Bapa pelumba berbasikal elit negara Azizulhasni, Awang Muda Embong, menasihatkan anaknya supaya menyelesaikan isu bantuan kerajaan negeri Terengganu terhadapnya secara baik.
"Selesai molek-molek (dengan baik), jumpalah sendiri Menteri Besar Ahmad Razif Abdul Rahman," nasihat beliau kepada anaknya.
Beliau berkata demikian ketika dihubungi Bernama mengenai luahan Azizulhasni di laman sosial Facebook yang kecewa tidak mendapat bantuan kerajaan negeri untuk membeli (basikal)‘RoadBike’ dan mendakwa tidak mendapat perhatian Ahmad Razif.
Catatan Azizuhasni dalam Facebook itu dibuat beberapa jam selepas memenangi pingat gangsa acara keirin di Sukan Olimpik Rio de Janeiro pada Rabu.
Awang Muda, 67, berkata beliau masih lagi terkejut dengan tindakan anaknya itu setelah dimaklumkan pihak lain.
"Perkara ini tak patut berlaku...macam (seolah-olah) MB tak ambil tahu pulak hal Azizul.
"Saya harap perkara ini dapat diselesaikan cara baik, elok kalau kedua-dua pihak berjumpa dan bersemuka, selesai molek-molek," katanya.
Ketika ditanya adakah selama ini kerajaan negeri ada memberi sebarang bantuan kepada anaknya, Awang Muda berkata: "Saya tak tahu sangat pasal bantuan sebab dia duduk jauh, Australia. Jumpa pun jarang-jarang...berhubung pun melalui telefon."
Azizulhasni dalam catatannya itu menyindir Ahmad Razif yang didakwa tidak melayan permohonan tajaan basikal ‘RoadBike’ untuk kegunaannya dan rakan, Fatehah Mustapha.
Bagaimanapun selepas dirujuk kepada Ahmad Razif, beliau berkata tidak tahu mengenai perkara yang dibangkitkan Azizulhasni dan mengarahkan Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) serta Pengerusi Jawatankuasa Belia Sukan dan Sumber Manusia, Datuk Rozi Mamat menyiasat dakwaan Azizulhasni.
Sementara itu akhbar melaporkan bahawa Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berpendapat mungkin terdapat salah faham dan menegaskan bahawa Azizulhasni telah mendapat sokongan penuh daripada kementeriannya dan Yayasan Sime Darby.
Ketika ditemui pemberita malam tadi, Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) Ibni Amin Busu berkata beliau juga tidak menerima sebarang permohonan rasmi daripada Azizulhasni namun akan tetap menjalankan siasatan lanjut.
Katanya bagi menghargai kesungguhan Azizulhasni mewakili negara di temasya Olimpik Rio, kerajaan negeri sebelum ini pernah menyampaikan insentif sebanyak RM5,000 kepada wakilnya (ibu beliau).
Bernama
Thu Aug 18 2016

Awang Muda Embong (kiri) bersama anak bongsunya, Mohd Asieff Ieman, 21, menunjukkan t-shirt yang selalu mereka pakai setiap kali pelumbaan basikal yang membabitkan anaknya, Azizulhasni. -Gambar fail

Sidang kemuncak pemimpin Arab bermula di Riyadh di sebalik perancangan pembangunan semula Gaza
Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman menjadi tuan rumah bagi sidang kemuncak peringkat tinggi di Riyadh.

TFC, Kuching City seri 2-2 di SSMZA
TFC terpaksa berpuas hati dengan satu mata selepas diikat 2-2 oleh Kuching City FC dalam aksi Liga Super 2024/2025.

Kerajaan Jepun luluskan RUU tembakan kecemasan untuk haiwan berbahaya
Pindaan rang undang-undang ini bertujuan untuk membolehkan respons yang lebih cepat dan berkesan berbanding langkah sedia ada.

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

Kes SRC: Ratusan penyokong Najib berhimpun di depan mahkamah
Ratusan penyokong bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membanjiri pintu masuk ke Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.

Tragedi solat Jumaat: Keluarga Rahimi berlepas ke Christchurch
Rosdi berkata dia mahu melihat sendiri keadaan Rahimi dan berharap kehadiran mereka dapat memberi semangat kepadanya.

Jadi pengundi bijak, jangan sampai era kegelapan Terengganu berulang - Najib
Rakyat Terengganu perlu menjadi pengundi yang bijak bersandarkan fakta.

Senarai calon BN negeri Terengganu
Berikut adalah senarai calon Barisan Nasional (BN) yang akan bertanding di sembilan kerusi Parlimen dan 32 kerusi Dewan Undangan Negeri pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) 9 Mei ini.

Sultan Mizan perkenan bubar DUN Terengganu hari ini
Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman dilihat memasuki perkarangan Istana Syarqiyyah kira-kira jam 10.17 minit pagi.

Bayar 80 sen, bawa pulang kambing berharga RM800
Idea kreatif itu adalah inisiatif Pengusaha Kendera Saji NARIN, Kamaruddin Mohamad, bagi menghargai pelanggan yang berbelanja di kendera sajinya sepanjang seminggu ekspo itu berlangsung.

Amphicoach bakal beroperasi tidak lama lagi - MB Terengganu
Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, ketika ini Jabatan Pengangkutan Jalan dan Jabatan Laut Malaysia sedang membuat penelitian sebelum beroperasi sepenuhnya.

BN Terengganu tidak gentar usaha pembangkang rampas negeri itu
Kenyataan Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang yakin mampu merampas kembali Terengganu pada Pilihan Raya Umum Ke 14 (PRU14) tidak akan menggugat kepercayaan rakyat negeri ini.

'Isu Dana Khas Kerajaan Persekutuan tidak perlu dipolitikkan'
Isu Dana Khas Kerajaan Persekutuan tidak perlu lagi dipolitikkan oleh pihak pembangkang yang hanya mahu menjadi juara di mata rakyat.

Keputusan telaga minyak Bertam milik Terengganu atau Pahang diketahui Januari
Pertikaian antara Terengganu dan Pahang mengenai telaga minyak Bertam hanya akan terjawab Januari ini