KUALA LUMPUR: Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menjelaskan, niatnya ikhlas untuk menaja kos penanaman rumput baharu di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), seperti diumumkan sebelum ini.
Katanya, bagaimanapun jika cadangan menggantikan rumput 'Cow Grass' kepada jenis 'Zeon Zoysia' itu tidak diterima Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), beliau tidak boleh berbuat apa-apa.
"Niat saya ikhlas utk membantu. Rumput Zoysia di Stadium Sultan Ibrahim sudah terbukti. Tetapi kalau tidak diterima, saya tidak boleh buat apa-apa.
"Saya juga akan melawat SNBJ pada 19 Mac. Saya akan kongsikan kos untuk padang baru, dan kos maintenance setahun tidak melebihi RM240,000," jelas Tunku Ismail dalam ciapan di Twitter, hari ini.
BACA: TMJ akan taja kos pertukaran rumput Zeon Zoysia di Stadium Nasional
BACA: Stadium Nasional: KBS hargai penajaan rumput TMJ, belum ada hitam putih
Semalam, Tunku Ismail menerusi kenyataan di laman Facebook Johor Southern Tigers mengumumkan berhasrat menaja kos pertukaran rumput 'Cow Grass' kepada 'Zeon Zoysia', sama seperti digunakan di Stadium Sultan Ibrahim milik JDT di Iskandar Puteri, sebagai hadiah kepada skuad Harimau Malaya.
Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, dalam reaksinya, menghargai usaha Tunku Ismail itu.
Bagaimanapun, PSM dalam satu kenyataan pula, memaklumkan pihaknya masih belum membuat keputusan mengenai jenis rumput yang akan digunakan di SNBJ.
Difahamkan PSM masih menunggu laporan daripada sebuah universiti tempatan mengenai rumput yang paling baik boleh ditanam di stadium itu dan akan membuat keputusan berdasarkan kajian saintifik daripada pakar runding.
Fareez Azman
Sat Mar 12 2022

Tunku Ismail berkata, jika cadangan menggantikan rumput 'Cow Grass' kepada jenis 'Zeon Zoysia' itu tidak diterima PSM, beliau tidak boleh berbuat apa-apa. - Gambar/ Facebook/ HRH Crown Prince of Johor

VM2026: Tourism Malaysia pergiat usaha tarik pelancong India
Pada 19 Februari, Malaysia melancarkan kempen pelancongan berskala besar di India sempena pameran pelancongan terkemuka di New Delhi.

Anggota JPJ diminta kukuhkan semangat berpasukan, berintegriti jalankan tanggungjawab
Ketua Pengarah JPJ berkata, ia penting sebagai persediaan dalam menghadapi cabaran lebih besar pada tahun ini.

Petani UK rancang protes baharu di London bantah cukai warisan
Protes kali ini akan diadakan kebanyakannya dengan berjalan kaki, selepas pihak polis mengehadkan jumlah traktor yang dibenarkan masuk berikutan gangguan lalu lintas.

Perubahan iklim tingkatkan risiko kebakaran bandar - Kajian
Ketika suhu global terus meningkat akibat perubahan iklim, bandar-bandar dijangka berdepan risiko kebakaran yang semakin meningkat.
10 Berita Pilihan - (4 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Malaysia desak pelaksanaan penuh Semua fasa perjanjian di Gaza
Malaysia mendesak pelaksanaan penuh dan segera bagi semua fasa perjanjian gencatan senjata, termasuk pertukaran tebusan dan tahanan seperti yang dipersetujui semua pihak.
Hamas tolak syarat Israel minta 'lucutkan senjata'
Hamas pada Selasa menolak gesaan Israel dan Amerika Syarikat agar kumpulan itu 'melucutkan senjata' atau menarik kumpulan pejuang mereka dari Gaza, sebelum meneruskan fasa kedua gencatan senjata.
Ribuan penduduk diarah berpindah ekoran kebakaran hutan
Penduduk bandar Ofunato, Jepun hilang tempat tinggal susulan kebakaran hutan melanda bahagian timur laut negara itu.
KPK bongkar skandal kredit, negara rugi 11.7 trilion rupiah
Menurut KPK, siasatan dimulakan sejak Mac 2024, dengan fokus terhadap 11 peminjam yang mendapat pinjaman daripada LPEI.
Iran tak akan berbincang dengan AS di bawah tekanan
Iran pada 25 Februari lalu berkata pihaknya tidak akan tunduk kepada tekanan susulan pusingan sekatan baharu yang dikenakan oleh Amerika Syarikat, yang menyasarkan industri minyak Iran, sumber pendapatan utama Republik Islam tersebut.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.

2 lelaki tempatan ditahan kes gaduh antara penyokong bola sepak di LRT
Dua lelaki tempatan ditahan bagi membantu siasatan berhubung rusuhan membabitkan dua kumpulan penyokong bola sepak di Stesen LRT Bandar Tasik Selatan, tengah malam Sabtu.

Ekor Harimau Malaya banjiri Stadium Bukit Jalil
Bahang perlawanan antara Malaysia dan Singapura bagi aksi Kumpulan A Piala ASEAN 2024 mula dirasai dengan lautan 'kuning hitam' penyokong tempatan membanjiri pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil.

Piala ASEAN: Malaysia berdepan aksi ‘hidup mati’ menentang Singapura untuk mara ke separuh akhir
Ia selepas aksi Kumpulan A malam ini menyaksikan Thailand berjaya bangkit menumpaskan Singapura 4-2.

Kim Swee sentuh isu padang di sebalik kejayaan Malaysia pada Pestabola Merdeka
Ong Kim Swee membangkitkan kebimbangan mengenai keadaan padang di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Vicente fokus kepada skuad semasa, pemain warisan baharu perlu buktikan diri
Vicente kekal fokus kepada pasukan sedia ada dan yakin dengan kualiti skuad Harimau Malaya, selepas melakar kemenangan 1-0 ke atas Lubnan pada final Pestabola Merdeka 2024

'Saya datang demi negara’ - Walaupun hambar, penyokong hadir sokong Harimau Malaya
Aksi Harimau Malaya menentang Filipina di Stadium Nasional Bukit Jalil dalam aksi pembukaan Pestabola Merdeka 2024 mungkin hilang sengat selepas mereka kehilangan puluhan ribu pemain ke-12'.

Piala FA: Tiada insiden kekecohan libatkan penyokong Selangor, JDT
Penyokong kedua-dua pasukan menunjukkan kerjasama kepada petugas keselamatan dan tiada sebarang insiden tidak diingini dilaporkan.

Final Piala FA: JDT, Selangor bakal sajikan pertembungan epik malam ini
Adakah Harimau Selatan mampu membuktikan dominasinya dalam bola sepak tanah air, atau adakah percubaannya untuk mencipta rekod baharu bakal digagalkan oleh skuad Gergasi Merah?

Piala FA: Tunku Ismail turun uji gelanggang final
Tunku Ismail Sultan Ibrahim mencemar duli apabila turun menguji padang Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam tadi.