dewan ini, pembulian bukan sahaja melibatkan tindakan tegas daripada kita. Pembuli juga harus menerima hakikat bahawa mereka juga akan berdepan dengan undang-undang negara”Katanya.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
“Saya selalu ulang didalam dewan ini, pembulian bukan sahaja melibatkan tindakan tegas daripada kita. Pembuli juga harus menerima hakikat bahawa mereka juga akan berdepan dengan undang-undang negara”Katanya.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat

CDU/CSU mendahului pilihan raya Jerman dengan 26.8 peratus undi, AfD di tempat kedua
Parti sayap kanan AfD berada di tempat kedua dengan 20.8 peratus undi, SPD pimpinan Olaf Scholz di kedudukan ketiga dengan 16.4 peratus.
#AWANIRingkas 24 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 24 Februari 2025
1️⃣ Menjelang PRK DUN Ayer Kuning
2️⃣ Kadar kelahiran di Malaysia
3️⃣ Konflik Rusia-Ukraine tamat minggu ini?
#awaniringkas
1️⃣ Menjelang PRK DUN Ayer Kuning
2️⃣ Kadar kelahiran di Malaysia
3️⃣ Konflik Rusia-Ukraine tamat minggu ini?
#awaniringkas
AWANI Ringkas: Menjelang PRK DUN Ayer Kuning
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Mohd Nakhaie tekad perkasa dakwah Islam di Malaysia, peringkat global
Beliau berkata tanggungjawab yang diberikan adalah satu amanah besar, sejajar dengan resolusi yang dipersetujui dalam Persidangan Dialog Intra-Islam.

Sanusi lepas bebas kes hasutan kait Agong ke-16
Hakim memutuskan demikian selepas pihak pendakwaan memberitahu mereka tidak bercadang untuk meneruskan satu kes dihadapi Sanusi itu.

Ringgit terus catat kenaikan pada sesi pembukaan selepas cecah paras tertinggi hampir tiga minggu
Pada 8 pagi, ringgit mengukuh kepada 4.4140/4225 daripada 4.4165/4200 pada Jumaat lepas.

TIC sasar 50,000 pelancong Indonesia ke Kelantan tahun ini
Menerusi promosi dibuat MyBHA, ia telah menjadikan Kelantan sebagai antara tempat pelancongan baharu kepada rakyat Indonesia.
AWANI Pagi: Revolusi pengurusan aset strategik - Pendekatan berasaskan data dan AI
Diskusi pagi Isnin bersama Profesor Dr. Adi Irfan Che Ani, Pro-Naib Canselor ,(Penjanaan dan Prasarana) & Pengarah Eksekutif Pusat Pengurusan Penjanaan UKM (JANA@UKM) membincangkan mengenai apa itu pengurusan aset strategik dalam kontek penggunaan data dan kecerdasan buatan (AI).

Amanah Perak beri laluan kepada BN letak calon di PRK Ayer Kuning
Amanah Perak turut memulakan persiapan awal menyusun jentera bagi memastikan calon BN kelak mengekalkan kemenangan di Ayer Kuning.

Amsyar yakin penerjun negara tetap ke Tokyo
Amsyar yakin bekas rakan sepelatihnya mampu merebut slot yang ditawarkan.

Terjun: Amsyar akui lakukan kesilapan
Amsyar mengakui kecewa apabila mengakhiri saingan Sukan Komanwel dengan insiden berkenaan tatkala dia sudah mengungguli kelompok 10 terbaik dalam empat terjunan awal.

Tiga penerjun lelaki layak ke final 1m papan anjal
Ahmad Amsyar Azman, Muhammad Syafiq Puteh dan Ooi Tze Liang layak ke peringkat akhir acara terjun 1m papan anjal lelaki Sukan Komanwel 2018.

Terjun: Amsyar lakar kejutan raih emas
Penerjun negara, Ahmad Amsyar Azman, mengetepikan rakan senegara, Ooi Tze Liang, untuk meraih pingat emas dalam acara 1 meter papan anjal.

Amsyar korban raya demi negara
Amsyar sepatutnya kini sudah terbang ke China bersama rakan yang lain namun masalah visa menyebabkannya serta Cheong Jun Hoong terkandas di Malaysia.

Rio 2016: Cabaran Ooi Tze Liang dalam acara 10m platform terhenti
Ooi Tze Liang gagal layak ke separuh akhir acara 10m platform lelaki pada Olimpik Rio pada Jumaat.

Amsyar gemuruh menunggu keputusan FINA
Penerjun negara, Ahmad Amsyar Azman berdebar menantikan pengumuman rasmi Persekutuan Renang Antarabangsa (FINA), 8 Mac depan sama ada layak ke Olimpik Rio 2016.