KELAB Liga Perdana Inggeris (EPL), West Ham United mengikat khidmat Samir Nasri pada hari pemain warganegara Perancis itu tamat daripada penggantungan doping.
Nasri menandatangani kontrak bersama Hammers untuk sehingga hujung musim ini dan dibenarkan bermain bermula 1 Januari 2019.
“Kembali ke liga paling kompetetif di dunia, dengan pasukan yang penuh cita-cita dan pengurus yang saya kenali… adalah kerjaya yang terbaik di dunia, dan saya sangat teruja,” kata Nasri.
Bekas pemain Arsenal dan Manchester City itu digantung selama 18 bulan kerana melanggar peraturan Agensi Anti-Doping Dunia.
Hukuman itu diterima pada 2016 ketika pemain berusia 31 tahun itu beraksi bersama kelab Sepanyol, Sevilla di mana dia menerima 500 mililiter suntikan hidrasi dalam bentuk air steril mengandungi komponen mikronutriet, yang melanggar had dibenarkan.
Nasri telah membuat 215 penampilan dalam EPL, bersama Arsenal dari 2008 hingga 2011 sebelum ke Manchester City dengan yuran perpindahan GBP25 juta.
Bersama City, Nasri menjulang dua gelaran juara ELP dan satu Piala Liga dalam tempoh enam tahun.
Di sana Nasri bermain di bawah kendalian Manuel Pellegrini, yang ketika ini merupakan pengurus West Ham, tetapi diketepikan sejak ketibaan Pep Guardiola dan kemudiannya dipinjamkan ke Sevilla.
Memetik kata Pellegrini dalam laman web Hammers, pengurus berusia 65 tahun itu menyatakan kegembiraannya untuk sekali lagi bekerja dengan Nasri.
“Dia telah berusaha keras dalam beberapa minggu ini untuk membina kembali kecergasannya selepas sekian lama tidak bermain, dan kini dia tekad untuk kembali ke prestasi terbaiknya.”
West Ham juga mempunyai pilihan melanjutkan kontrak Nasri untuk setahun lagi.
Astro Awani
Tue Jan 01 2019
Nasri akan kembali beraksi selepas 18 bulan digantung kerana kesalahan doping. - Gambar whufc.com
Pekerja syarikat sewa kereta tidak mengaku potong tangan
Seorang pekerja syarikat kereta sewa mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ipoh pada Khamis atas pertuduhan menyebabkan kecederaan parah terhadap seorang lelaki sehingga putus tangan.
AWANI Ringkas: SPRM teliti dokumen
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Op Sky: Tiga selebriti beri keterangan kepada SPRM
Azam berkata ketiga-tiga individu itu dipanggil pada 10 pagi ini untuk membantu siasatan SPRM dalam pelbagai aspek penyiasatan.
Malaysia dijangka pengeksport penting durian segar ke China - BMI
Eksport durian segar Malaysia ke China berjumlah US$4 juta (US$1 = RM4.41) pada Ogos, September dan Oktober 2024.
Jurutera dipercayai maut dalam nahas helikopter di Jalan Lama KL - Bentong
Seorang mangsa warga Indonesia disahkan meninggal dunia dalam insiden helikopter di Jalan Lama KL - Bentong di tempat kejadian akibat terkena bilah kipas.
Pasukan petugas dibentuk perinci pelaksanaan Pusat Mediasi MADANI - BHEUU
Sebuah pasukan petugas ditubuhkan bagi memperincikan keperluan serta skop cadangan pelaksanaan Pusat Mediasi MADANI.
SPRM sedang teliti dokumen dakwaan salah laku ahli lembaga DBKL
SPRM telah mendapat akses kepada dokumen yang diperoleh hasil siasatan dalaman dijalankan pihak DBKL, kata Ketua Pesuruhjayanya.
AWANI Pagi: Sambutan Hari Kastam Sedunia ke-43 tahun 2025
Diskusi 8.30 pagi Khamis bersama Almirulita Mohd Yusoff, Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri) berhubung Sambutan Hari Kastam Sedunia yang akan berlangsung 10 Februari ini.
[TERKINI] Helikopter terhempas di Jalan KL-Bentong, korban jiwa direkodkan
Sebuah helikopter dilaporkan terhempas di Batu 8 Jalan Lama Kuala Lumpur, Bentong sebentar tadi.
Pesara kerugian lebih RM220,000 diperdaya 'phone scam'
Seorang pesara kerugian RM220,000 selepas terperdaya dengan 'phone scam' yang menyamar sebagai wakil Kementerian Kesihatan dan pegawai polis.
Samir Nasri sertai West Ham sejurus tamat penggantungan
Bekas pemain Arsenal dan Manchester City berusia 31 tahun itu menandatangani kontrak bersama Hammers hingga hujung musim ini.
Dua atlet angkat berat sah guna methylhexanamine
Dua atlet angkat berat yang gagal dalam ujian doping yang dijalankan oleh Agensi Anti-Doping Malaysia pada Sukan Malaysia Perak bulan lepas, disahkan mengambil bahan terlarang methylhexanamine.
Piala Dunia 2018: Rusia rancang beri dadah kepada pemain sendiri
Semuanya dirancang rapi didakwa bawah Timbalan Perdana Menteri Rusia, Vitaly Mutko yang turut mengarahkan supaya bola sepak Rusia dipastikan 'bersih'.