KUALA LUMPUR: TEKA teki mengenai kedudukan dua penerjun negara, Datuk Pandelela Rinong dan Nur Dhabitah Sabri dalam senarai program ‘Road to Gold’ (RTG) berkemungkinan akan diketahui pada mesyuarat jawatankuasa program itu akhir bulan ini.
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, beliau tidak mempunyai jawapan spesifik berhubung persoalan itu sekali gus berharap semua pihak dapat menunggu keputusan yang akan dimuktamadkan nanti.
"Saya tahu ramai hendak bertanyakan mengenai sukan terjun, namun perlu menunggu hingga mesyuarat RTG. Pastinya kecewa (prestasi skuad terjun) tetapi saya nak dengar dahulu penjelasan daripada persatuan sukan, jurulatih dan pengarah teknikal mereka.
"Majlis Sukan Negara (MSN) sedang mengatur untuk bertemu dengan mereka,” katanya ketika ditemui pada Majlis Menandatangani Penajaan CIMB Group Holdings Berhad kepada pemain golf negara, Ervin Chang di sini pada Isnin.
Pandelela dan Nur Dhabitah merupakan atlet terkini dalam program RTG yang gagal melayakkan diri ke Sukan Olimpik Paris 2024 selepas aksi mengecewakan di Kejohanan Akuatik Dunia di Doha, Qatar minggu lepas.
Beliau dalam masa sama memaklumkan bukan sesuatu yang mudah untuk membuat sebarang keputusan terutama dalam portfolio sukan memandangkan ia membabitkan prestasi seseorang atlet.
"Dalam ucapan saya tadi ia merujuk kepada portfolio belia dan sukan. Belia perlu diberikan sokongan supaya peluang kedua itu wujud buat mereka, namun untuk sukan ia berasaskan prestasi kerana kita tahu dalam perjalanan seseorang atlet, ada masa mereka naik dan ada masa turun.
"Ada atlet yang jatuh perlu bangun semula. Ia bukan keputusan menteri sahaja saya perlu mendapatkan bantuan pakar," katanya.
Hannah berkata pihaknya dalam masa sama akan membincangkan tentang kriteria atlet bagi dipilih menyertai Program RTG ke Sukan Olimpik Los Angeles 2028 pada mesyuarat jawatankuasa tersebut.
Sementara itu, ketika ditemui di Lapangan Terbang Kuala Lumpur di Sepang, Pandelela dan Nur Dhabitah bersedia menerima kemungkinan digugurkan daripada program RTG selepas gagal melayakkan diri ke Sukan Olimpik Paris 2024 itu.
"Saya memang sudah tahu, RTG ini adalah satu keistimewaan tapi tak bermakna ia meletakkan atlet dalam zon selesa, anda perlu buktikan yang anda layak untuk berada dalam program itu.
"Saya terima sahaja apa jua keputusan yang akan diputuskan dan saya ingin berterima kasih kepada pihak RTG kerana menyokong dan membantu saya selama ini, misalnya pertolongan yang dihulurkan ketika Sukan Asia Hangzhou. Cuma tuah tidak berpihak kepada saya untuk Sukan Olimpik kali ini," katanya.
Nur Dhabitah, yang dibelenggu kecederaan triseps sebelum kejohanan dunia itu bermula, gagal menyerlah dalam acara kegemarannya 3 meter (m) papan anjal apabila hanya menduduki tempat ke-24 dengan mengumpul 238.15 mata.
Beliau yang kemudian bergandingan bersama Wendy Ng bagi acara 3m papan anjal seirama turut gagal menyerlah dengan meraih 258.30 mata untuk berada di tempat kesembilan, sekali gus tercicir daripada pentas final.
"Saya tidak kisah kerana seperti saya katakan, saya tahu saya tidak beraksi seperti mana yang dimahukan.
"Saya memilih untuk tunggu dahulu sebelum membuat sebarang perancangan untuk diri saya," katanya.
Pada Oktober lepas, jawatankuasa RTG mengumumkan pengguguran atlet daripada program itu, termasuk pasukan hoki lelaki kebangsaan yang gagal mencapai sasaran pingat emas yang mereka sendiri tetapkan di Sukan Asia Hangzhou 2022.
Atlet badminton juga digugurkan membabitkan pasangan beregu campuran persendirian Tan Kian Meng-Lai Pei Jing dan Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai, selepas penilaian semula terhadap prestasi mereka.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 12 2024

