PETALING JAYA: Bekas Pengarah Teknikal 'All India Football Federation' (AIFF), Scott O'Donell, 54, dilantik sebagai Pengarah Teknikal baharu Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), dengan kontrak selama tiga tahun berkuat kuasa hari ini.
O'Donell akan menggantikan Datuk Ong Kim Swee, yang mengumumkan peletakan jawatan pada September lepas setelah menerima tawaran sebagai ketua jurulatih pasukan Liga Super Sabah FC. Kim Swee dilantik sebagai Pengarah Teknikal FAM pada 1 Jan 2021.
Setiausaha Agung FAM Mohd Saifuddin Abu Bakar ketika mengumumkan pelantikan itu, berkata tenaga pengajar FIFA kelahiran Sydney, Australia itu, dipilih berdasarkan pengetahuannya dalam arena bola sepak Asia Tenggara, dan kelayakan yang dimilikinya.
"Sudah pasti beliau calon yang terbaik bagi jawatan ini, dengan kelayakan tinggi yang dimilikinya sebagai pengajar kejurulatihan FIFA.
"Beliau juga memahami dengan situasi bola sepak di Asia Tenggara dengan pengalaman beraksi bersama Kuala Lumpur dan dalam bidang kejurulatihan di Singapura dan Kemboja," katanya pada sidang media mengumumkan pelantikan itu.
O'Donell yang sebelum ini berkhidmat sebagai Pengarah Teknikal Capital Football, iaitu badan induk bola sepak wanita di ibu negara Australia, Canberra, sejak 2017, telah melepaskan jawatan itu pada November lepas.
Bekas pemain pertahanan itu juga sudah biasa dengan budaya bola sepak rantau ini, apabila pernah beraksi bersama Kuala Lumpur pada 1994-1995, selain bermain di Liga Singapura bersama Tampines Rovers (1996-97, 1999-2000) dan Marine Castle United (1998-99).
Selain menjadi jurulatih Geylang United (2003-2005) di Singapura, beliau juga mempunyai pengalaman sebagai Ketua Jurulatih skuad kebangsaan Kemboja sebanyak dua kali, iaitu bermula 2005-2007 dan 2009-2010, sebelum menjadi Pengarah Teknikal AIFF bermula 2015-2017.
Sementara itu, Timbalan Presiden FAM Datuk S. Sivasundaram optimis kehadiran O'Donell, dapat memantapkan pembangunan bola sepak di negara ini.
"Saya gembira untuk beliau bersama FAM, terutamanya untuk program pembangunan remaja. Beliau tahu budaya di sini, saya rasa akan menjadi lebih mudah untuk saya bekerjamasa dengannya dan saya percaya kita boleh bangunkan lebih lagi untuk pembangunan pemain remaja terutamanya bagi abwah umur 17, 20 dan 23 tahun," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 05 2022

O'Donell akan menggantikan Datuk Ong Kim Swee, yang mengumumkan peletakan jawatan pada September lepas. - Bernama
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Tiada liga B-15, B-16 punca kegagalan pasukan muda - Pengarah Teknikal FAM
Pasukan akan terus bergelut untuk layak ke Piala Asia B-17 pada masa akan datang jika tiada platform bagi para pemain muda terbaik negara bermain perlawanan kompetitif secara tetap.

Skuad B-23 kurang cergas - O' Donell
Aspek kecergasan perlawanan menjadi penyebab utama pemain skuad Bawah 23 Tahun negara gagal memberikan saingan terbaik pada kempen Piala Asia B-23.

FAM mula penambahbaikan pengurusan pasukan kebangsaan
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sudah mula mengambil langkah penambaikan seperti dicadangkan Badan Siasatan Bebas Pasukan Harimau Malaya pada 21 Jan lepas.

Kelab enggan lepas pemain untuk beraksi di Kemboja - O'Donell
Skuad B-23 negara tewas 0-2 kepada Laos di dalam perlawanan akhir Kumpulan B di Stadium Morodok Techo malam semalam dan gagal melayakkan diri ke separuh akhir.

O'Donell cadang FAM lantik jurulatih asing bimbing Harimau Malaya
O'Donell menganggap tindakan itu perlu untuk kebaikan jangka masa panjang bola sepak negara.

Pengarah Teknikal baharu FAM diketahui Rabu ini
Pengumuman mengenai pelantikan Pengarah Teknikal FAM ditunggu-tunggu dan sepatutnya dibuat pada Isnin, tetapi tidak dapat dilakukan.