CRISTIANO Ronaldo merenung kembali dalam menulis "kisah indah" di Juventus setelah Manchester United mengesahkan mereka bersetuju menandatangani semula penyerang itu.
Ronaldo dilaporkan dalam perjalanan ke Manchester City sebelum The Red Devils mendedahkan legenda kelab itu bersedia kembali ke Old Trafford.
Kapten Portugal itu akan kembali buat kali kedua dalam Liga Perdana Inggeris (EPL), tertakluk pada persetujuan syarat peribadi, mendapatkan visa dan lulus ujian perubatan.
United dikatakan bersetuju untuk membayar GBP12.8 juta serta GBP6.9 juta tambahan bagi mendapakan khidmat penyerang berusia 36 tahun itu, yang memenangi Serie A dua kali sejak meninggalkan Real Madrid pada 2018.
Pemenang Ballon d'Or lima kali itu memuat naik mesej perpisahan di Instagram setelah United mendedahkan telah mencapai persetujuan.
"Hari ini saya berangkat meninggalkan sebuah kelab yang luar biasa, yang terbesar di Itali dan pastinya yang terbesar di seluruh Eropah.
"Saya memberikan hati dan jiwa saya untuk Juventus dan saya akan sentiasa mencintai kota Turin sehingga hari-hari terakhir saya," katanya.
BACA: Ronaldo sah kembali ke Manchester United
"'Tiffosi Bianconeri' selalu menghormati saya dan saya berusaha mengucapkan terima kasih dengan memberikan yang terbaik untuk mereka dalam setiap perlawanan, setiap musim, setiap pertandingan.
"Pada akhirnya, kita semua dapat melihat ke belakang dan menyedari bahawa kita mencapai perkara-perkara hebat, bukan semua yang kita mahukan, namun kita menulis kisah yang sangat indah bersama-sama.
"Saya akan sentiasa menjadi salah seorang daripada anda. Anda sekarang menjadi sebahagian daripada sejarah saya, kerana saya berasakan bahawa saya adalah sebahagian daripada sejarah anda.
"Itali, Juve, Turin, tiffosi bianconeri, anda akan sentiasa berada di hati saya."
Astro Arena
Fri Aug 27 2021

RONALDO: Saya memberikan hati dan jiwa saya untuk Juventus dan saya akan sentiasa mencintai kota Turin sehingga hari-hari terakhir saya. - Gambar fail

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

ACLE: Arif Aiman hanya kurang satu gol di belakang Cristiano Ronaldo
PENYERANG sensasi Johor Darul Ta'zim (JDT), Arif Aiman Hanapi, telah mengumpul lima gol dan dua bantuan jaringan daripada lapan perlawanan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) setakat ini.

Tidak masuk akal - Cristiano Ronaldo nafi spekulasi kembali ke pangkuan Sporting
Cristiano Ronaldo menafikan spekulasi kepulangannya ke Sporting CP dengan berkata adalah tidak masuk akal untuk dia kembali ke kelab zaman remajanya itu.

Saya pemain paling lengkap, terbaik dalam sejarah - Cristiano Ronaldo
Cristiano Ronaldo percaya dirinya merupakan pemain bola sepak terhebat dengan menegaskan dia telah melakukan sesuatu yang tidak pernah dilakukan oleh pemain lain.

Ronaldo desak Al-Nassr sambar Casemiro dari Manchester United
Cristiano Ronaldo dikhabarkan meminta Al-Nassr untuk menandatangani Casemiro dari Manchester United.

Liga Pro Saudi: Dua penyudah Cristiano Ronaldo cetus kemenangan Al-Nassr
Al-Nassr bergelut untuk memecahkan kebuntuan perlawanan sebelum sepakan voli Ronaldo terhasil pada minit ke-65.

Seminit RM1,600, gaji Cristiano Ronaldo cecah ratusan juta setiap bulan
Cristiano Ronaldo, merupakan penerima gaji tertinggi selepas menandatangani kontrak baru bersama kelab terkemuka Liga Pro Saudi, Al-Nassr.

Ronaldo kekal di Al-Nassr sehingga tahun depan
Cristiano Ronaldo dilaporkan telah menerima tawaran Al-Nassr untuk melanjutkan kontraknya sehingga tahun depan dan akan terus beraksi dalam saingan Liga Pro Saudi itu.

Tindakan Ronaldo tular, terima pujian peminat
TINDAKAN Cristiano Ronaldo sekali lagi menjadi tumpuan dengan sikap terpujinya ketika menghadiri Anugerah Bola Sepak Globe di Dubai baru-baru ini.

Ronaldo gembira tinggal di Arab Saudi
Ronaldo menepis spekulasi mahu meninggalkan kelabnya, Al-Nassr dan menegaskan dia dan keluarganya gembira tinggal di Arab Saudi.

Lionel Messi, Cristiano Ronaldo tercicir daripada FIFPRO World 11
Jude Bellingham, Vinicius Junior, dan Kylian Mbappe merupakan antara enam pemain Real Madrid yang mendominasi senarai FIFPRO World 11.