BIRMINGHAM: Berakhir sudah perjuangan lebih 5,000 atlet dari 72 negara pada temasya Sukan Komanwel Birmingham 2022 yang telah melabuhkan tirai secara rasmi dalam acara gemilang di Stadium Alexander, Perry Barr di sini malam tadi.
Selain pertunjukan cahaya dan bunga api yang menakjubkan menerangi langit, para penonton turut dihidangkan dengan persembahan daripada artis tempatan West Midlands termasuk Beverly Knight, Jaykae dan Goldie dari Wolverhampton yang mempersembahan alunan muzik generasi lama, masa ini dan masa depan.
Tidak lupa, ia turut disajikan dengan penampilan istimewa Dexys Midnight Runners dengan persembahan lagu Come On Eileen yang pernah mengungguli carta United Kingdom serta Amerika Syarikat pada 1982.
Majlis itu turut memberi penghormatan kepada Peaky Blinders - geng jalanan berpangkalan di Birmingham - yang mempersembahkan babak dalam pementasan teater tarian Peaky Blinders: The Redemption of Thomas Shelby.
Presiden Persekutuan Sukan Komanwel (CGF) Dame Louise Marin dalam ucapannya menyifatkan Birmingham 2022 sebagai 'berani, menguja dan cemerlang' dan memberikan pujian kepada semua atlet yang menyahut cabaran mempamerkan aksi menakjubkan sepanjang tempoh 11 hari temasya itu berlangsung.
Martin kemudiannya menyampaikan Anugerah David Dixon kepada atlet cemerlang temasya iaitu atlet ping pong Singapura Feng Tianwei, yang membantu pasukannya menyapu bersih pingat emas acara berpasukan, perseorangan dan juga beregu wanita.
Diiringi persembahan penyanyi kelahiran Nigeria Jacob Banks, bendera Komanwel yang menjadi lambang persahabatan dinaikkan ketika upacara pembukaan pada 28 Julai lepas, diturunkan sekali gus menandakan tamatlah sudah edisi Birmingham 2022.
Bendera keramat itu bertukar tangan dan diserahkan kepada Gabenor Victoria Linda Dessau, iaitu tuan rumah edisi berikutnya berlangsung pada Mac 2026 dengan menyaksikan penganjuran kali pertama Sukan Komanwel di pelbagai bandar di Geelong, Ballarat, Bendigo dan Gippsland.
Persembahan diteruskan dengan segmen budaya daripada orang asli di Victoria sebelum Earl of Wessex Putera Edward mengisytiharkan Birmingham 2022 ditutup.
Di penghujung acara, Prince of Darkness yang juga bintang rock legenda dari Birmingham, Ozzy Osbourne membuat kejutam apabila muncul dengan persembahan lagu Paranoid sebagai menutup majlis gilang gemilang di Birmingham.
Terima kasih Birmingham, kita jumpa di Victoria 2026.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 08 2022

Pelari pecut negara, Russel Alexander Nasir Taib bersama penerjun negara, Gilbert gabriel daim membawa Jalur Gemilang bagi kontinjen Malaysia pada Majlis Penutupan Sukan Komanwel Birmingham 2022. - Foto BERNAMA

Nurfakhira ditemui selamat di rumah nenek rakan lelaki
ACP Bahrin berkata, remaja berkenaan ditemui dalam keadaan baik di rumah nenek rakan lelakinya.

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

Kedah beri ganjaran RM60,000 kepada 24 atlet
Seramai 24 atlet Kedah yang mewakili negara di Sukan Komanwel Birmingham 2022 dan Sukan SEA Kemboja 2023 menerima insentif keseluruhan berjumlah RM60,000 daripada kerajaan negeri Kedah.

Tiga badang negara mungkin tidak sertai Sukan SEA Kemboja
Presiden Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM) Datuk Ayub Rahmat memberikan bayangan bahawa tiga badang negara, berkemungkinan tidak akan menyertai Sukan SEA Kemboja 2023.

Atlet Selangor cemerlang di Sukan SEA, Komanwel 2022 terima insentif
Insentif disampaikan Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam satu majlis di Istana Alam Shah.

Joe Ee mahu fokus pada pelajaran, janji tampilkan aksi terbaik di Sukan Asia
Gimnas berusia 16 tahun itu berkata beliau tetap akan bekerja keras dan berlatih bersungguh-sungguh untuk Sukan Asia.

Biar Tze Yong berjaya dengan caranya sendiri - Choong Hann
Ada pihak mungkin berpendapat atlet itu sudah bersedia untuk 'mencabar' jaguh perseorangan Lee Zii Jia.

Senarai pemenang pingat Malaysia di Sukan Komanwel Birmingham 2022
Disenaraikan nama-nama pemenang pingat bagi kontinjen Malaysia di temasya Sukan Komanwel Birmingham 2022.

Selamat tinggal Birmingham, kita jumpa di Victoria
Dame Louise Marin menyifatkan Birmingham 2022 sebagai 'berani, menguja dan cemerlang' dan memberikan pujian kepada semua atlet.

Sukan Komanwel: Tidak mahu leka dengan kejayaan hari ini - Pearly
Mereka masih mempunyai ruang untuk diperbaiki walaupun berjaya menyumbang pingat emas ketujuh Malaysia.

Sukan Komanwel: Perjuangan membanggakan, Malaysia perbaiki kedudukan keseluruhan
Malaysia menamatkan saingan di kedudukan 10 sekali gus memperbaiki kedudukan di tempat ke-12 pada edisi 2018.

Beri peluang muka baharu, rombak program latihan - MOM
Kebergantungan kepada atlet sedia ada pada temasya sukan empat tahun sekali itu perlu diubah.