Persatuan Bina Badan dan Angkat Berat Johor menasihatkan jaguh bina badan negara Sazali Samad agar mendapat surat sokongan daripada Majlis Sukan Polis Diraja Malaysia untuk merayu terhadap penggantungannya selama empat tahun.
Presiden Persatuan Bina Badan dan Angkat Berat Johor, Datuk Ayub Rahmat berkata pihaknya mahu menasihatkan Sazali agar mengunakan saluran betul bagi menyelesaikan kemelut yang dihadapinya dan beraksi semula.
"Kita di peringkat negeri telah mengeluarkan surat sokongan meminta agar Persekutuan Bina Badan Malaysia (PBBM) mempertimbangkan untuk mengurangkan hukuman penggantungan terhadap Sazali, namun beliau perlu membuat rayuan menerusi majikan dan badan sukan yang mewakilinya," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Ayub berkata pihaknya berharap PBBM akan mempertimbangkan rayuan yang akan dikemukakan oleh atlet berasal dari Batu Pahat itu memandangkan Sazali merupakan ikon sukan bina badan negara dan juga ikon sukan negeri Johor.
"Saya sendiri ada berbincang dengan Sazali mengenai perkara ini dua bulan lepas dan berharap beliau akan mengemukakan rayuan menerusi saluran yang betul selepas ini," katanya.
Ayub yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor berkata pihaknya memandang serius kesalahan atlet mengambil bahan terlarang dan menasihatkan atlet agar berhati-hati dalam mengambil makanan tambahan.
Pada 21 Dis tahun lepas, PBBM menjatuhkan hukuman gantung empat tahun ke atas Mr Universe sebnyak 10 kali itu selepas gagal dalam ujian doping yang dijalankan oleh Agensi Ujian Antidoping Malaysia (Adamas) sebelum menyertai Kejohanan Bina Badan dan Sukan Fizik Asia 2015 di Tashkent, Uzbekistan dari 29 September hingga 5 Oktober tahun lepas.
Sebelum ini pada Jahuari, Sazali menghantar surat rayuan kepada PBBM namun gagal dan beliau dikatakan akan mengemukakan rayuan kedua dalam masa terdekat ini.
Sazali memenangi gelaran Mr Universe di Melaka pada 2000; Moscow (2004); Ostrava, Republik Czech (2006); Pulau Jeju, Korea Selatan (2007); Dubai (2009); Varanasi, India (2010); Melaka (2011); Bangkok (2012); Budaors, Hungary (2013); dan Mumbai, India (2014).
Dalam perkembangan lain, Ayub berkata Johor masih menjadi negeri penyumbang kepada kelahiran atlet bina badan dan angkat berat negara.
"Menerusi beberapa kejohanan yang diadakan, kita berjaya mencungkil ramai bakat baru dalam sukan bina badan mahupun angkat berat yang berpotensi untuk diketengahkan ke peringkat kebangsaan dan dunia.
"Kebanyakan atlet muda di Johor lahir daripada gimnasium persendirian dan persatuan negeri akan terus memberi sokongan terhadap usaha ini," katanya.
Ayub berkata beliau memuji inisiatif murni Sazali menubuhkan akademi bina badan bagi melahirkan lebih ramai atlet bina badan negara pada masa akan datang memandangkan sukan tersebut semakin mendapat tempat di hati golongan remaja.
Sementara itu beliau berkata beliau melihat perkembangan sukan baharu iaitu 'Lelaki Perkasa' kian menjadi tumpuan minat generasi muda khusus di Johor.
"Format pertandingan kejohanan Lelaki Perkasa sama seperti acara bina badan, cuma pesertanya memakai seluar Jeans atau berseluar panjang dan berkonsepkan patuh syariah apabila peserta dikehendaki menutup aurat ketika beraksi," katanya.
Beliau berkata pihaknya menyambut baik kejohanan tersebut dan berharap acara tersebut mampu berkembang ke peringkat antarabangsa satu hari nanti. --BERNAMA
Bernama
Mon Oct 17 2016

Persatuan menasihati Sazali (gambar) agar mengunakan saluran betul bagi menyelesaikan kemelut yang dihadapinya dan beraksi semula. -Gambar fail
Sidang Kemuncak Pemimpin Arab bermula di Riyadh
Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman menjadi tuan rumah bagi sidang kemuncak peringkat tinggi di Riyadh pada Jumaat.
Perbincangan baik dengan Putin, tapi tidak Ukraine - Trump
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, berkata beliau telah mengadakan perbincangan yang “sangat baik” dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin.
Penunjuk perasaan lanjutkan protes lawan dasar Prabowo
Ratusan mahasiswa dan aktivis turun ke jalan di beberapa bandar utama pada Jumaat dalam protes digelar sebagai “Indonesia Gelap”.
Hamas siasat silap serah mayat tebusan, Netanyahu berang
Hamas sedang menyiasat kemungkinan kesilapan dalam mengenal pasti mayat yang diserahkan kepada Israel di bawah perjanjian gencatan senjata.
Amerika Syarikat jangka Ukraine akan tandatangan perjanjian mineral
Amerika Syarikat menjangkakan Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskiy, akan menandatangani perjanjian mineral sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan perang Ukraine.

Badan pengawas PBB kumpul sampel air Fukushima, China sertai buat kali pertama
Jepun dan China bersetuju mengenai penglibatan Beijing dalam pensampelan dan analisis air yang dilepaskan di bawah kerangka kerja IAEA.
Pengurusan masjid, surau perlu tingkat kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar dalam satu kenyataan berkata, insiden kanak-kanak perempuan dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar oleh semua pihak.
PUSPAKOM gantung sementara pemeriksaan 'walk-in'
Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) menggantung sementara pemeriksaan secara 'walk in' termasuk bagi individu yang ingin menjalani pemeriksaan semula (Berkala Semula) selepas gagal dalam pemeriksaan pertama.
Pejalan kaki warga Bangladesh maut, polis kesan pemandu lori
Polis sedang mengesan seorang pemandu lori bagi membantu siasatan kejadian kemalangan di Jalan Muar-Yong Peng berdekatan batu 6, Bakri.
Perlu terbuka terima kritikan, perbaiki kelompongan - PM Anwar
Jemaah Menteri mesti menerima kritikan dengan hati terbuka dan memperbaiki kelompongan yang ada dalam kerajaan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kes doping: Rayuan kedua ditolak, Sazali terpaksa tunggu sehingga 2019
Keputusan tersebut menyaksikan Sazali akan meneruskan hukuman penggantunggannya sehingga September 2019.