KUALA LUMPUR: Di bawah kepimpinan Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah, Selangor FC tidak pernah dibantu dari sudut kewangan daripada mana-mana pasukan.
Ketua Pegawai Eksekutif Selangor FC Dr Johan Kamal Hamidon berkata sejak berada di bawah Tengku Amir pada Julai 2018, dana pasukan itu hanya diterima daripada hasil aktiviti pengkomersialan dan tajaan.
"Memandangkan ramai yang bertanya, saya ingin jelaskan bahawa di bawah kepimpinan Tuanku RMS sejak Julai 2018, Selangor tidak pernah menerima sebarang bantuan kewangan dari pasukan lain.
"Dana kelab hanyalah daripada penaja rasmi dan aktiviti pengkomersialan sahaja," kata Johan Kamal menerusi ciapan Twitternya.
Ciapan itu dipercayai sebagai reaksi kepada kenyataan pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT) Tunku Ismail Sultan Ibrahim baru-baru ini bahawa baginda pernah menyalurkan bantuan kepada lima pasukan Liga Malaysia (Liga-M) antaranya Selangor sebanyak dua kali.
Selain Selangor, Tunku Ismail bertitah baginda turut membantu Kelantan sebanyak dua kali sementara Penang FC, Melaka dan terbaru Perak FC sebanyak sekali.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 21 2022

Dr Johan Kamal berkata, sejak Selangor FC berada di bawah Tengku Amir pada Julai 2018, dana pasukan itu hanya diterima daripada hasil aktiviti pengkomersialan dan tajaan. - Gambar/ Bernama
Umat Islam di Malaysia berpuasa 2 Mac
Umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa pada Ahad ini bersamaan 2 Mac 2025 sebagaimana diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad.
PM zahir terima kasih kepada UMNO, Ahmad Zahid
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi mengulangi penghargaan beliau kepada kepimpinan parti dalam Kerajaan Perpaduan yang terus kukuh mempertahankan kestabilan kerajaan.
Kempen atas kekuatan sendiri
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa agar pemilihan kepimpinan dalam parti PKR dilaksanakan secara telus dan berdasarkan kemampuan masing-masing.
Perang Rusia: Ukraine, Amerika Syarikat gagal capai persetujuan
Zelenskiy berada di Washington bagi menyaksikan pemeteraian perjanjian mineral yang dicadangkan antara Ukraine dan Amerika Syarikat, selain berharap pertemuan tersebut dapat meyakinkan Washington untuk tidak memihak kepada Presiden Rusia, Vladimir Putin, yang mengarahkan pencerobohan ke atas Ukraine tiga tahun lalu.

Gene Hackman, isteri disyaki meninggal dunia untuk 'tempoh yang lama'
Pihak polis masih menjalankan siasatan untuk mengenal pasti punca sebenar kematian pasangan itu.

Mercedes AMG mampu rapatkan jurang guna jentera baharu W16 - Russell
Pemandu Britain itu berkata pasukan berkenaan menyasarkan kembali menjadi pasukan kedua terpantas, selepas menduduki tempat keempat pada 2024.

Imbau tragedi ngeri, berdoa kejadian tidak berulang setiap kali terlihat Highland Towers
Peristiwa itu menjadi titik mula kepada penambahbaikan prosedur operasi standard (SOP) JBPM.

Ragbi Malaysia intai khidmat tiga pemain naturalisasi
Ragbi Malaysia kini dalam proses mendapatkan tiga pemain naturalisasi bagi memperkuatkan skuad 15 sebelah kebangsaan.

JKR pantau 29 projek sakit, tiga faktor dikenal pasti
Sebanyak 29 daripada 801 projek fizikal yang sedang dalam pembinaan dan di bawah seliaan Jabatan Kerja Raya (JKR) dikategorikan sebagai projek sakit, setakat bulan lepas.

Umat Islam di Indonesia mula berpuasa Sabtu, Singapura, Thailand, Kemboja mulai Ahad
Umat Islam di Indonesia akan mula berpuasa pada 1 Mac manakala Singapura, Thailand dan Kemboja akan mula berpuasa pada 2 Mac.

Kinoshi puji semangat juang skuad Red Giants
Katsuhito Kinoshi memuji anak buahnya yang mampu bertahan hingga wisel penamat untuk terikat tanpa jaringan di Stadium MBPJ malam tadi.

Pengajaran buat semua komuniti Liga-M
Kesalahan menurunkan pemain tidak berkelayakan pada aksi final pertama 15 Feb lalu menyaksikan The Cops dihukum.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 16 Februari 2025.

Piala Cabaran: Semangat juang Selangor FC tinggi walaupun beraksi dengan 10 pemain
Keazaman dan kesungguhan pemain Red Giants terus melonjak selepas menerima kad merah.

Dihukum kad merah, Selangor FC tetap benam PDRM FC 3-2
Selangor dan PDRM seterusnya akan bertemu sekali lagi bagi final kedua pada 22 Feb ini di venue yang sama.

Peroleh satu mata petanda positif kebangkitan semula Penang FC - Jurulatih
Satu mata cukup bermakna dikutip Penang FC dalam perlawanan penuh dramatik menentang pasukan di tangga kedua liga Selangor FC di Stadium Bandaraya, malam tadi.

JDT catat kemenangan penting, Selangor kempunan tiga mata
JDT yang kini selesa di persada liga dengan mengumpul 52 mata, berpeluang cerah untuk muncul juara apabila dibezakan 13 mata di depan pencabar terdekat Selangor FC.

AFC denda Selangor tiga kesalahan
Selangor didenda AS$24,500 oleh AFC atas tiga kesalahan ketika bertemu kelab Korea Selatan, Jeonbuk Hyundai FC dalam perlawanan Liga Juara-Juara AFC 2.

Liga Super: Selangor atasi KL City 1-0, Bos Gaurus ikat Harimau Kumbang 3-3
Peluang terbaik babak pertama hadir pada minit ke-30, hasil hantaran Alvin Fortes kepada Quentin Cheng, namun gagal disempurnakan.