KUALA LUMPUR: Pemain muda wanita negara, K. Sehveetrra mencipta sensasi untuk menyertai Aira Azman pada pusingan keempat Kejohanan Skuasy Remaja Dunia 2023 di Melbourne, Australia, hari ini.
Selain itu, Joachim Chuah turut melangkah ke pusingan keempat kategori lelaki pada kejohanan enam hari yang bermula semalam.
Ketika Aira dan Joachim menepati jangkaan tetapi pemain berusia 18 tahun, Sehveetrra, yang mencuri tumpuan dengan menewaskan pemain New Zealand, Sophie Hodges 11-2, 12-10, 12-10 untuk berdepan dengan Amina Orfi pada pusingan keempat selepas pemain Mesir itu mengalahkan pemain Kanada, Ocean Ma, 11-4, 11-2, 11-1.
Aira tidak berdepan sebarang masalah untuk menyingkirkan pemain Amerika Syarikat, Caroline Eielson 11-8, 11-1, 11-7 pada pusingan ketiga dan akan menentang pemain Hong Kong, Leung Ka Huen esok.
Kan Huen layak ke pusingan keempat dengan menewaskan Amelie Haworth dari England, 7-11, 11-2, 11-6, 12-10.
Dalam acara lelaki, Joachim mengatasi Oscar Curtis 11-4, 11- 2, 13-11 dan akan bertemu Kareem El Torkey selepas pemain Mesir itu dengan mudah mengalahkan wakil Kanada, Jacob Lin 11-4, 11-2, 11-4.
Namun luan pemain negara, Harith Daniel Jefri tersekat apabila tewas 4-11, 5-11, 7-11 kepada pemain pilihan kedua, Rowan Damming dari Belanda.
Sementara itu, jurulatih negara, Andrew Cross memberi amaran kepada pemain supaya berhati-hati dan tidak memandang remeh lawan masing-masing pada saingan seterusnya.
"Beberapa persembahan yang baik daripada Aira dan Joachim dan saya fikir Harith Daniel juga melakukannya dengan baik... tetapi kami masih belum selesai. Kita tengok esok. Mereka mempunyai beberapa pencabar yang sukar, terutamanya Joachim.
"Dia akan menentang pemain yang bagus esok, jadi dia mesti pastikan dia sudah bersedia. Aira mendapat seorang pemain Hong Kong, jadi itu tidak mudah)," katanya dalam klip audio yang dikongsi Persatuan Raket Skuasy Malaysia (SRAM), hari ini.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 19 2023

Sehveetrra mencuri tumpuan dengan menewaskan pemain New Zealand, Sophie Hodges 11-2, 12-10, 12-10 untuk berdepan dengan Amina Orfi pada pusingan keempat. - Gambar World Junior Squash Championship
[TERKINI] ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
ADUN Ayer Kuning, Perak Ishsam Shahruddin, 58 tahun, dilaporkan meninggal dunia hari ini selepas tidak sedarkan diri rebah ketika perlawanan bola sepak di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang.
"..tapi mereka sebelum apa-apa dah tuduh kita paksa sokong PM.." - PM
Perdana Menteri menjawab kepada soalan wartawan berkenaan peruntukan kepada ahli parlimen pembangkang bahawa mandat telah diberikan kepada Timbalan Perdana Menteri tetapi mereka masih berdolak dalih.
#AWANInews
#AWANInews
Penutupan separa LRA Telibong, gangguan air di KK & Tuaran
Sebahagian pengguna di Kota Kinabalu dan Tuaran dinasihatkan bersiap sedia menghadapi gangguan bekalan air susulan penutupan separa kecemasan di Loji Rawatan Air Telibong II fasa I.
Gabungan pemimpin berpengalaman dan belia kukuhkan PN
Perikatan Nasional (PN) YAKIN Gabungan kepimpinan berpengalaman bersama barisan anak muda dapat memeperkukuhkan lagi kedudukannya.
Angkat martabat, selesaikan masalah rakyat
Ketua Badan Pimpinan Bersatu Negeri Sabah, Datuk Seri Ronald Kiandee menyatakan rakyat Sabah bijak dalam menentukan masa depan politik mereka.
Jambatan Muara Lassa hubungkan Pulau Bruit ke Matu & Daro
Jambatan Muara Lassa sepanjang 2.43 kilometer dengan kos RM600 juta yang menghubungkan pulau Bruit ke Matu dan Daro bertujuan meningkatkan akses darat bagi penduduk kawasan luar bandar.
462 diperiksa, 139 PATI ditahan sekitar Tawau dan Semporna
Seramai 462 orang diperiksa dan 139 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) ditahan melalui OP Sapu yang dijalankan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Sabah sekitar daerah daerah Tawau dan Semporna pada Jumaat dan Sabtu.
ATM perkukuh semangat patriotik penduduk Pantai Timur Sabah
Program kenegaraan dalam kalangan penduduk Pantai Timur Sabah anjuran ATM menekankan pengisian kesedaran keselamatan serta pengukuhan nilai-nilai patriotik dan cintakan tanah air.
"Mengingatkan kepada teguran, kritikan dan hasrat rakyat.." - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu antara tujuan permukiman jemaah menteri ini adalah untuk menilai prestasi kerja para menteri supaya dapat diperbaiki berikutnya. Walaupun ada beberapa angka pencapaian membanggakan, namun ada juga masalah yang perlu dilakukan penyesuaian, tambah beliau.
#AWANInews
#AWANInews

Permukiman Jemaah Menteri: PM Anwar puji kesungguhan, akui ada ruang untuk penambahbaikan
Sidang penilaian prestasi ini berfungsi sebagai platform untuk menerima laporan dan teguran daripada pihak berkecuali, termasuk akademik dan penjawat awam.

Sehveetrra cipta kejutan untuk layak ke pusingan keempat Kejohanan Skuasy Remaja Dunia
Pemain muda wanita negara, K. Sehveetrra mencipta sensasi untuk menyertai Aira Azman pada pusingan keempat Kejohanan Skuasy Remaja Dunia 2023 di Melbourne, Australia, hari ini.