CRISTIANO Ronaldo tidak mempunyai masa untuk kekal semusim lagi bersama Manchester United, kata bekas rakan sepasukannya, Nani.
Bintang Portugal itu dilaporkan sedang berusaha untuk meninggalkan United selepas hanya setahun kembali ke pasukan itu daripada Juventus.
Bagaimanapun, kekurangan pilihan pasukan yang boleh disertainya -- dengan Chelsea dan Bayern Munich berkata mereka terpaksa menolak peluang untuk menandatanganinya -- telah meletakkan pemain berusia 37 tahun itu dalam situasi yang sukar.
Situasi rumit Ronaldo itu diburukkan lagi dengan kekalahan United kepada Brighton and Hove Albion dalam aksi pembukaan Liga Perdana Inggeris (EPL) sebelum dibelasah 0-4 oleh Brentford dalam perlawanan kedua.
Dengan United sedang menjalani satu lagi pembinaan semula di bawah pengurus baru, Eric ten Hag, bekas pemain sayap mereka, Nani, memahami apa yang menyebabkan rakan senegaranya itu mahu meninggalkan kelab berkenaan.
"Masa berubah dan reaksi dan perangainya boleh berubah juga," kata Nani dalam rancangan Rio Ferdinand's Vibe bersama Five podcast.
"Tetapi jika kita lihat, dia masih melakukan perkara sama seperti kebiasaannya. Dia tidak suka kekalahan dan memberikan reaksi apabila rakan sepasukannya tidak beraksi baik. Apa yang membezakannya hanyalah masa.
"Dia kembali beraksi untuk Man United tetapi dia telah beraksi di serata dunia dengan pasukan dan pemain berbeza.
"Dia berada dalam pasukan di mana pengurus mereka sedang mencuba untuk membina semula pasukan itu dan ia bukan sesuatu yang mudah, ia memerlukan masa. Cristiano Ronaldo tidak mempunyai masa untuk dibazirkan bagi pembinaan pasukan atau menunggu musim depan.
"Dia mahu kekal berada di atas, menjaringkan gol, menjadi pemain seperti itu.
"Kerana itulah reaksinya sesuatu yang normal. Adakala kita semua memberikan reaksi yang tidak sepatutnya," katanya.
Astro Arena
Fri Aug 19 2022
Kekurangan pilihan pasukan yang boleh disertai Ronaldo meletakkan pemain ini dalam situasi yang sukar untuk meninggalkan United. - Gambar fail
Perjanjian Gencatan senjata di Gaza dimeterai, mula Ahad ini
Rundingan gencatan senjata telah mencapai persetujuan berperingkat pada Rabu untuk menamatkan perang di Gaza antara Israel dan Hamas.
Malaysia perlu rebut peluang peluang perdagangan luar untuk imbangi halangan perdagangan AS
Malaysia perlu mempelbagai rakan dagangan dan tidak bergantung sepenuhnya kepada sumber perdagangan tunggal, untuk mengukuhkan ekonominya.
Singapura perkenal kod amalan untuk aplikasi bagi meningkatkan keselamatan dalam talian
Kategori kandungan berbahaya yang dikenal pasti termasuk kandungan seksual, keganasan, bunuh diri dan mencederakan diri.
Pengharaman TikTok: Aplikasi RedNote jadi tumpuan pengguna AS
Pengguna di China mengalu-alukan pengguna baharu dari Amerika Syarikat dan bertukar pendapat mengenai topik seperti makanan dan pengangguran belia.
AS tegaskan semula sokongan untuk Korea Selatan, puji usaha tegakkan perlembagaan
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara Rumah Putih mengeluarkan kenyataan, menegaskan semula komitmen teguh Amerika terhadap Korea Selatan.
Tiga rakyat China dipenjara 7 tahun, terlibat aktiviti perlombongan haram
Cheng Chang Fu, Wan Ling Wu dan Cheng Hai-Yan juga dikehendaki membayar denda bersamaan $600,000 serta disenarai hitam daripada memasuki negara itu secara kekal.
PM Thailand jadi sasaran 'scammer' guna AI
Paetongtarn mendedahkan bahawa beliau hampir terpedaya dengan penipuan itu, apabila seorang penyamar menggunakan suara pemimpin berkenaan dan mendakwa beliau gagal membuat sumbangan tertentu.
Pengarang nafi terlibat serangan seksual lapan wanita
Dakwaan empat daripada mereka telah disiarkan pada Julai lalu dalam podcast Tortoise Media.
Annuar boleh hidup dengan angan-angan - Fahmi
Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH) Fahmi Fadzil menyindir Pengerusi Muafakat Nasional, Tan Sri Annuar Musa agar boleh meneruskan hidupnya dengan angan-angan.
Fahmi ingatkan rakyat di kawasan berisiko supaya waspada
Rakyat di kawasan berisiko di selatan Semenanjung, Sabah dan Sarawak diingatkan untuk berwaspada dan bersedia bagi menghadapi kemungkinan banjir akibat luruan monsun.
Ronaldo kekal di Al-Nassr sehingga tahun depan
Cristiano Ronaldo dilaporkan telah menerima tawaran Al-Nassr untuk melanjutkan kontraknya sehingga tahun depan dan akan terus beraksi dalam saingan Liga Pro Saudi itu.
Tindakan Ronaldo tular, terima pujian peminat
TINDAKAN Cristiano Ronaldo sekali lagi menjadi tumpuan dengan sikap terpujinya ketika menghadiri Anugerah Bola Sepak Globe di Dubai baru-baru ini.
Ronaldo gembira tinggal di Arab Saudi
Ronaldo menepis spekulasi mahu meninggalkan kelabnya, Al-Nassr dan menegaskan dia dan keluarganya gembira tinggal di Arab Saudi.
Lionel Messi, Cristiano Ronaldo tercicir daripada FIFPRO World 11
Jude Bellingham, Vinicius Junior, dan Kylian Mbappe merupakan antara enam pemain Real Madrid yang mendominasi senarai FIFPRO World 11.
Neymar sepatutnya menang lima Ballon d'Or - Buffon
Gianluigi Buffon percaya Neymar seharusnya memenangi sekurang-kurangnya lima anugerah Ballon d'or dalam karier bola sepaknya.
Gol akrobatik Cristiano Ronaldo warnai kemenangan Portugal
Pemenang Ballon d'Or lima kali itu melengkapkan hantaran silang Vitinha dengan jaringan akrobatik mengatasi Marcin Bulka.
Cristiano Ronaldo tidak letak pelan jangka masa panjang
Cristiano Ronaldo telah mengakui tidak boleh memikirkan terlalu jauh lagi ketika dia menghampiri usia 40-an.
ACLE: Arif Aiman tangga teratas jumlah percubaan tepat, Cristiano Ronaldo keempat
Arif Aiman kekal sebagai pemain yang mempunyai jumlah percubaan tepat terbanyak dalam saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) ketika ini.
Ronaldo nafi beraksi di Liga Pro Saudi kerana wang
Ronaldo menjelaskan bahawa perpindahannya ke Liga Pro Saudi bukan kerana wang, sebaliknya kerana minatnya yang tinggi terhadap bola sepak.
ACLE: Arif Aiman di tangga kedua, Cristiano Ronaldo kesembilan
Bintang JDT Arif Aiman kini berada di tangga kedua dalam senarai penjaring terbanyak Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) musim ini.