PENJAGA gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat yang turut dikenali sebagai Apek, mengucapkan selamat tinggal kepada Kelantan sambil mengesahkan akan menyarung jersi Melaka United (MU) dalam jendela perpindahan kedua pemain yang akan dibuka pertengahan bulan ini.
Mengakui ini keputusan sukar yang dibuat, namun demi karier bola sepak yang masih panjang, dia memilih menyarung jersi skuad Hang Tuah di bawah kendalian Eduardo Almeida.
“Walaupun pahit untuk ditelan, walaupun sedih, walaupun saya rasa agak berat untuk meninggalkan kem pasukan Kelantan, saya rasa inilah yang terbaik untuk periuk nasi saya. Mungkin, saya rasa karier masih panjang dan saya perlu teruskan dengan pasukan baru.
"Terima kasih kepada pengurusan Persatuan Bola Sepak Melaka United, terutama Datuk Mohd Yusoff Mahadi, yang percaya dengan kebolehan saya. InsyaAllah, saya akan bekerja keras untuk berada dalam kesebelasan utama dan cuba mencapai sasaran yang telah ditetapkan musim ini,” katanya.
Penjaga gol berusia 29 tahun itu juga berterima kasih kepada seluruh pengurusan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), pemain dan penyokong setia The Red Warriors (TRW) yang banyak menyokongnya selama ini.
"Terima kasih kepada presiden (Bibi Ramjani) dan seluruh pengurusan baru KAFA kerana sudi beri saya peluang untuk berkhidmat bersama mereka. Tidak dilupakan, jasa dan pengorbanan Tan Sri Annuar Musa.
"Kepada seluruh penyokong setia TRW, terima kasih kerana berdiri teguh di belakang saya dan menyokong karier bola sepak saya. Teruskan sokongan anda dan saya amat menghargainya,” katanya.
Astro Arena
Sun May 06 2018

APEK: Kepada seluruh penyokong setia TRW, terima kasih kerana berdiri teguh di belakang saya dan menyokong karier bola sepak saya. Teruskan sokongan anda dan saya amat menghargainya. - Foto Astro ARENA
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

'Apek' sah jaga gawang Sabah FC musim ini
Penjaga gol kebangsaan Khairul Fahmi Che Mat sah menyertai pasukan Sabah FC bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim ini.

Selamat tinggal Kelantan - Apek
Mengakui ini keputusan sukar yang dibuat, namun demi karier bola sepak yang masih panjang, dia memilih menyarung jersi skuad Hang Tuah di bawah kendalian Eduardo Almeida.
Memanah: Bidikan tepat Liew
Liew Tek Wa, 23, atau lebih mesra dengan panggilan Apek, telah mula menceburi sukan memanah sejak berusia 13 tahun lagi.

Apek mahu Kelantan benam Johor Darul Takzim
Pertemuan menentang Johor Darul Takzim Rabu ini disifatkan sebagai amat penting bagi Kelantan dalam mengharungi cabaran musim ini.

Khairul Fahmi Che Mat kini bergelar suami
Dengan sekali lafaz, bintang bola sepak kebangsaan, Apek atau nama sebenarnya Khairul Fahmi Che Mat telah sah bergelar suami kepada Nur Eilunie Natasha Nazri.