Isu tunggakan gaji pemain tidak berulang pada musim 2020, itu antara fokus utama yang akan diberi perhatian oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA), Damian Yeo Shen Li yang baharu dilantik berkuat kuasa Jumaat.
Beliau berkata pihaknya telah mengadakan perbincangan awal bersama Ketua Jurulatih, Zainal Abidin Hassan supaya menyediakan kertas cadangan untuk perbelanjaan pasukan Melaka United dalam menghadapi saingan Liga Malaysia musim depan mengikut kesesuaian peruntukan.
Katanya, kaedah itu turut diguna pakai pada semua peringkat lain termasuk Piala Presiden dan sebagainya supaya kemelut kewangan tidak berlaku lagi dan memastikan kebajikan semua pemain dapat dijaga.
"Kita ada pihak penaja daripada syarikat dan organisasi yang bersedia untuk memberi sumbangan kepada perkembangan bola sepak negeri ini, tetapi sudah tentu mereka mahu dana yang disalurkan ini diurus dengan baik dan ketelusan adalah amat penting dalam sistem pentadbiran dan pengurusan ini.
"Justeru, kita akan pastikan isu hutang dan tunggakan gaji pemain tidak berulang lagi di masa akan datang kerana ia boleh menjejas prestasi pasukan, selain ia akan menyuntik moral pemain untuk memberi komitmen tinggi," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di Stadium Hang Jebat, di sini, pada Sabtu.
Yeo berkata pihaknya percaya semua hutang dan tunggakan gaji para pemain Melaka United itu akan dapat diselesaikan sepenuhnya sebelum 30 Nov.
Katanya, berhubung pelesenan kelab bagi membolehkan mereka beraksi pada Liga Super 2020, pihak persatuan telah memenuhi serta melengkapkan keperluan yang disyaratkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan keputusan itu akan diketahui pada Isnin
"Jika Melaka United tidak berdepan dengan tindakan tersingkir daripada saingan Liga Super itu sudah memadai dan kita menaruh kepercayan sepenuhnya kepada ketua jurulatih untuk membentuk skuad terbaik walaupun bajet untuk tahun depan tidak tinggi seperti pasukan lain selain optimis pasukan ini mampu memberikan saingan untuk kekal dalam saingan Liga Super dan layak beraksi dalam kempen Piala Malaysia," katanya.
Beliau berkata, beliau juga akan mengadakan perbincangan dengan penyokong-penyokong bola sepak negeri ini dalam masa terdekat untuk mendapatkan idea dan pandangan mereka dalam menambah baik mutu pengurusan dan pentadbiran persatuan serta pasukan.
"Berdasarkan perlembagaan persatuan sebagai presiden saya juga akan melantik seorang wakil daripada kalangan mereka untuk membarisi exco MUSA bagi mendapatkan pandangan-pandangan sebelum menyediakan pelan-pelan pembangunan," katanya.
Mengulas lanjut mengenai pelantikannya itu, Yeo yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kompetensi, Akauntabiliti dan Ketelusan Melaka (Melcat) berkata beliau tidak menyangka namanya dicadang sebagai presiden persatuan oleh Ketua Menteri, Adly Zahari untuk menggantikan beliau bagi menerajui tampuk kepimpinan MUSA.
Katanya, pada awalnya beliau hanya meminta Adly supaya diberi kuasa eksekutif untuk mengendalikan MUSA berikutan terpanggil untuk membantu menyelesaikan kemelut kewangan yang dihadapi persatuan terbabit bagi pihak ketua menteri seterusnya membolehkan beliau (Adly) memberi perhatian penuh terhadap urusan pembangunan dan pentadbiran kerajaan negeri.
"Terima kasih kepada Yang di-Pertua Negeri Melaka Tun Dr Mohd Khalil Yaakob dan juga ketua menteri yang merupakan Penaung MUSA atas kepercayaan diberi bagi mengendali persatuan ini sebagai presiden," katanya.
Yeo memegang jawatan itu berkuatkuasa 1 Nov, dilantik selaras dengan statut persatuan Artikel 40 iaitu yang menyatakan siapa saja yang dipilih sebagai Ketua Menteri secara automatik adalah Presiden MUSA dan boleh melantik sesiapa saja dianggap sesuai sebagai presiden.
--BERNAMA
Bernama
Sat Nov 02 2019

Yeo (duduk, tengah) berkata pihaknya percaya semua hutang dan tunggakan gaji para pemain Melaka United itu akan dapat diselesaikan sepenuhnya sebelum 30 Nov. - Bernama
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.
[TERKINI] 23 individu termasuk 7 polis cedera dalam letupan bom di Yala
Dua puluh tiga individu termasuk tujuh orang anggota polis cedera dalam satu insiden letupan bom berhampiran sebuah pasar raya di daerah Bannang Sata, Wilayah Yala, pada Sabtu malam.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 23 Februari 2025.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.

ADUN Ayer Kuning meninggal dunia selepas bermain bola sepak
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning, Ishsam Shahruddin, 58, meninggal dunia selepas bermain bola sepak di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang, petang tadi.

ACLE: Kemenangan JDT bantu Malaysia huni tangga kelima Asia Timur, ke-10 seluruh Asia
Kemenangan tempoh hari membenarkan mereka menjadi tunjang buat negara Malaysia untuk mempamerkan peningkatan di pentas Asia.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang
Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang

Penyertaan bekas pemain dalam FAM mampu pacu pembaharuan - Jamal Nasir
Legenda bola sepak negara Datuk Jamal Nasir Ismail menyifatkan pemilihan dua bekas pemain kebangsaan dalam kepimpinan baharu FAM sebagai perkembangan positif kepada sukan itu.

Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.

KL City kutip tiga mata tewaskan TFC di laman sendiri
Kuala Lumpur City FC (KL City FC) berjaya mengutip tiga mata penuh selepas menewaskan Terengganu FC (TFC) 2-1 pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) malam ini.

Perodua sedia jadi penaja acara sukan termasuk bola sepak
Asmat berkata ini sebahagian daripada usaha untuk penglibatan yang lebih meluas dalam dunia sukan.