KUALA LUMPUR: Jaringan tunggal Aliff Haiqal Lokman Hakim Lau menyaksikan Selangor FC memulakan saingan Liga Super 2024/2025 dengan cemerlang, apabila meraih tiga mata penuh selepas menewaskan Kedah Darul Aman (KDA) FC 1-0, di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) Petaling Jaya, malam ini.
Babak pertama perlawanan menyaksikan kedua-dua pasukan seolah-olah 'belum panas', apabila masing-masing mencari rentak menghidupkan peluang keemasan namun gagal diterjemahkan sebaiknya oleh mereka.
Namun Stadium MBPJ masih digamatkan dengan tepukan gemuruh daripada peminat Gergasi Merah dan Sang Kenari, sebagai tanda solidariti kepada pemain sayap Selangor FC Faisal Halim, yang menjadi mangsa simbahan asid baru-baru ini, pada minit ketujuh perlawanan.
Selang dua minit kemudian kapten pasukan KDA Sony Norde, cuba menjaringkan gol namun tidak berjaya apabila dikawal pemain tengah Sharul Nazeem Zulpakar dari kiri padang, sebelum pemain Selangor FC Noor Al-Deen Mahmoud Ali Al Rawabdeh, turut mencuri peluang dalam keadaan kucar kacir di hadapan gawang minit ke-11, namun dinafikan Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi.
Pada minit ke-38, anak buah Mohd Nafuzi Mahammad Zain mempunyai peluang terbaik menyumbat gol pertama menerusi sepakan penjuru Sony, namun tidak dimanfaatkan pemain KDA yang turut menyaksikan Selangor hampir mendahului sebelum beberapa minit babak pertama tamat, namun tidak cukup kencang menembusi gawang pelawat.
Sebaik wisel separuh masa kedua dimulakan, kedua-dua pasukan dilihat mengatur strategi bijak sehingga pemain tengah Aliff Haiqal Lokman Hakim Lau yang dibawa masuk pada minit ke-81 bagi menggantikan Muhammad Mukhairi Ajmal Mahadi, tidak mensia-siakan peluang menjaringkan gol 'bermakna' buat Selangor pada minit ke-85.
Jaringan hasil umpanan Noor Al-Deen Mahmoud Ali Al Rawabdeh itu, disambut meriah penyokong Gergasi Merah dengan gaya 'siu' yang cukup sinonim dengan Faisal Halim yang menyarung jersi nombor tujuh, selain dilihat signifikan apabila Aliff Haiqal menyarung jersi nombor 77.
Di Iskandar Puteri, Johor Darul Ta'zim (JDT) tidak mempunyai masalah untuk menunjukkan 'taring' di laman sendiri, apabila menumpaskan Negeri Sembilan FC 3-1 di Stadium Sultan Ibrahim.
Pada pertembungan sebelah petang itu, pasukan Harimau Selatan membuka tirai jaringan menerusi tendangan Bergson Da Silva seawal minit ke-12, hasil hantaran Muhamad Feroz Baharudin diikuti gol kedua menerusi tendangan Bergson sekali lagi, empat minit kemudian.
Tenang mengatur strategi skuad Hobin Jang Hobin berjaya menjaringkan gol pertama minit ke-28 hasil tendangan Hein Htet Aung, selepas percubaan Takumi Sasaki digagalkan Muhamad Feroz Baharudin.
Babak kedua perlawanan menyaksikan kedua-dua pasukan terus berhempas pulas dengan melakukan serangan bertubi-tubi, sebelum JDT menjaringkan gol ketiga melalui tandukan kapten pasukan Jordi Amat, pada minit ke-71.
Terdahulu, sebelum perlawanan bermula Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bolasepak Malaysia (MFL) Datuk Stuart Ramalingam, menyerahkan trofi Perlawanan Sumbangsih 2024-2025 kepada JDT.
JDT bergelar juara Sumbangsih buat kali ketujuh berturut-turut, selepas Selangor FC membuat keputusan untuk menarik diri daripada perlawanan pembukaan Liga Malaysia (Liga-M), yang sepatutnya berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim pada 10 Mei.
Di Ipoh, Perak FC gagal memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri apabila tumbang 2-3 kepada PDRM FC di Stadium Perak, malam ini.
Pasukan tuan rumah terlebih dahulu membuat kejutan menjaringkan gol pembukaan seawal minit sembilan, menerusi pemain pertahanan Tommy Mawat Bada, sebelum menyaksikan pasukan pelawat menggandakan asakan dan berjaya mengikat kedudukan 1-1 menerusi Ifedayo Olusegun pada minit ke-24.
Bersambung babak kedua, kedua-dua pasukan mempamerkan aksi serangan bertali arus, namun pasukan pelawat terlebih berada di depan, apabila Bruno Suzuki berjaya menolak masuk gol kedua pada minit ke-72, namun pemain gantian Perak Wan Zack Haikal kembali menceriakan 11,647 penyokong, apabila menyamakan kedudukan minit ke-88.
Ifedayo Olusegun menjadi 'duri dalam daging' buat pasukan tuan rumah, apabila berjaya meledak gol pasukannya pada minit ke 90+12, sekali gus memberikan kemenangan kepada PDRM.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 18 2024

