Atlet seni bela diri campuran (MMA) negara, Agilan Thani memilih untuk bertarung di luar kerana yakin ia dapat memberinya pengalaman yang diperlukan untuk bersaing di peringkat lebih tinggi.
Petarung welterweight dari ONE Championship itu turut mengakui berasa sedikit 'fobia' bertarung di dalam negara susulan pengalamannya yang pernah tewas dua kali di Kuala Lumpur.
Sungguh pun begitu, Agilan, 24, berkata dia tetap gembira jika diberi peluang bertarung di mana-mana sekali pun.
Namun, katanya jika diberi pilihan, buat masa ini dia lebih gemar bersaing di luar negara berbanding di Malaysia.
"Saya telah banyak kali berlawan di KL, dan saya gembira lawan di mana-mana pun.
"Tetapi buat masa ini saya mahu berlawan di acara yang lebih besar dan ia lebih baik jika berlawan di luar negara kerana dua perlawanan saya yang lepas di Malaysia, saya kalah.
"Jadi, secara jujurnya saya sedikit fobia. Mungkin saya perlu timba lebih pengalaman (di luar) dan kembali lebih kuat," katanya ketika ditemui Astro AWANI, di sini.
Dikenali sebagai 'Alligator', Agilan bakal bersaing dalam aksi ONE: Century di Tokyo, Jepun pada 13 Oktober ini menentang petarung veteran Jepun, Yushin Okami.
BACA: MMA: Agilan bakal beraksi dalam acara ONE di Tokyo Oktober ini
Ditanya apakah jangkaannya untuk perlawanan kali ini, Agilan berkata dia tidak mahu menjangkakan apa-apa dan hanya mahu membuat yang terbaik.
"Saya tidak menjangkakan apa-apa kecuali memberi pertunjukan yang terbaik dan buat yang terbaik. Itu sahaja jangkaan saya," katanya.
Selain itu, dia juga tidak mahu meletakkan keyakinan yang terlalu tinggi meskipun telah mencatat kemenangan bergaya dalam perlawanannya yang lalu.
"Bagi saya, saya tidak mahu meletakkan diri saya pada kedudukan yang terlalu tinggi. Saya tidak mahu terlalu yakin.
"Saya tahu apa matlamat saya, saya mahu menjadi juara dunia. Tetapi saya tidak mahu bersikap tergesa-gesa seperti dulu. Saya mahu bergerak ke kehadapan selangkah demi selangkah," katanya lagi.
Agilan kini memegang rekod profesional MMA dengan sepuluh kemenangan dan tiga kekalahan.
Kali terakhir dia bertarung ialah dengan Yoshihiro Akiyama yang juga dari Jepun di acara ONE: Legendary Quest di Shanghai, China pada Jun lalu.
Dalam perlawanan tersebut, Agilan menang menerusi keputusan sebulat suara.
Bekas juara Malaysian Invasion musim ke-2 (MIMMA 2) itu juga pernah mencabar jaguh Amerika Syarikat Ben Askren untuk gelaran juara dunia welterweight ONE.
Agilan menjalani sesi latihannya di Monarchy MMA dan merupakan antara atlet MMA terbaik negara.
Acara ONE: Century merupakan acara yang ke-100 dianjurkan oleh ONE Championship dan bakal menampilkan seramai 28 juara dunia dalam pelbagai disiplin seni mempertahankan diri.
Haider Yutim
Wed Oct 09 2019
Agilan bakal bersaing dalam aksi ONE: Century di Tokyo, Jepun pada 13 Oktober ini menentang petarung veteran Jepun, Yushin Okami. - Foto Astro AWANI
Mahkamah benar permohonan pesara kerajaan untuk pelarasan pencen
Mahkamah Tinggi membenarkan pelarasan bayaran pencen berdasarkan gaji akhir kepada pesara mengikut Pekeliling Jabatan Perkhidmatan Awam 2016, yang berkuat kuasa, mulai Januari 2022.
Johor catat hasil RM2.1 bilion tahun lepas, tertinggi pernah direkodkan - Onn Hafiz
Beliau berkata pencapaian itu sekali gus menyaksikan jumlah tersebut melebihi sasaran yang ditetapkan kerajaan negeri sebanyak RM1.9 bilion.
Malaysia perlu jadi lokasi penting dalam radar pelabur dunia - PM
Anwar menekankan bahawa pentadbiran Malaysia ketika ini disifatkan sebagai stabil dan mempunyai satu dasar yang konkrit.
Melaka kesan cubaan sebar 'The Ahmadi'
Kerajaan negeri menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa yang berlangsung pada 3 Oktober tahun lalu juga telah fatwa ajaran itu sebagai sesat dan menunggu untuk diwartakan tidak lama lagi.
