KUALA LUMPUR: Tiga edisi Sukan SEA selepas ini akan mengurangkan penganjuran sukan 'pelik' dan tradisi, dengan keutamaan pada sukan yang dipertandingkan di Olimpik dan Sukan Asia.
Ini berikutan pindaan Piagam Persekutuan Sukan SEA (SEAGF) yang dipersetujui oleh negara-negara anggota awal bulan ini.
Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata 11 negara yang mengambil bahagian dalam sukan dwitahunan itu bersetuju untuk mengurangkan bilangan sukan pilihan pada Sukan SEA Thailand 2025, Malaysia 2027 dan Singapura 2029.
"Piagam itu telah diubah pada 4 Mei, harapnya selepas ini tiada lagi perkara yang berlaku dalam edisi terdahulu. Kategori sukan untuk tuan rumah pilih telah dikurangkan, kami akan fokus pada sukan Olimpik dan Sukan Asia," katanya dalam sidang media semalam.
Dalam Sukan SEA, selain sukan Kategori 1 - olahraga dan akuatik (renang, terjun) - iaitu sukan mandatori, tuan rumah boleh memilih untuk memperkenalkan sukan bukan Olimpik dan sukan tradisional jika sekurang-kurangnya empat negara bersetuju untuk mengambil bahagian.
Hal ini telah menyebabkan tuan rumah, termasuk Malaysia, untuk menambah sukan dan acara yang dikuasai mereka dan menggugurkan acara yang tidak dikuasai, untuk mendapatkan kedudukan pingat yang baik, biasanya menyasarkan juara keseluruhan.
Antara sukan kurang popular dipertandingkan di Sukan SEA baru-baru ini adalah arnis, catur ouk chaktrang, kenpo, kun bokator, kun khmer, kurash, hoki dalam air, renang sirip dan vovinam.
Meskipun perubahan positif itu, Mohamad Norza memberi amaran Malaysia mungkin akan masih lagi ketinggalan dalam Sukan SEA jika semua pihak berkepentingan terutama Majlis Sukan Nasional (MSN) dan badan sukan kebangsaan tidak memperbaiki kelemahan.
"Bercakap mengenai Sukan Olimpik, kita ada olahraga dan akuatik dalam Kategori 1, kita tak boleh lari daripada itu. Jadi saya rasa masa dah sampai untuk kita bersama-sama melihat pada perkara ini untuk bawa sukan kita ke tahap yang lebih baik," katanya.
Beliau turut meminta Kementerian Belia dan Sukan untuk merangka semula sistem ganjaran para atlet, mendakwa negara jiran seperti Indonesia mempunyai sistem ganjaran yang lebih baik.
Mohamad Norza berkata atlet dan badan sukan kebangsaan yang mempunyai prestasi baik harus diberi ganjaran sewajarnya, manakala kementerian juga boleh menghukum mereka yang gagal mencapai jangkaan dengan mengurangkan dana mereka.
Pada Sukan Kemboja baru-baru ini, Malaysia hanya mencapai kedudukan ketujuh dengan 34 emas, 45 perak dan 97 gangsa, prestasi terburuk pasukan negara dalam sejarah sukan dwitemasya itu sejak 1959, dengan olahraga memenangi lima daripada 47 emas yang ditawarkan dan renang; satu daripada 39.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 20 2023

Norza berkata 11 negara yang mengambil bahagian dalam sukan dwitahunan itu bersetuju untuk mengurangkan bilangan sukan pilihan pada Sukan SEA Thailand 2025, Malaysia 2027 dan Singapura 2029. - Gambar fail/Bernama
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Sukan SEA 2025: Penganjur tambah jumlah acara di luar jangkaan - MOM
Sukan SEA 2025 di Thailand berpotensi menjadi edisi yang menawarkan jumlah pingat emas terbanyak, dengan 585 acara dijangka dipertandingkan dari 9 hingga 20 Dis di Bangkok, Chonburi, dan Songkhla.

MOM harap pindah ke bangunan baharu menjelang Sukan SEA 2027 - Nazifuddin
Majlis Olimpik Malaysia (MOM) berharap dapat beroperasi dari bangunan baharu dikenali sebagai Olympic House Malaysia, menjelang Sukan SEA 2027 yang bakal dianjurkan Malaysia.

MOM ucap tahniah kepada Norza atas pelantikan sebagai Presiden Kehormat Seumur Hidup BAM
Majlis Olimpik Malaysia merakamkan ucapan tahniah kepada Presidennya Tan Sri Mohamad Norza Zakaria atas pelantikannya sebagai Presiden Kehormat Seumur Hidup Persatuan Badminton Malaysia.

Persekutuan Sukan Komanwel tolak permintaan Malaysia anjur badminton
Persekutuan Sukan Komanwel (CGF) menolak permintaan Malaysia untuk menganjurkan sukan badminton di sini bersempena Sukan Komanwel 2026.

Glasgow 2026: MOM akur sukan prospek pingat digugurkan
Mohd Nazifuddin berkata langkah yang dibuat tuan rumah itu tidak dapat dielakkan selepas Victoria, Australia menarik diri tahun lepas.

MOM cadang sistem baharu pemilihan atlet ke Sukan SEA 2025
Sistem itu bakal menyaksikan hanya atlet yang benar-benar terbaik, akan disenaraikan pada temasya dwitahunan berkenaan.

MOM biayai sendiri kos delegasi ke Olimpik Paris 2024 - MSN
MSN turut menjelaskan kos pembiayaan bagi tetamu MOM pula ditanggung oleh pihak-pihak berkenaan dan tidak melibatkan dana kerajaan.

Norza guna dana sendiri bawa keluarga ke Olimpik Paris 2024 - MOM
Majlis Olimpik Malaysia (MOM) memaklumkan Presidennya, Tan Sri Norza Zakaria tidak menggunakan dana kerajaan untuk perjalanan keluarganya ke Sukan Olimpik 2024 di Paris, Perancis.

Kem badminton tahu apa yang diharapkan di Paris - Rexy
Kem badminton negara tahu apa yang diharapkan oleh pemegang taruh dan rakyat pada Sukan Olimpik Paris 2024 yang bakal berlangsung dari 26 Julai hingga 11 Ogos ini, iaitu kilauan pingat emas.

Sukan SEA 2027: MOM percaya KBS segera ambil langkah wajar pendirian Sarawak
Langkah itu sekali gus dapat memastikan gerak kerja awal penganjuran temasya dwitahunan berkenaan dapat dilaksanakan secepat mungkin.