KUALA LUMPUR: Persekutuan Sepaktakraw Antarabangsa (ISTAF) menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga legenda sepak takraw Malaysia, Adnan Saidin yang meninggal dunia pagi ini.
Setiausaha Agung ISTAF Datuk Abdul Halim Kader berkata Adnan, yang dikenali sebagai Raja Libas, seorang pemain luar biasa yang menakluki perlawanan pada 1980-an.
Abdul Halim yang juga Presiden Persekutuan Sepaktakraw Asia (ASTAF) berkata Adnan memukau dunia sepak takraw selama sedekad dan memberi sumbangan besar kepada sukan itu.
"Sebagai sebuah pertubuhan sukan antarabangsa, kami mengiktiraf dan menghargai pencapaian penting Allahyarham dalam sepak takraw, dan kami amat sedih dengan kehilangannya. Kami mengucapkan takziah kepada keluarga, sahabat Adnan dan seluruh komuniti sukan.
"Kami mendoakan Allah SWT mengurniakan beliau tempat di syurga dan dikurniakan ketenangan dan kebahagiaan abadi. Semasa waktu sukar ini, kami mendoakan agar Allah SWT memberi kekuatan dan ketabahan kepada insan tersayang atas kehilangan ini. Doa dan ingatan kami bersama mereka," katanya dalam kenyataan hari ini.
Adnan meninggal dunia pada pukul 6 pagi tadi di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, Kedah pada usia 66 tahun.
Anaknya Mohd Faizal Adnan, 38, berkata Allahyarham bapanya itu mula dimasukkan ke sebuah pusat perubatan swasta sejak seminggu lepas kerana disyaki menghidap tibi, sebelum dirujuk ke HSB semalam kerana mengalami masalah pada jantung dan jangkitan kuman pada paru-paru.
Sementara itu, Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) turut mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham.
"Sama-samalah doakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan bertakwa kepada Allah. Perginya beliau tiada galang ganti sebagai Raja Libas Asia. Banyak mengharumkan nama dan berjasa kepada negara," menurut PSM dalam hantaran di Facebook.
Mula bermain sepak takraw pada usia 10 tahun, anak kelahiran Alor Setar itu mewakili Kedah dan Malaysia dari 1976 hingga 1986, dan libasan mautnya bukan hanya mencederakan pihak lawan, malah rakan sepasukan dan penonton turut terkena tempias beberapa kali.
Adnan yang memenangi tiga pingat emas Sukan SEA berturut-turut di Jakarta pada 1979, Manila 1981 dan Singapura 1983, dinobatkan sebagai juara Kejohanan Asia pada 1984 dan Piala Raja Thailand pada 1985.
Beliau turut dianugerahkan Pemain Terbaik Asia pada 1984 dan Raja Sepak Takraw dalam Kejohanan Regu Asia MAS/Utusan/RTM di Kuala Lumpur pada 1986.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 15 2023
Adnan meninggal dunia pada pukul 6 pagi tadi di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, Kedah pada usia 66 tahun.
"Saya faham kenapa Polis menjalankan kerja secara profesional" - PM Anwar
Perdana Menteri menjelaskan pemberitahuan kepada polis sebelum 5 hari sebagai jaminan penganjur mengikuti syarat dan membersihkan kawasan selepas perhimpunan
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
Kerajaan Kelantan sedia ambil alih pembinaan KB Sentral
Kerajaan negeri sedia mengambil alih pembinaan KB Sentral sekiranya rundingan dengan Perak Transit gagal mencapai kata putus.
"Ini yang terbaik dari Kerajaan MADANI"- PM Anwar
Perdana Menteri menjelaskan pemberitahuan 5 hari sebelum perhimpunan adalah untuk pihak polis mengambil maklum menjaga keselamatan dan lalu lintas.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
"Beruntung Ayu, Zaquan, empat orang anak syurga sudah menanti di sana" - Che Ta
"Kehilangan anak kecil membuatkan kita rasa sedih dan hiba di atas dunia, namun membawa khabar gembira di alam akhirat, Insya-Allah," kata Che Ta.
“Tindakan tidak akan diambil” - PM Anwar
Perdana Menteri Anwar memberitahu siasatan terhadap perhimpunan anti rasuah yang melibatkan mahasiswa dan perhimpunan mogok lapar oleh SOSMA dihentikan.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
The Economy: Memastikan pertumbuhan saksama antara Wilayah
Pengarah Bahagian Pembangunan Wilayah di Kementerian Ekonomi, Dr. Mohammed Shaharin Umar, berbincang mengenai langkah-langkah yang diambil untuk mencapai keseimbangan pembangunan. Diskusi mendalam tentang strategi dan inisiatif untuk memastikan pertumbuhan ekonomi yang saksama antara wilayah di Malaysia.
Kerajaan setuju Akta Perhimpunan Aman dipinda - PM Anwar
Dengan pindaan itu, penganjur hanya perlu menghantar notis pemberitahuan atau pemakluman kepada polis lima hari sebelum perhimpunan itu diadakan.
AWANI Ringkas: 48,000 murid Tahun 1 kini pandai membaca
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Bekalan air di Batang Padang, Hilir Perak dibuka sementara secara berperingkat - LAP
LAP berkata, bekalan air daripada kolam LAP akan ditutup apabila air kolam habis dan para pengguna dinasihatkan menyimpan air secukupnya.
#AWANIRingkas 13 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 13 Februari 2025
1️⃣ 48,000 murid Tahun 1 kini pandai membaca
2️⃣ Kerjasama Malaysia-Turkiye
3️⃣ Perang di Ukraine makin hampir berakhir?
#awaniringkas
1️⃣ 48,000 murid Tahun 1 kini pandai membaca
2️⃣ Kerjasama Malaysia-Turkiye
3️⃣ Perang di Ukraine makin hampir berakhir?
#awaniringkas
Sepak takraw dunia, Malaysia sedih dengan kehilangan 'Raja Libas' Adnan Saidin
Persekutuan Sepaktakraw Antarabangsa (ISTAF) menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga legenda sepak takraw Malaysia, Adnan Saidin yang meninggal dunia pagi ini.
Pembubaran MASTAF perlu ikut lunas perlembagaan - ISTAF
Tindakan pembubaran juga perlu dipersetujui dua pertiga ahli gabungan yang berhak mengundi.