PEMENANG Piala Dunia 1994, Romario, mengambil keputusan mengejut selepas kembali dalam kancah bola sepak profesional selepas hampir dua dekad bersara.
Dia kembali bermain untuk kelab Brazil America dalam divisyen dua Liga Brazil bagi memenuhi permintaan ayahnya untuk melihat kelab itu kembali bersinar, selain untuk memenuhi impian bermain bola sepak bersama anaknya lelakinya, Romarinho.
Legenda yang berusia 58 tahun itu mempunyai rekod cemerlang dalam kariernya dengan berjaya merekodkan 775 jaringan gol dalam keseluruhan perlawanan.
"Saya cuba untuk memberikan bantuan kepada kelab yang saya cintai ini. Terima kasih kepada semua yang memberikan sokongan.
"Ia adalah satu impian untuk bermain bola sepak bersama anak saya. Saya mahu bermain beberapa perlawanan dengan pasukan kesayangan saya dan mencapai impian bermain bola bersama anak saya," katanya.
*Artikel disiarkan di Stadium Astro
Astro Arena
Wed May 22 2024

Legenda yang berusia 58 tahun itu mempunyai rekod cemerlang dalam kariernya dengan berjaya merekodkan 775 jaringan gol dalam keseluruhan perlawanan. - Foto Stadium Astro
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.
'Indonesia gelap' cerminan tekanan pemerintahan Prabowo
Kepimpinan awal Presiden Prabowo Subianto dalam pentadbiran kerajaan Republik Indonesia menyaksikan penentangan dalam kalangan mahasiswa negara itu. Ia selepas pemotongan bajet terutama melibatkan sektor pendidikan dan kebajikan mahasiswa di negara itu. Salah seorang peserta yang terlibat dalam protes 'Indonesia Gelap' berkata Subianto melakukan keputusan yang buruk dalam pengenalan polisi-polisi kerajaannnya.
Pangkalan data salah laku polis Amerika ditutup
Pangkalan data di seluruh negara yang menjejaki salah laku pegawai polis Amerika Syarikat telah ditutup berikutan arahan Presiden Donald Trump. Menurut notis di laman web Jabatan Kehakiman Amerika, menyatakan Trump telah membatalkan perintah eksekutif yang ditandatangani bekas Presiden Joe Biden menyebabkan Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.
Pembinaan Gaza dibawah 'pengawasan penuh' negara-negara Arab
Arab Saudi menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza. Pemimpin dari Mesir, Jordan dan negara Teluk menghadiri mesyuarat di Riyadh itu.
Bekas pegawai 1MDB syor siasatan diteruskan
Seorang Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesyorkan siasatan lanjut diteruskan mengenai ketulenan empat surat derma US$681 juta kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa diterima daripada keluarga diraja Arab Saudi.
10 Berita Pilihan - (21 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Sabtu – 22 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kerajaan kutip RM46 juta menerusi nombor pendaftaran istimewa
Kerajaan berjaya mengutip kira-kira RM46 juta menerusi jualan nombor pendaftaran istimewa (NPI) pada tahun lalu.
Kerajaan setuju kaji pemberian geran perkapitan berdasarkan bilangan penduduk
Kerajaan bersetuju untuk mengkaji semula pemberian geran perkapita kepada kerajaan negeri berdasarkan bilangan penduduk di setiap negeri

Romario kembali bermain bola sepak pada usia 58 tahun
Pemenang Piala Dunia 1994, Romario, mengambil keputusan mengejut selepas kembali dalam kancah bola sepak profesional selepas hampir dua dekad bersara.

Kongsi 55 gol bersama Romario, Neymar berbesar hati
Neymar telah menyamai pencapaian 55 gol buat skuad kebangsaan Brazil bersama Romario ketika bertemu Austria.