KUALA LUMPUR: Kepayahan dan masalah kesihatan dialami dua bekas wartawan sukan tanah air mendapat perhatian Persatuan Penulis-penulis Sukan Malaysia (SAM) yang tampil menghulurkan bantuan sempena Hari Raya Aidilfitri.
Mereka yang menerima bantuan adalah Jalil Mat Dom, 61, dan Tumpang Saptu, 69.
Presiden SAM Norismadi Abd Manap berkata program dengan kerjasama Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) itu menyaksikan kedua-dua mereka diberi bantuan kewangan manakala Jalil yang lumpuh akibat strok sejak tahun lepas turut dihadiahkan sebuah kerusi roda.
Turut hadir Pengerusi YAKEB Datuk Noorul Ariffin Abdul Majeed.
"Media dan sukan saling memerlukan. Kami (YAKEB) sangat menghargai jasa media kerana memberi semangat dan menaikkan taraf sukan negara, justeru kami berharap sumbangan ini sedikit sebanyak dapat meringan beban penerima," kata Noorul Ariffin selepas berkunjung ke kediaman Jalil di Ampang, dekat sini pada Selasa.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 26 2022

Skuad SAM Prihatin melawat dan menyampaikan sedikit sumbangan kepada veteran SAM yang terjejas akibat komplikasi kesihatan. - Foto Facebook/Persatuan Penulis Penulis Sukan Malaysia

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.
Protes: Pelajar anjur 'Indonesia Gelap', bantah potongan bajet
Ribuan pelajar di seluruh Indonesia mengadakan protes besar-besaran pada Khamis bagi membantah pemotongan bajet dan dasar-dasar Presiden Prabowo Subianto yang dikhuatiri akan menjejaskan sistem sokongan sosial serta masa depan mereka.
Diploma Jururawat: Syarat kemasukan dilonggar kepada tiga kredit SPM
Kementerian Kesihatan (KKM) melonggarkan syarat kemasukan program Diploma Kejururawatan bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) daripada lima kredit kepada hanya tiga kredit sahaja berkuat kuasa mulai Januari tahun ini hingga Disember tahun depan.

Tourism Perak sertai pameran pelancongan untuk tarik pelancong Indonesia
Pameran pelancongan itu berfungsi sebagai platform bagi agensi promosi pelancongan negeri untuk mempamerkan tawarannya yang pelbagai.

SAM, YAKEB prihatin nasib dialami dua bekas wartawan sukan
Kepayahan dan masalah kesihatan dialami dua bekas wartawan sukan tanah air mendapat perhatian SAM dan YAKEB.

Reezal hargai sumbangan besar wartawan sukan
Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata beliau sangat menghargai sumbangan dan pengorbanan wartawan sukan di Malaysia.