ZLATAN Ibrahimovic mengisytihar dirinya Santa Claus selepas memberikan hadiah kepada 27 kanak-kanak: dua di Sweden, dan 25 rakan sepasukan di Milan.
Penyerang veteran itu turut membantu The Rossoneri kembali sebagai pencabar gelaran Serie A sejak kembali buat kali kedua Januari lalu.
Merupakan satu-satunya pasukan masih belum tewas dalam saingan lima liga utama Eropah, Milan menghunit tangga teratas dengan 34 mata daripada 14 perlawanan, dua kali ganda di peringkat sama musim lalu.
Ibrahimovic telah meledak 10 gol dalam enam perlawanan liga bagi musim 2020-21 tetapi, menariknya, Milan memiliki kadar kemenangan yang lebih baik tanpa dia beraksi (72.7 peratus) berbanding dia beraksi (62.5 peratus) sejak perlawanan pertama bersama kelab 6 Januari lalu.
Namun, impak pemain berusia 39 tahun itu di atas dan luar padang telah mengubah skuad kendalian Stefano Pioli menjadi pencabar takhta liga, dan dalam landasan untuk kembali ke saingan Liga Juara-Juara (UCL), kali terakhir membuat penampilan pada musim 2013-14.
Bekas bintang Manchester United dan Paris Saint-Germain itu berasakan hadiah sentiasa diberikan di kelab dan dia sentiasa sangat gembira.
"Saya tidak pernah meminta apa-apa untuk diri saya [pada Hari Krismas]," katanya. "Saya adalah Santa Claus. Saya yang memberikan hadiah kepada 27 kanak-kanak: dua di Sweden dan 25 lagi di Milanello.
"Tahun ini, ucapan tahniah atas apa yang telah dipamerkan dan diusahakan. Kami tewas beberapa perlawanan, Saya tidak pasti ia terhasil daripada saya, tetapi saya telah melakukan sesuatu, membawa sesuatu masuk ke dalam kelab.
"Saya pernah bermain di banyak kelab dan menghormati semua kelab saya, kenangan indah, tetapi Milan adalah kelab di mana saya berasa seperti di rumah.
"Saya pergi ke Milanello setiap pagi dan saya tidak tergesa-gesa untuk pulang kerana saya di rumah. Saya berasa seperti ini pertama kali saya datang ke Milan, pada tahun 2010."
Astro Arena
Mon Dec 28 2020

Zlatan Ibrahimovic, dengan cat merah di muka sempena kempen menentang keganasan rumahtangga, meraikan gol pertama pasukannya dalam perlawanan Serie A antara Napoli dan AC Milan di Stadio San Paolo, Naples, Itali, 22 Nov, 2020. REUTERS

Sembilan projek jambatan di Sarawak siap tahun ini - Timbalan Premier
Sembilan lagi projek pembinaan jambatan yang giat dilaksanakan di Sarawak dijangka siap dalam tahun ini, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Pemilihan PKR: Proses berjalan lancar, persiapan teratur - Fuziah
Persiapan bagi keseluruhan proses pemilihan jawatan PKR yang akan diadakan secara berperingkat bermula April hingga Mei depan berjalan lancar setakat ini, kata Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh.
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.

Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas pulau kecil Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima ole
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.

PRN Sabah: Gerakan sudah bersedia, kenal pasti tiga kawasan
Parti Gerakan telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang dan sudah mengenal pasti tiga kawasan untuk bertanding.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Wanita dilanggar bas ketika minum di restoran
Kemalangan ini mengakibatkan seorang perempuan berusia 51 tahun yang sedang minum di kedai tersebut mengalami kecederaan bengkak di betis akibat terkena serpihan batu bangunan kedai.

Zlatan Ibrahimovic bersara pada usia 41 tahun
Masanya telah tiba untuk Ibrahimovic mengucapkan selamat tinggal kepada bola sepak.

Conte hanya bersikap jujur, dedah realiti sebenar Spurs - Ibrahimovic
Ibrahimovic mempertahankan jurulatih yang memenangi pelbagai gelaran itu kerana menyatakan fikirannya di khalayak ramai.

Ibrahimovic pecah rekod Euro
Zlatan Ibrahimovic menjadi pemain kedua tertua beraksi dalam kelayakan kejohanan Eropah pada usia 41 tahun.

Serie A: Ibrahimovic peledak gol paling tua
Kekalahan itu meletakkan skuad kendalian Stefano Pioli kekal di tangga keempat, dua mata di belakang Inter Milan.

Kelayakan Euro 2024: Ibrahimovic kembali perkuat Sweden pada usia 41 tahun
Kelayakan Euro 2024: Ibrahimovic kembali perkuat Sweden pada usia 41 tahun

Meski diejek Argentina, Mbappe akan bergelar juara dunia sekali lagi - Ibrahimovic
Zlatan Ibrahimovic percaya Kylian Mbappe harus yakin untuk memenangi satu lagi Piala Dunia.

Sudah tercatat Messi akan menang Piala Dunia Qatar - Ibrahimovic
Ibrahimovic menganggap bekas rakan sepasukannya di Barcelona itu berpeluang meraih trofi berkenaan.

Ibrahimovic masih belum mahu bersara
Pemain veteran AC Milan, Zlatan Ibrahimovic, berjanji bahawa dia akan kembali beraksi sambil menegaskan dia masih belum ada perancangan untuk bersara.

Ibrahimovic mahu kekal di Milan 'seumur hidup'
Ibrahimovic meraikan hari jadi ke-40 Oktober lalu tetapi tidak menunjukkan sebarang tanda akan memperlahankan gaya permainannya.

'Mentaliti Man Utd 'sempit', gaji saya ditolak hanya kerana sebotol jus' - Ibrahimovic
Bintang bola sepak Zlatan Ibrahimovic akhirnya membuka mulut berhubung masa yang dihabiskan bersama Manchester United dalam biografinya, "Adrenaline".