KUALA LUMPUR: Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) menggantung perlawanan Liga bola sepak utama Indonesia, Liga 1 selama seminggu susulan rusuhan bola sepak di Stadium Kanjuruhan Kabupaten Malang, Jawa Timur Indonesia pada Sabtu malam.
Ketua Umum PSSI, Mochamad Iriawan dalam kenyataan berkata, pihaknya sedia memberi kerjasama kepada pihak berkuasa Indonesia untuk menyiasat insiden berkenaan.
Iriawan turut menyifatkan kejadian yang mengorbankan hampir 200 individu itu sebagai sangat mencemarkan imej bola sepak Indonesia.
"PSSI kesal dengan tindakan penyokong pasukan Arema FC.
"Kami berdukacita dan meminta maaf kepada keluarga korban serta semua pihak di atas insiden tersebut," katanya dalam kenyataan di laman web PSSI, pada Ahad.
BACA: LAPOR LANGSUNG: Angka korban meningkat dalam rusuhan perlawanan bola sepak Stadium Kanjuruhan
Iriawan berkata, PSSI turut menubuhkan pasukan penyiasat dan telah mengarahkan segera ke lokasi kejadian.
Dalam masa yang sama, beliau berkata PSSI turut melarang pasukan Aema FC daripada menganjurkan sebarang perlawanan sepanjang musim Liga 1 2022/2023.
Angka korban dilaporkan meningkat kepada hampir 200 orang termasuk dua anggota polis akibat rempuhan ketika rusuhan antara pasukan Arema FC dan Persebaya Surabaya.
Memetik Kompas.com, Ketua Polis Jawa Timur, Inspektor Jeneral Nico Afinta berkata penyokong Arema meluru ke dalam padang selepas pasukan mereka tewas 2-3 kepada Persebaya Surabaya, menyebabkan polis terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi meredakan ketegangan.
Begitupun, difahamkan pemedih mata yang dilepaskan menyebabkan penyokong berkenaan cuba mengelakkan sehingga berlaku rempuhan dan terpijak penonton lain.
Selain itu, ramai penyokong dilapor mengalami sesak nafas.
Rusuhan berlarutan sehingga ke luar stadium dengan sekurang-kurangnya lapan kenderaan polis mengalami kerosakan.
Hasimi Muhamad
Sun Oct 02 2022
![Rusuhan Stadium Kanjuruhan: PSSI gantung Liga 1 selama seminggu Rusuhan Stadium Kanjuruhan: PSSI gantung Liga 1 selama seminggu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/61664689122_RusuhanBolaSepak.jpg)
Sekurang-kurangnya, 129 orang terbunuh termasuk dua anggota polis, manakala 180 cedera akibat rempuhan ketika rusuhan antara pasukan Arema FC dan Persebaya Surabaya di Malang, Indonesia. - Foto AP
![Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739356184_tbrubbleofbuilding.jpg)
Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026 Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735290530_TBrusia.jpg)
Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.
![Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739976606_Maldives.jpg)
Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.
![Indonesia adakan perlawanan semula antara kelab terlibat rempuhan maut tanpa penonton Indonesia adakan perlawanan semula antara kelab terlibat rempuhan maut tanpa penonton](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/51681253027_TBINDONESIAFOOTBAL.jpg)
Indonesia adakan perlawanan semula antara kelab terlibat rempuhan maut tanpa penonton
Perlawanan antara Persebaya dan Arema FC dilaksanakan tanpa penonton mengikut permit yang dikeluarkan polis.
![[LAPOR LANGSUNG] Rusuhan Stadium Kanjuruhan kejadian kedua terburuk dalam sejarah dunia [LAPOR LANGSUNG] Rusuhan Stadium Kanjuruhan kejadian kedua terburuk dalam sejarah dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/71664768781_AremaFCsupporters.jpg)
[LAPOR LANGSUNG] Rusuhan Stadium Kanjuruhan kejadian kedua terburuk dalam sejarah dunia
Portal berita Indonesia, melaporkan sekurang-kurangnya dua daripada mangsa yang terbunuh terdiri daripada anggota polis tempatan.
![Rusuhan Stadium Kanjuruhan: Malaysia sedia hulur bantuan - Ahmad Faizal Rusuhan Stadium Kanjuruhan: Malaysia sedia hulur bantuan - Ahmad Faizal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/41664765940_PilihanrayaPASNeg.jpg)
Rusuhan Stadium Kanjuruhan: Malaysia sedia hulur bantuan - Ahmad Faizal
Ini kerana Indonesia bukan sekadar negara jiran kepada Malaysia bahkan merupakan sahabat serta saudara serumpun.
![Tingkat prosedur kawalan orang ramai di venue sukan - Ti Tingkat prosedur kawalan orang ramai di venue sukan - Ti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/71664747078_TiLianKer.jpg)
Tingkat prosedur kawalan orang ramai di venue sukan - Ti
Selain mengharapkan penyokong dapat mengawal emosi, anggota penguat kuasa yang bertugas juga perlu bijak mengawal keadaan dan provokasi.
![Rusuhan Stadium Kanjuruhan: Malaysia ambil iktibar - Faizal Azumu Rusuhan Stadium Kanjuruhan: Malaysia ambil iktibar - Faizal Azumu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/61664700478_TBINDOSOCCERRIOT.jpg)
Rusuhan Stadium Kanjuruhan: Malaysia ambil iktibar - Faizal Azumu
Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu juga akan berhubung dengan rakan sejawatan di negara itu bagi menawarkan bantuan.
![Rusuhan Stadium Kanjuruhan: Anak tunggal jadi yatim piatu sekelip mata Rusuhan Stadium Kanjuruhan: Anak tunggal jadi yatim piatu sekelip mata](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/41664701589_TBPASUTRI.jpg)
Rusuhan Stadium Kanjuruhan: Anak tunggal jadi yatim piatu sekelip mata
Pasangan suami isteri, M Yulianton dan Devi Ratna antara mangsa yang terkorban dalam dalam rusuhan penyokong ketika aksi Liga 1 Indonesia antara Arema FC dan Persebaya Surabaya di Stadium Kanjuruhan.