Skuad badminton negara melaungkan amaran awal kepada pencabar pingat Olimpik Rio pada saingan hari pertama susulan kemenangan straight set buat tiga wakil negara yang turun dalam aksi beregu.
Beregu lelaki negara, Tan Wee Kiong-Goh V Shem, yang dikritik hebat di atas prestasi tidak menentu sepanjang musim ini, tampil dengan aksi meyakinkan menentang pasangan Jerman, Johannes Schoetler-Michael Fuchs.
Tidak teruji pada set pertama, Wee Kiong-V Shem bagaimanapun terpaksa bersandarkan kepada kesedaran mengubah taktikal dalam gelaggang untuk menundukkan lawan.
Mereka menang 21-14,21-17 untuk permulaan baik sebelum dua aksi lebih sukar menentang pasangan Amerika Syarikat dan China.
Beregu wanita negara, Vivian Hoo-Woon Khe Wei, turut dicabar hebat pasangan England, Lauren Smith-Heather Oliver.
Ada elemen perseteruan antara mereka susulan rekod empat pertemuan sebelum ini dengan kesemuanya memihak kepada pasangan negara.
Bezanya kali ini, berbanding tiga pertemuan terdahulu, Vivian-Khe Wei unggul memastikan saingan tidak diheret lawan ke set penentuan apabila menang 21-17, 24-22.
Menutup tirai untuk hari pertama badminton buat skuad negara adalah pasangan beregu campuran, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying, yang tidak berdepan masalah untuk menang set pertama 21-13 ke atas pasangan Thailand, Bodin Isara-Savitree Amitrapai.
Peng Soon dan Liu Ying memperkemaskan semula permainan mereka selepas membenarkan Bodin-Savitree untuk bangkit malah meletakkan lawan di ambang kemenangan sebelum merampas kemenangan 21-19.
Astro Arena
Fri Aug 12 2016
Beregu wanita negara, Vivian Hoo-Woon Khe Wei, turut dicabar hebat pasangan England, Lauren Smith-Heather Oliver. - Foto Bernama
Kabel lif ski putus, puluhan cedera di Sepanyol
Sebuah lif ski runtuh di resort di wilayah Aragon, Sepanyol, pada Sabtu.
ASEAN mesti sedia hadapi cabaran baharu kepada keselamatan, kesepaduan - Mohamad
ASEAN mesti bersatu menolak segala anasir luar yang berupaya mengganggu gugat identiti dan kesepaduan pertubuhan itu.
AWANI Ringkas: Selepas UK, PM ke Belgium
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lebih 1,000 peminat campervan, motorhome berkampung di Melaka sempena WTC, WTD
Lebih 1,000 peminat campervan dan motorhome akan berhimpun di Melaka sempena program Jambori Karavan pada September depan.
#AWANIRingkas 19 Januari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 19 Januari 2025
1️⃣ Selepas UK, PM ke Belgium
2️⃣ Pasaran pelancongan ASEAN
3️⃣ Banjir di Sabah
#awaniringkas
1️⃣ Selepas UK, PM ke Belgium
2️⃣ Pasaran pelancongan ASEAN
3️⃣ Banjir di Sabah
#awaniringkas
Beberapa agenda penting pelancongan ASEAN melatari tentatif ATF 2025 hari ini
Ini merupakan kali kedua Malaysia menjadi tuan rumah ATF selepas yang pertama di Kuching, Sarawak pada 2014.
Letupan tangki minyak di Nigera: Angka kematian meningkat kepada 70
Banyak nyawa terkorban berpunca daripada orang ramai cuba mengumpul minyak dari tangki yang tumpah di Kawasan Kerajaan Tempatan Suleja.
Polis Johor siasat dakwaan anggota trafik minta dan terima wang di Tambak Johor
Polis Johor sedang menyiasat gambar tular yang mendakwa anggota polis trafik meminta dan menerima wang di Tambak Johor pada Khamis (16 Jan) lepas.
ASEAN 2025: Mohamad Hasan pengerusikan Pemukiman AMM di Langkawi
Mesyuarat ini merupakan acara pertama dalam kalendar tahunan ASEAN bagi peringkat menteri di bawah kepimpinan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [19 Januari 2025]
Antara fokus Awani Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
1. TikTok akan ditutup hari ini di Amerika kecuali jika Biden campur tangan
2. Malaysia yakin hadapi kemungkinan cabaran daripada pentadbiran Trump
3. Gencatan senjata di Gaza berkuat kuasa hari ini
1. TikTok akan ditutup hari ini di Amerika kecuali jika Biden campur tangan
2. Malaysia yakin hadapi kemungkinan cabaran daripada pentadbiran Trump
3. Gencatan senjata di Gaza berkuat kuasa hari ini
Tokyo 2020: Acara bersejarah berakhir di Tokyo, misi di Paris bermula tiga tahun lagi
Banyak kisah inspirasi dan dedikasi yang dapat disaksikan dari ribuan atlet berbekalkan harapan untuk mengharumkan nama negara.
Tokyo 2020: Elaine Thompson pecah rekod Olimpik dengan catatan masa 10.61 saat
Thompson-Herah pernah memenangi dua pingat emas dalam 100 meter dan 200 meter wanita, dan satu perak dalam 4x100 meter wanita di Olimpik Rio 2016.
Olimpik Tokyo: Thailand raih emas pertama menerusi taekwondo
Atlet taekwondo Thailand, Panipak Wongpattanakit mencipta sejarah meraih pingat emas pertama untuk negaranya di Olimpik Tokyo hari ini.
Misi Olimpik 2020: Phee Jinq En, Khairulnizam fokus buru pingat
Bagi atlet renang Phee Jinq En, kecundang di kejohanan Olimpik sulung Rio 2016 tidak mematahkan semangat juangnya.
Pemanah negara Haziq Kamaruddin meninggal dunia
Perkara itu disahkan rakan sepasukannya Zulfadhli Ruslan menerusi akaun Facebook miliknya sebentar tadi.
Bukan 'Datuk' yang saya buru - Pandelela
Gelaran Datuk tiada dalam buruan ratu terjun negara, Pandelela Rinong.
Agong, Permaisuri zahir ucapan takziah kepada keluarga bekas Olimpian Sabiamad
Seri Paduka Baginda berdua turut menzahirkan rasa sedih dengan pemergian Olimpian negara itu.
Azizulhasni, Shah Firdaus penamat podium di Australia
Pelumba berbasikal trek elit negara Mohd Azizulhasni Awang dan Muhammad Shah Firdaus Sahrom membuktikan kehebatan apabila meraih penamat podium di Kejohanan Berbasikal Trek Kebangsaan Australia
Peng Soon - Liu Ying ke separuh akhir Seluruh England
Beregu campuran profesional negara Chan Peng Soon-Goh Liu Ying ke separuh akhir kejohanan badminton Seluruh England 2021 selepas menyingkirkan gandingan Perancis Thom Gicquel-Delphine Delrue.
Tidak akan menyerah kalah - V Shem
V Shem berkata sebelum tarikh tutup itu, mereka masih lagi berpeluang dan akan berjuang bermati-matian bagi mengutip sebanyak mungkin mata kelayakan walaupun menyedari saingan semakin sengit.