KUALA LUMPUR: Bekas penyerang prolifik kebangsaan, Mohd Safee Sali hari ini mengumumkan persaraannya selepas hampir dua dekad berkecimpung dalam arena bola sepak profesional.
Mohd Safee, 39, ketika mengumumkan perkara itu pada satu sidang media menyifatkan perjalanannya dalam sukan itu berakhir dengan cukup cemerlang menerusi pelbagai pencapaian di peringkat kelab mahupun ketika menyarung jersi kebangsaan.
Menjadi antara watak penting dalam kejayaan Malaysia memenangi Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) pada aksi final 2010 menentang Indonesia, beliau berkata, ini merupakan masa yang paling sesuai untuk bersara selepas mengambil kira usianya, selain tidak berupaya memberikan saingan sengit dalam perlawanan serta merebut slot kesebelasan utama.
"Memang berat untuk membuat keputusan ini. Biarpun tidak mengalami kecederaan serius, saya rasa inilah masa yang sesuai untuk berbuat demikian.
"Kini saya boleh memberikan tumpuan kepada perancangan untuk memanfaatkan pengalaman dan pengetahuan saya dalam menjadi pemangkin buat generasi bola sepak Malaysia seterusnya," katanya di sini, hari ini.
Mohd Safee memulakan karier profesionalnya pada 2004 dan pernah mewakili pelbagai kelab bola sepak terbaik negara dan di rantau ini antaranya Johor Darul Ta'zim (JDT), Kuala Lumpur City FC (KL CIty FC), Selangor FC dan Pelita Jaya FC dari Indonesia.
Beliau turut memegang rekod sebagai pemain bola sepak Malaysia pertama beraksi dalam dua perlawanan akhir Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) iaitu semasa bersama JDT pada 2015 dan KL City FC pada 2022.
Sementara itu, Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin merakamkan penghargaan kepada Mohd Safee yang telah membuat 76 penampilan bersama skuad Harimau Malaya.
"Safee merupakan legenda sebenar bola sepak Malaysia dan menjadi contoh kepada pemain muda dalam negara. Dedikasi, usaha keras dan semangat beliau terhadap sukan ini telah menempatkan dirinya di hati peminat di Malaysia dan komuniti bola sepak.
"Mewakili FAM, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Safee di atas sumbangan beliau terhadap bola sepak Malaysia dan semoga berjaya di masa hadapan," katanya.
Mohd Safee telah menjaringkan 136 gol untuk kelab dan 47 gol bersama Harimau Malaya.
Pemain kelahiran Selangor itu membuat penampilan terakhir bersama skuad kebangsaan ketika Malaysia mencatat keputusan seri 0-0 berdepan Filipina dalam aksi persahabatan pada Mac 2017. - BERNAMA
Bernama
Tue Feb 21 2023

Mohd Safee Sali hari ini mengumumkan persaraannya selepas hampir dua dekad berkecimpung dalam arena bola sepak profesional. - Gambar fail BERNAMA

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Safee harap provokasi netizen tidak ganggu rentak Harimau Malaya
Safee Sali menasihatkan skuad Harimau Malaya supaya terus fokus dan tidak terganggu dengan provokasi netizen di media sosial.

Arif Aiman berpotensi lebarkan sayap di Timur Tengah - Safee
Safee berpandangan pemain berusia 21 tahun itu, seeloknya kekal bersama JDT terlebih dahulu bagi mengembangkan lagi bakatnya.

Safee Sali kekal bersama PJ City musim depan
Beliau turut membayangkan musim depan pasukan itu bakal menampilkan beberapa muka baharu yang lebih berpengalaman dalam Liga Super.

Budi bahasa bukan budaya kita?
Melihat kepada keadaan yang berlaku pada hari ini, kita kembali semula kepada persoalan, adakah budi bahasa bukan lagi budaya kita?

Lelaki bawa pistol, peluru dalam kereta Safee Sali didakwa di mahkamah
Pekerja kedai aksesori kenderaan, Shalihoddin Azman, 34, mengaku tidak bersalah dan meminta perbicaraan.

Safee Sali beri keterangan berhubung pistol, peluru hidup dalam kenderaannya
Safee, 32, tiba di IPD JBU kira-kira 2.30 petang dan selesai memberi keterangan kira-kira sejam kemudian.

Safee Sali kecewa tidak dapat beri sumbangan
Penyerang Johor DT, Safee Sali kecewa gagal membantu pasukannya merampas gelaran Piala FA musim ini.

Medan Safiq, Safee kembalikan keyakinan
Latihan dua minggu skuad senior kebangsaan di Australia merupakan medan terbaik buat Safiq Rahim dan Safee Sali untuk mengembalikan semula keyakinan, masing-masing.

Safee harap Nazmi tambah matang
Safee Sali berharap Nazmi Faiz Mansor bertambah matang selepas pulang awal daripada kembaranya di Portugal.