Pandelela dan Nur Dhabitah merupakan atlet terkini dalam program RTG yang gagal melayakkan diri ke Sukan Olimpik Paris 2024 selepas aksi mengecewakan di Kejohanan Akuatik Dunia di Doha, Qatar minggu lepas. - Gambar fail/Bernama
3,316 graduan dilantik pegawai perubatan siswazah
Semua 3,316 graduan perubatan yang berdaftar dengan Majlis Perubatan Malaysia (MMC) tahun lalu, dilantik sebagai pegawai perubatan siswazah (PPS) di Hospital Latihan Siswazah (HLS) di seluruh negara.
KKDW pertimbang guna kaedah IBS bina rumah PPRS
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) sedang mempertimbang penggunaan kaedah Sistem Binaan Berindustri (IBS) dalam pembinaan Program Perumahan Rakyat Sejahtera (PPRS).
Malaysia dijangka berdepan cabaran pembangunan pusat data AI dengan sekatan terkini AS - Liew
Menurutnya Malaysia telah diletakkan di bawah kategori Tahap 2 menerusi sekatan baharu itu selain Singapura, Indonesia dan Vietnam, dengan negara-negara berkenaan diberikan akses yang terhad dan terkawal bagi eksport teknologi AI termaju.
PGA gagalkan cubaan seludup hampir 88,000 kelapa di Tumpat
Pasukan Gerakan Am (PGA) briged tenggara berjaya menggagalkan cubaan menyeludup keluar hampir 88,000 biji kelapa selepas menahan dua treler di Stor Che Soh, Kampung Pulau Ular, Tumpat, Isnin lalu.
'Flat' Chow Kit digempur, 124 pati dicekup
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan 124 pendatang tanpa izin dalam serbuan di sebuah bangunan rumah flat 14 tingkat di Jalan Haji Hussein, Chow Kit awal pagi rabu.
Pengarah JIM Kuala Lumpur Wan Mohamed Saupee Wan Yusoff berkata 84 warga Indonesia, Bangladesh (17), Pakistan (14), Nepal (4), India (3) dan Myanmar (2) ditahan kerana disyaki tinggal di negara ini tanpa permit sah dan melebihi masa yang ditetapkan.
Pengarah JIM Kuala Lumpur Wan Mohamed Saupee Wan Yusoff berkata 84 warga Indonesia, Bangladesh (17), Pakistan (14), Nepal (4), India (3) dan Myanmar (2) ditahan kerana disyaki tinggal di negara ini tanpa permit sah dan melebihi masa yang ditetapkan.
A$ap Rocky dibebaskan dari dua pertuduhan, 'lompat' ke arah penyokong di mahkamah tanda lega
Penyanyi rap terkenal Amerika Syarikat, A$Ap Rocky dibebaskan daripada dua pertuduhan jenayah serangan dengan senjata separa automatik selepas juri mahkamah di Los Angeles mendapati beliau tidak bersalah dalam insiden yang berlaku pada 2021.

Dua lelaki termasuk warga emas didakwa edar 275 kg dadah
Dua lelaki termasuk seorang warga emas dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bentong atas pertuduhan mengedar 275.19 kilogram dadah.
AS-Rusia setuju runding lagi, Ukraine tidak dilibatkan
Amerika Syarikat bersetuju untuk mengadakan lebih banyak rundingan dengan Rusia bagi menamatkan perang di Ukraine selepas mesyuarat awal yang tidak melibatkan Kyiv.
Pendekatan ini berbeza daripada dasar Washington sebelum ini yang lebih memilih untuk menekan Rusia melalui kerjasama rapat dengan sekutu-sekutunya.
Pendekatan ini berbeza daripada dasar Washington sebelum ini yang lebih memilih untuk menekan Rusia melalui kerjasama rapat dengan sekutu-sekutunya.

