KUALA LUMPUR: Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) akan menghantar sampel darah bekas pemain skuasy lelaki negara Kenneth Low ke sebuah pusat penyelidikan kesihatan di Korea Selatan dalam tempoh dua minggu lagi.
Pengerusinya Datuk Noorul Ariffin Abdul Majeed berkata tujuan utama YAKEB menghulurkan bantuan itu adalah bagi mengenal pasti sama ada Kenneth benar-benar menghidap Multiple sclerosis (MS), penyakit kronik berkaitan saraf atau mengalami penyakit lain.
Beliau berkata keputusan juga dibuat berikutan tiada pusat penyelidikan kesihatan di negara ini yang mampu menjalankan penyelidikan lebih spesifik berkaitan penyakit Kenneth.
"Pada awalnya kami mengesyaki penyakit itu ialah MS, tetapi kami mahu membuat pemeriksaan secara keseluruhan, jadi mereka (pusat penyelidikan kesihatan di Korea Selatan) mampu memberikan diagnosis yang betul.
"Jadi pada awal tahun hadapan, kami jangkakan peroleh diagnosis keadaan semasanya (Kenneth). Bagi YAKEB, kita akan sentiasa memantau dia, dan apa apa bantuan akan hulurkan kepada dia," katanya ketika ditemui di sini.
Sementara itu, Noorul Ariffin berkata keadaan Kenneth pada masa ini juga bertambah baik apabila beliau mampu bercakap dan berjalan dengan stabil setelah mendapatkan rawatan di Hospital Rehabilitasi Cheras dan Hospital Kuala Lumpur selama dua bulan.
Semalam, YAKEB telah menerima sumbangan daripada tokoh korporat Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din berjumlah RM5,000 untuk menanggung kos rawatan perubatan Kenneth.
Sebelum ini dilaporkan Kenneth yang pernah menduduki ranking empat terbaik Asia dan ke-38 dunia, kini bekerja sebagai petugas pembersihan serta mengalami masalah kesihatan.
Beliau dipercayai mengalami strok yang menyebabkan masalah koordinasi dan kemahiran motor, masalah kognitif dan gangguan ingatan jangka pendek, selain tidak mempunyai wang untuk menjalani ujian kesihatan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 10 2023

Dilaporkan Kenneth yang pernah menduduki ranking empat terbaik Asia dan ke-38 dunia, kini bekerja sebagai petugas pembersihan serta mengalami masalah kesihatan. - Gambar fail/FB Hannah Yeoh
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Keprihatinan Allahyarham Khalid Ali terhadap pasukan negara hingga hujung nyawa
Keprihatinan dan cinta legenda bola sepak negara Allahyarham Khalid Ali terhadap pasukan negara dibuktikan apabila masih membicarakan tentang perkara itu pada hujung hayatnya.

Yakeb sasar 1,000 bekas atlet baharu tahun ini
Yakeb menyasarkan seramai 1,000 bekas atlet dapat berdaftar di bawah yayasan itu sepanjang tahun ini. Yayasan Kebajikan Atlet K

Pejabat Baharu: Yakeb sokong keputusan KBS
Yakeb berpendirian kebajikan bekas atlet perlu diberi keutamaan sementara mendapatkan penaja untuk membina pejabat baharu.

FAM, Yakeb jalin kerjasama bantu bekas pemain kebangsaan
FAM dan Yakeb menjalin kerjasama untuk memastikan kebajikan bekas pemain bola sepak negara diambil perhatian sepenuhnya.

Doa buat Khalid Ali
Khalid mahu meneruskan kehidupannya dengan cara baharu yang lebih bermakna setelah disahkan menghidap kanser paru-paru pada awal Ramadan.

Hannah, Yakeb beri penghormatan terakhir kepada Sabapathy
Sabapathy sebelum ini terlantar sakit di rumahnya di Seremban, selepas menghidap pelbagai penyakit termasuk masalah buah pinggang.

Dua bekas atlet negara positif COVID-19 sembuh - Yakeb
Dua bekas atlet kebangsaan yang sebelum ini didapati positif COVID-19 sudah pulih daripada jangkitan virus tersebut dan telah dibenarkan keluar dari hospital.

Yakeb cadang jual jongkong emas bantu bekas atlet
Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan perlu mencari idea baharu untuk menjana pendapatan kerana tidak boleh sentiasa bergantung kepada bantuan kerajaan.