ROGER Federer mengumumkan bahawa dia akan bersara daripada arena tenis profesional selepas tamat saingan Piala Laver di London minggu depan.
Pemain legenda tenis dunia itu tidak pernah beraksi secara kompetitif sejak disingkirkan pemain Poland, Hubert Hurkacz, dalam suku akhir Kejohanan Wimbledon tahun lalu, di mana dia kemudian menjalani pembedahan lutut buat kali ketiga dalam tempoh 18 bulan.
"Seperti yang anda semua tahu, sepanjang tiga tahun lalu telah memberikan saya cabaran dalam bentuk kecederaan dan pembedahan," kata Federer dalam media sosial.
"Saya berusaha keras untuk kembali ke keadaan kompetitif tetapi saya juga sedar kapasiti dan had kepada badan saya, dan mesejnya kepada saya kebelakangan ini amat jelas, saya sudah berusia 41 tahun.
"Saya sudah bermain lebih daripada 1,500 perlawanan sepanjang 24 tahun. Tenis telah melayani saya dengan lebih pemurah berbanding apa yang pernah saya impikan dan kini, saya perlu menyedari bila masanya untuk saya menamatkan karier kompetitif saya.
"Saingan Piala Laver di London minggu depan akan menjadi acara ATP terakhir buat saya. Sudah pasti saya masih akan bermain tenis pada masa akan datang cuma ia bukan dalam grand slam atau jelajah.
"Ini adalah keputusan yang berbelah-bahagi kerana saya akan merindukan segala-galanya yang telah diberikan jelajah ini buat saya tetapi pada masa sama, terlalu banyak perkara untuk diraikan," katanya lagi.
Bagi saingan Piala Laver, yang akan mengambil tempat pada 23-25 September ini, Federer akan mewakili Pasukan Eropah bersama Rafael Nadal, Novak Djokovic, Andy Murray, Casper Ruud dan Stefanos Tsitsipas.
Mereka akan bertemu Pasukan Dunia yang terdiri daripada Taylor Fritz, Felix Auger-Aliassime, Diego Schwartzman, Frances Tiafoe, Alex de Minaur dan Jack Sock.
Astro Arena
Fri Sep 16 2022
![Roger Federer umum akan bersara selepas Piala Laver Roger Federer umum akan bersara selepas Piala Laver](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/71663285803_TennisWimbledon.jpg)
Aksi Roger Federer selepas memenangi pusingan keempat Wimbledon di All England Lawn Tennis and Croquet Club, London, Britain, 5 Julai 2021. - Gambar fail REUTERS
![Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739356184_tbrubbleofbuilding.jpg)
Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026 Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735290530_TBrusia.jpg)
Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.
![Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739976606_Maldives.jpg)
Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.
![Wimbledon: Novak Djokovic menyamai rekod separuh akhir Roger Federer Wimbledon: Novak Djokovic menyamai rekod separuh akhir Roger Federer](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/51689124778_NovakDjokovic.jpg)
Wimbledon: Novak Djokovic menyamai rekod separuh akhir Roger Federer
Kemenangan itu membawanya mara ke separuh akhir pada kejohanan utama buat kali ke-46 dan kemenangan di Wimbledon kepada 33 perlawanan.
![Tenis Wimbledon: Novak Djokovic hampiri rekod kemenangan dua legenda Tenis Wimbledon: Novak Djokovic hampiri rekod kemenangan dua legenda](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/41688614189_NovakDjokovic.jpg)
Tenis Wimbledon: Novak Djokovic hampiri rekod kemenangan dua legenda
Novak menjadi pemain ketiga dalam sejarah di samping Roger Federer dan Serena Williams yang mencatatkan 350 kemenangan perlawanan dalam grand slam.
![Federer akan beraksi dalam perlawanan tenis terakhir Federer akan beraksi dalam perlawanan tenis terakhir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/41663819296_RogerFederer.jpg)
Federer akan beraksi dalam perlawanan tenis terakhir
Federer mengakui berasa gugup untuk bersaing di Piala Laver kerana sudah lama tidak menyertai pertandingan.
![Persaraan Federer berita sedih - Nadal Persaraan Federer berita sedih - Nadal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/41663294403_PersaraanFedererbe.jpg)
Persaraan Federer berita sedih - Nadal
Pengumuman 'seteru' utamanya itu agak mengejutkan kerana pemain Swiss itu dilihat masih berada dalam prestasi yang baik.
![Roger Federer umum akan bersara selepas Piala Laver Roger Federer umum akan bersara selepas Piala Laver](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/71663285803_TennisWimbledon.jpg)
Roger Federer umum akan bersara selepas Piala Laver
Pemain itu tidak pernah beraksi secara kompetitif sejak disingkirkan Hubert Hurkacz suku akhir Kejohanan Wimbledon tahun lalu.
![Roger Federer mahu kembali sertai Jelajah ATP tahun depan Roger Federer mahu kembali sertai Jelajah ATP tahun depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/71655095886_RogerFederer.jpg)
Roger Federer mahu kembali sertai Jelajah ATP tahun depan
Pemenang 20 kali gelaran grand slam itu terpaksa berehat panjang susulan menjalani pembedahan lutut tahun lalu.
![Federer dijangka terlepas saingan Wimbledon Federer dijangka terlepas saingan Wimbledon](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/61646522233_RogerFederer.jpg)
Federer dijangka terlepas saingan Wimbledon
Pemain berusia 40 tahun itu menjalani pembedahan pada lutut kanannya buat kali ketiga Ogos lalu.
![Serena Williams umum tarik diri daripada Terbuka Amerika Syarikat Serena Williams umum tarik diri daripada Terbuka Amerika Syarikat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/41625009292_SerenaWilliams.jpg)
Serena Williams umum tarik diri daripada Terbuka Amerika Syarikat
Kegagalan membuat kemunculan di Flushing Meadow ini sekali gus menyekat misinya untuk memburu trofi Grand Slam ke-24 miliknya.
![Federer berehat panjang lagi demi pembedahan lutut ketiga Federer berehat panjang lagi demi pembedahan lutut ketiga](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/51623048291_rogerfederer.jpg)
Federer berehat panjang lagi demi pembedahan lutut ketiga
Pemain berusia 40 tahun itu tidak beraksi sejak tewas kepada Hubert Hurkacz dalam suku akhir Wimbledon, Julai lalu.
![Federer tarik diri daripada dua kejohanan, cedera lutut berulang Federer tarik diri daripada dua kejohanan, cedera lutut berulang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/61615439979_TBRogerFederer.jpg)
Federer tarik diri daripada dua kejohanan, cedera lutut berulang
Roger Federer telah menarik diri daripada Kejohanan Tenis Terbuka Kanada dan Masters Cincinnati bagi menumpukan kepada pemulihan kecederaan lututnya.