KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia muncul satu-satunya atlet dalam program "Road To Gold" (RTG) yang belum menagih bantuan khidmat sokongan daripada Institut Sukan Negara (ISN).
Ketua Pegawai Eksekutif ISN Ahmad Faedzal Md Ramli berkata ini kerana Zii Jia mempunyai pasukan sokongan sendiri yang membantunya dalam mana-mana kejohanan disertai.
"Bagaimanapun, kami sedia membantu Zii Jia sekiranya beliau memerlukan khidmat sokongan, bertepatan dengan semangat RTG untuk bantu atlet.
"Kita sentiasa tawarkan (khidmat sokongan), cuma beritahu dan kita akan aturkan," katanya kepada pemberita selepas majlis "ISN Inspire 2023" dirasmikan Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh di sini semalam.
Ahmad Faedzal berkata mereka sememangnya berhubung dengan Pengarah Kejurulatihan Team LZJ Wong Tat Meng sekiranya terdapat keperluan bagi pihak pemain nombor 13 dunia itu mendapatkan bantuan sokongan ISN.
Beliau berkata setakat ini, kesemua wakil profesional lain yang tersenarai dalam program RTG terdiri daripada beregu lelaki Ong Yew Sin-Teo Ee Yi serta dua lagi beregu campuran Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie dan Tan Kian Meng-Lai Pei Jing menikmati bantuan dihulurkan ISN.
RTG merupakan program dilaksanakan bagi memburu emas sulung negara dalam Sukan Olimpik 2024 di Paris.
ISN menawarkan khidmat sokongan seperti penganalisis prestasi, ahli fisioterapi dan tukang urut sukan kepada mana-mana atlet badminton termasuk di bawah Program Podium.
Ahmad Faedzal berkata 13 pegawai sokongan ISN didedikasikan di bawah program RTG, manakala 80 lagi pegawai berkhidmat bagi Program Podium.
Bagaimanapun, beliau berkata jumlah pegawai terlibat bagi kedua-dua program tersebut mungkin berubah bergantung kepada keperluan atlet.
Menurutnya sebarang perubahan juga akan dibuat dengan melaksanakan analisis bersama jurulatih, pegawai ISN dan atlet sendiri mengenai keperluan yang diminta.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 22 2023

Bagaimanapun, Ahmad Faedzal berkata, pihaknya sedia membantu Zii Jia (gambar) sekiranya beliau memerlukan khidmat sokongan, bertepatan dengan semangat RTG untuk bantu atlet. - Gambar fail/Sinar Harian

Pelajar Tingkatan Satu maut dirempuh lori selepas turun bas
Supt Mohammad Shofee Tayib berkata, laporan mengenai kejadian itu diterima daripada orang awam pada jam 7.45 petang.

Nurfakhira ditemui selamat di rumah nenek rakan lelaki
ACP Bahrin berkata, remaja berkenaan ditemui dalam keadaan baik di rumah nenek rakan lelakinya.

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Fei-Din jadi model jenama pakaian antarabangsa
Juara Terbuka India itu mendapat durian runtuh selepas Lee Zii Jia turut diperkenalkan untuk sebuah jenama pakaian tempatan.

Lee Zii Jia sah tidak sertai Terbuka India, Masters Indonesia
Lee Zii Jia tidak akjan menyertai Kejohanan Terbuka India dan Kejohanan Masters Indonesia yang akan berlangsung bulan ini.

Zii Jia terpaksa tarik diri dari Terbuka Malaysia minggu depan
Lee Zii Jia menarik diri daripada pembukaan musim Jelajah Dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF) 2025 di Terbuka Malaysia yang dijadualkan bermula di Axiata Arena, Bukit Jalil, pada Selasa ini.

Yeoh Kay Bin diumum ketua jurulatih baharu Team LZJ
Team LZJ menyifatkan Kay Bin sebagai jurulatih yang memiliki pengalaman luas di peringkat tempatan dan antarabangsa.

Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia, permohonan maaf memadai - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh menyifatkan pemohonan maaf daripada pihak penaja Lee Zii Jia, Victor berhubung isu Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain itu sudah memadai.

Zii Jia alami kecederaan ligamen buku lali kanan
Pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia disahkan mengalami kecederaan ligamen buku lali kanan.

'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.

Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal - Fahmi
Kontroversi Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.

Final Jelajah Dunia BWF: Gagal teruskan permainan, penyertaan serta slot separuh akhir Zii Jia dibatalkan
Penyertaan pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia, sah dibatalkan apabila terpaksa mengambil keputusan untuk menarik diri ekoran kecederaan ketika bertemu wakil tuan rumah, Li Shi Feng.

Final Jelajah Dunia BWF: Lee Zii Jia siap sedia hadapi cabaran sebenar bertemu tuan rumah
"Semua pemain di sini adalah pilihan terbaik tatkala mahu merangkul kejuaraan. Saya berpuas hati dengan tahap prestasi saya setakat ini." - Zii Jia