Ultras Selangor menaikkan tifo Faisal Halim sebagai memperingati pemain tersebut pada perlawanan Liga Super Malaysia 2024/2025 di antara pasukan Selangor FC menentang pasukan KDA FC. - Gambar Bernama
AWANI Ringkas: Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Usaha basmi miskin tegar akan dilipat ganda, lebih agresif - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
AWANI Ringkas: Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PBB suarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel di Tebing Barat
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel ke atas bandar-bandar di Tebing Barat.
#AWANIRingkas 22 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 22 Februari 2025
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
AWANI 7:45 [22/2/2025] – Perlu Tambah Baik | Tingkat Keselamatan OKU | Taktik Unik | Ajal Di Padang Bola Sepak
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Syaff Shukri
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews

AS akan kemukakan resolusi mengenai konflik Ukraine kepada Perhimpunan Agung PBB pada 24 Feb
Amerika Syarikat (AS) akan membentangkan resolusi "bersejarah" mengenai penyelesaian konflik di Ukraine kepada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 24 Feb.

Pihak berkuasa, pengurusan masjid diseru ambil tindakan proaktif jaga keselamatan jemaah
Pihak berkuasa dan pengurusan masjid perlu segera mengambil tindakan proaktif bagi menjaga keselamatan jemaah, terutama kanak-kanak.
Agenda AWANI Asia: Pembangunan AI untuk kebaikan manusia
Sejauh mana pembangunan teknologi AI seperti ChatGPT, DeepSeek dan terkini Grok-3 membantu kehidupan manusia dan memacu perkembangan industri?
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.

Thailand tegas banteras sindiket penipuan pusat panggilan dengan kerjasama serantau
Kerajaan Thailand kini memperkukuh kerjasama dengan negara jiran bagi menghapuskan operasi sindiket penipuan pusat panggilan rentas sempadan yang mengeksploitasi kelemahan sistem sedia ada.

MBPJ terus taja Wai Ching, promosi Petaling Jaya di pentas dunia
Tajaan RM75,000 membolehkan Wai Ching teruskan penyertaan di peringkat antarabangsa dan capai misi merampas semula ranking nombor satu dunia.

Selangor tewaskan KDA FC 1-0, bergema 'siu' di MBPJ
Jaringan tunggal Aliff Haiqal Lokman Hakim Lau menyaksikan Selangor FC memulakan saingan Liga Super 2024/2025 dengan cemerlang, apabila meraih tiga mata penuh selepas menewaskan KDA FC 1-0.

MBPJ dapat kebenaran rayu keputusan mahkamah benarkan persatuan penduduk kenakan syarat kepada ahli
Pada 17 April lepas, persatuan itu berjaya dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan untuk membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi.

MBPJ diiktiraf Bandar Mesra Kanak-Kanak UNICEF
MBPJ mendapat pengiktirafan Bandar Mesra Kanak-Kanak oleh Tabung Kanak-Kanak oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF).

Operasi tangkap anjing liar: Warga emas didakwa halang tugas penjawat awam
Seorang lelaki warga emas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menghalang penjawat awam dalam operasi penangkapan anjing liar.

Tular: Warga emas 'dikasari' anggota MBPJ didakwa Jumaat ini
Seorang lelaki warga emas yang didakwa 'diserang' anggota Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) ketika operasi menangkap anjing liar akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya, di sini pada J

Pihak berkuasa di Lembah Klang siap siaga hadapi banjir kilat
Agensi dan pihak berkuasa tempatan juga sedang menaik taraf dan membersihkan saliran untuk menampung air larian permukaan dan mengelakkan banjir.

Liga Super: Perak FC temui semula rentak
Pasukan Perak FC akhirnya menamatkan badi empat perlawanan tanpa kemenangan dalam Liga Super, apabila mencatatkan kemenangan tipis 1-0 ke atas Petaling Jaya (PJ) City FC.

Ketua Srikandi PKR umum keluar parti, hilang keyakinan pada idealisme parti
Nurainie turut memaklumkan peletakan sebagai Ahli Majlis, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Seri Setia: Dua kali hujan lebat tidak lunturkan semangat penyokong parti bertanding
Tinjauan Bernama mendapati penyokong kedua-dua parti tiba di hadapan perkarangan Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di sini, kira-kira pukul 8.30 pagi ini.