Gangguan bekalan air 18 jam di Air Itam, Farlim, Paya Terubong
Sebanyak 33,500 akaun pengguna di Air Itam, Farlim dan Paya Terubong di sini akan mengalami gangguan bekalan air berjadual (SWSI) selama 18 jam bermula Jumaat hingga Sabtu ini.
Israel, Hamas runding gencatan senjata baharu minggu ini
Israel dan Hamas akan memulakan rundingan tidak langsung mengenai fasa kedua perjanjian gencatan senjata di Gaza minggu ini.
Rundingan bagi fasa kedua perjanjian ini dijadualkan bermula pada 4 Februari, tetapi Qatar, sebagai perantara bersama Mesir dan Amerika Syarikat, menyatakan bahawa rundingan rasmi masih belum dimulakan.
Rundingan bagi fasa kedua perjanjian ini dijadualkan bermula pada 4 Februari, tetapi Qatar, sebagai perantara bersama Mesir dan Amerika Syarikat, menyatakan bahawa rundingan rasmi masih belum dimulakan.

‘Penyakit dalam sukan Malaysia, tumpu kepada atlet menang sahaja’ - Penganalisis
"Tengok apabila Pandelela Rinong tidak boleh bertanding, tidak ada orang yang boleh menggantikan tempatnya, begitu juga berlaku selepas Lee Chong Wei bersara. Terkapai-kapai cari pengganti."

Tidak adil untuk Pandelela tuding jari terhadap media secara melulu - SAM
Presiden SAM, Norismadi Abd Manap dalam satu kenyataan pada Sabtu menegaskan, media sukan adalah profesional dalam menjalankan tugas

Pandelela jelas isu 'entiti', dakwa media salah tafsir
Ratu terjun negara, Datuk Pandelela Rinong, akhirnya tampil memberikan penjelasan mengenai kemelut isu yang dihadapi skuad terjun ketika ini.

Gangguan 'entiti': MAS siasat segera dakwaan Pandelela
Setiausaha Agung MAS, Andy Low, berkata beliau telah berjumpa dan mendapatkan penjelasan Pandelela pagi tadi, namun enggan mengulas lanjut sehingga siasatan selesai.

"Hanya alasan!" - Kenyataan MAS kepada Pandelela tidak wajar
Kenyataan Setiausaha Agung Persekutuan Renang Malaysia (MAS) Andy Low kepada ratu terjun negara Datuk Pandelela Rinong dianggap tidak wajar.

Kami boleh bersara jika ada atlet pelapis - Pandelela
Datuk Pandelela Rinong hari ini berkata penerjun senior sepertinya boleh bersara, jika ada atlet pelapis yang boleh mengatasi mereka.

RTG: Kedudukan Pandelela, Dhabitah mungkin diketahui akhir bulan ini
Kedudukan Datuk Pandelela Rinong dan Nur Dhabitah Sabri dalam senarai program Road to Gold berkemungkinan akan diketahui akhir bulan ini.

Gagal raih tiket ke Sukan Olimpik Paris, Pandelela mohon maaf
Penerjun kelahiran Sarawak itu bagaimanapun belum mahu mengibar bendera putih, sebaliknya tekad bangkit lebih kuat selepas ini.

Pandelela, Nur Dhabitah gagal ke Sukan Olimpik Paris 2024
Mereka gagal menampilkan prestasi terbaik untuk menduduki kedudukan tersebut daripada 16 gandingan dengan mengutip 240.06 mata keseluruhan.

Pandelela diyakini mampu beri aksi terbaik buru slot ke Paris 2024
Pandelela masih mempunyai satu lagi peluang apabila beraksi bersama Nur Dhabitah dalam acara 10m platform seirama pada Selasa.