Pengubahan wang haram: Bekas CEO syarikat penyiaran pula ditahan
Kes pengubahan wang haram membabitkan seorang CEO syarikat penyiaran di Sarawak memasuki episod baharu apabila bekas CEO syarikat berkenaan turut ditahan.
Singapura yakin Malaysia angkat martabat agenda kelestarian
Singapura meletakkan harapan kepada Malaysia untuk memajukan agenda kelestarian rantau ini semasa mempengerusikan ASEAN 2025.
Menteri Luar Negeri, Dr Vivian Balakrishnan berkata, ini boleh dicapai dengan melengkapkan keperluan infrastruktur dan sokongan kewangan untuk peralihan tenaga boleh diperbaharui.
Menteri Luar Negeri, Dr Vivian Balakrishnan berkata, ini boleh dicapai dengan melengkapkan keperluan infrastruktur dan sokongan kewangan untuk peralihan tenaga boleh diperbaharui.
Thailand alu-alukan rakyatnya cari makan di Malaysia, kembali
Gabenor Wilayah Narathiwat, Trakul Thotham berkata, kerajaan Thailand mengalu-alukan rakyatnya termasuk yang masuk secara haram ke Malaysia untuk mencari rezeki di negara jiran, untuk kembali memandangkan pihak berkuasa negara itu giat meningkatkan sosial ekonomi penduduk terutamanya di wilayah Selatan.
Tujuh pertuduhan Muhyiddin Yassin didengar, dibicara bersama
Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis, membenarkan permohonan pihak pendakwaan supaya empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk suapan RM232.5 juta dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan wang RM200 juta dihadapi Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin, dibicarakan dan didengar bersama.
KPM beri jaminan tiada pemotongan Bantuan Awal Persekolahan
Kementerian Pendidikan (KPM) memberi jaminan tidak akan berlaku sebarang pemotongan Bantuan Awal Persekolahan (BAP).
Ketua Polis Negara bantu mangsa di lokasi
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain membantu seorang penunggang motosikal yang terlibat dalam kemalangan di Lebuhraya Kuala Lumpur - Seremban.
'The Alligator' mahu bangkit buru gelaran ONE Championship
Selepas mengalami tiga kekalahan berturut-turut, jaguh welterweight Malaysia Agilan Thani bertekad untuk bangkit merangkul gelaran dalam saingan One Championship.
Aksi ONE Championship kembali ke KL Oktober ini
Selepas hampir dua tahun, ONE Championship akan kembali menggegarkan ibu negara bulan depan, menampilkan dua jaguh MMA tanah air.
Banjir: Atlet MMA Agilan Thani mangsa banjir kilat di ibu negara
Jaguh welterweight ONE Championship Malaysia Agilan Thani turut menjadi mangsa banjir kilat yang melanda ibu negara, Sabtu lepas.
'The Aligator' tidak sabar turun semula ke gelanggang
Beliau kini dalam perjalanan pulang ke tanah air selepas mengikuti kem latihan di Akademi Seni Bela Diri Campuran (MMA) Jackson Wink di Albuquerque, New Mexico.
MASMMAA sasar lahirkan lebih ramai atlet MMA di Malaysia
MASMMAA menyasarkan untuk melahirkan lebih ramai atlet MMA di negara bagi memperkembangkan lagi sukan tempur itu di tanah air.
Jihin, Agilan, Aiman bakal beraksi dalam acara ONE di KL
Jihin Radzuan, Agilan Thani dan Muhammad Aiman bakal bertarung dalam aksi ONE: Mark Of Greatness yang akan diadakan di Axiata Arena, Bukit Jalil.
Sedikit 'fobia' di gelanggang sendiri, Agilan pilih bertarung di luar negara
Agilan Thani memilih untuk bertarung di luar kerana yakin ia dapat memberinya pengalaman yang diperlukan untuk bersaing di peringkat lebih tinggi.
MMA: Agilan bakal beraksi dalam acara ONE di Tokyo Oktober ini
Atlet seni bela diri campuran (MMA) negara, Agilan Thani sah akan beraksi di acara ONE: Century di Tokyo, Jepun pada Oktober nanti.
3 cara seni bela diri dapat tingkatkan kualiti hidup anda
Seni mempertahankan diri adalah aktiviti yang menyihatkan serta dapat memberi pelbagai manfaat kepada pengamalnya.
Rashid Salleh dilantik Presiden Persatuan MMA Malaysia
Pelakon dan personaliti TV, Rashid Salleh telah dilantik sebagai Presiden Persatuan Seni Mempertahankan Diri Campuran Malaysia (MASMMAA).