Pasukan Selangor mengalami kekalahan pertama dalam kempen Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) setelah tewas 0-1 kepada wakil Singapura, Tampines Rovers, malam tadi.
Kekalahan dalam aksi kedua mereka dalam Kumpulan E di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, di sini menyaksikan skuad Gergasi Merah kekal di tangga ketiga dengan satu mata manakala Tampines Rovers terus mendahului dengan enam mata selepas dua perlawanan.
Pada aksi di Selayang, Selangor yang dibimbing Zainal Abidin Hassan lebih banyak menguasai perlawanan babak pertama dengan melancarkan serangan bertali arus ke kubu lawan.
Namun nasib lebih menyebelahi pasukan pelawat yang membuka tirai jaringan pada minit ke-26 menerusi Fazrul Nawaz Shahul Hameed yang bijak menguis masuk hantaran rakan sepasukan dalam kotak penalti Selangor.
Keputusan 1-0 itu kekal sehingga berakhirnya babak pertama perlawanan.
Bersambung babak kedua, Selangor kembali mengasak kubu skuad 'The Stags' kendalian V. Sundramoorthy namun kekebalan benteng pasukan pelawat yang diketuai kapten, Mustafic Fahrudin nyata menghampakan lebih 5,000 penyokong skuad Merah Kuning.
Keputusan 1-0 kekal sehingga tiupan wisel pengadil dari Qatar, Khamis Mohamed K A Al-Kuwari.
Dalam satu lagi aksi Kumpulan E, kelab Filipina Ceres La Salle FC mengalahkan wakil Bangladesh, Lt. Sheikh Jamal Dhanmondi 2-0 di Stadium Kebangsaan Bangabhandu, Bangladesh.
Selangor akan bertandang ke Bangladesh bagi menentang Lt. Sheikh Jamal Dhanmondi manakala Tampines Rovers akan menerima kunjungan Ceres La Salle FC di Stadium Jalan Besar, Singapura pada aksi ketiga 15 Mac ini.
Barisan Pemain:
SELANGOR: Norazlan Razali, Mohd Azmi Muslim, Muhammad Shahrom Abdul Kalam (kapten), Mohd Bunyamin Umar, Mohd Rizal Fahmi Ab Rosid, Andik Vermansah, Saiful Ridzuwan Selamat (Muhammad Nazmi Faiz Mansor), Abdul Hadi Yahya (R.Gopinathan), Mohd Hafiz Kamal (S. Veenod), Patrick Ronaldinho Wleh, Mauro Andres Olivi.
TAMPINES ROVERS:Mohd Izwan Mahbud, Mustafic Fahrudin (kapten), Mohammad Afiq Yunos, Irwan Shah, Kwok Jun (Muhammad Shakir Hamzah), Muhammad Izzdin Shafiq Yacob, Fabian Kwok (Ismadi Muhamad Mukhtar), Muhammad Yasir Hanapi (Shahdan Sulaiman), Muhammad Hafiz Abu Sujad, Jordan Webb, Fazrul Nawaz Shahul Hameed. Pengadil: Khamis Mohamed K A Al-Kuwari (Qatar)
Bernama
Tue Mar 08 2016
Pemain Selangor Mauro Andres Olivi (kanan) melepasi halangan pemain Tampines Rovers Irwan Shah (kiri) pada perlawanan Piala AFC di Stadium Majlis Perbandaran Selayang malam tadi. - Gambar Bernama
Laporan portal berita mengelirukan, berniat jahat - Arifin Arif
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif menafikan pendedahan sebuah portal yang mendakwa beliau menawarkan penyelesaian bagi menuduh mulut individu yang mendedahkan skandal rasuah melibatkan aktiviti perlombongan di Sabah.
1,500 anggota, pegawai PDRM ditugaskan di sekitar Batu Caves
Sebanyak 1,500 pegawai dan anggota polis kontinjen Selangor akan ditempatkan di sekitar Batu Caves bagi mengawal keadaan sempena sambutan Thaipusam, Selasa depan.
PAC panggil Loke bukan atas dasar politik - Mas Ermieyati
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) terkejut dengan kenyataan Menteri Pengangkutan bahawa cadangan untuk memanggil Anthony Loke dianggap bermotifkan politik.
Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, badan siasatan itu adalah sebuah Jawatankuasa Pilihan ditubuhkan Majlis Dewan Rakyat yang bertindak secara profesional.
Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, badan siasatan itu adalah sebuah Jawatankuasa Pilihan ditubuhkan Majlis Dewan Rakyat yang bertindak secara profesional.
MAHAR kecam keras rancangan pemindahan rakyat Palestin
Malaysian Humanitarian Aid & Relief (MAHAR) dengan tegas menolak dan mengutuk rancangan pemindahan rakyat Palestin seperti dicadangkan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.
Akaun aplikasi X Tun Dr Mahathir digodam
Aplikasi X milik bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu @chedetofficial digodam dan tidak dapat diakses pada Rabu.
Hamas tolak sekeras-kerasnya cadangan Trump
Pemimpin Kanan Hamas, Izzat el-Reshiq berkata pihaknya menolak sekeras-kerasnya cadangan Presiden Donald Trump ke atas Gaza.
Palestin milik rakyatnya, cadangan Trump dikecam
Cadangan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump untuk mengambil alih Semenanjung Gaza mendapat tentangan rakyat Palestin dan menyifatkan ia pelanggaran serius undang-undang antarabangsa.
Lawatan Mirziyoyev perkukuh hubungan Malaysia-Uzbekistan - PM Anwar
Anwar turut menzahirkan keyakinan bahawa lawatan Mirziyoyev itu mampu memberi manfaat yang maksimum kepada Malaysia serta rakyat.
11 terbunuh, lima cedera tembakan di pusat pendidikan di sweden
Sekurang-kurangnya 11 terbunuh dalam kejadian tembakan di pusat pendidikan Risbergska, Orebro Sweden pada Selasa.
AS hantar pesalah migran ke Guantanamo Bay, Trump perluas kem tahanan
Sebuah pesawat tentera Amerika Syarikat membawa migran yang ditahan telah mendarat di Guantanamo Bay, Cuba pada Selasa.
Menurut pegawai tenteranya, Presiden Donald Trump merancang untuk menggunakan pangkalan tentera laut di Cuba bagi menempatkan puluhan ribu migran yang ditahan.
Menurut pegawai tenteranya, Presiden Donald Trump merancang untuk menggunakan pangkalan tentera laut di Cuba bagi menempatkan puluhan ribu migran yang ditahan.
Selangor tewas dalam Piala AFC 2016
Pasukan Selangor mengalami kekalahan pertama dalam kempen Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) setelah tewas 0-1 kepada wakil Singapura, Tampines Rovers, malam tadi.