PERLAWANAN Liga 2 Indonesia bertukar tragedi malang apabila rusuhan besar-besaran berlaku melibatkan penyokong memasuki padang ekoran tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil.

Dalam aksi tersebut, Persela Lamongan tewas 0-1 kepada Persijap Jepara menerusi jaringan Rosalvo Candido pada minit ke-37.

Persela Lamongan juga harus bermain dengan 10 orang akibat penjaga golnya, Muhammad Bimasakti Andiko, dilayangkan kad merah selepas melakukan kekasaran terhadap pemain Persijap.


Penyokong tuan rumah bertindak agresif melakukan beberapa kerosakan dan permainan terpaksa dihentikan pada minit ke-78.

Melihat keadaan semakin buruk serta tiada tanda untuk kembali aman, pengadil serta pihak penganjur pertandingan membuat keputusan untuk membatalkan terus perlawanan tersebut. - Stadium Astro