KUALA LUMPUR: Pelumba muda negara Syarifuddin Azman optimis untuk menaiki podium pada Kejuaraan Dunia Grand Prix Motosikal (MotoGP) Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) bermula 21 hingga 23 Oktober ini.
Syarifuddin yang lebih dikenali sebagai Damok mengakui cuaca hujan akan menjadi cabaran utama buatnya dalam mengejar sasaran itu namun meletakkan keyakinan besar kerana sudah biasa dengan keadaan trek SIC.
"Sepang (SIC) ni tempat saya, 'makanan' saya, jadi saya dah tahu jalan dia, tapi Oktober nanti kemungkinan cuaca hujan, jadi saya perlu persiapkan diri saya, mental untuk lebih baik.
"Saya juga harap sokongan peminat Malaysia di SIC nanti dapat membantu saya untuk lebih bersemangat," katanya kepada pemberita selepas menerima tajaan daripada Racing Boy (RCB) bagi perlumbaan itu.
Beliau yang menerima tiket 'wildcard' bersama Vision Track Racing Team untuk perlumbaan itu berkata kelebihan berlumba menggunakan jentera dan krew pasukan sama seperti di FIM Junior GP, turut membakar semangatnya untuk berada dalam kelompok hadapan pada GP Malaysia nanti.
"Krew itu dah jadi macam keluarga saya sendiri, saya selesa dan yakin dengan mereka, saya yakin diri saya boleh buat," katanya.
Pelumba berusia 21 tahun itu kini menduduki tempat ketiga daripada 27 pelumba dalam kedudukan Junior GP dengan 107 mata, bakal beraksi buat kali kelima di saingan Moto3 MotoGP, kesemuanya menerusi tiket wild card.
Beliau membuat penampilan pertama di GP Aragon pada musim lepas dengan kedudukan ke-13, kemudian meraih kedudukan ke-24 di GP Portugal (22-24 April), tempat ke-22 di GP Sepanyol (29 April-1 Mei) dan tempat ke-19 di GP Catalunya (3-5 Jun) pada musim ini.
Dalam perkembangan lain, Ketua Pegawai Eksekutif SIC Azhan Shafriman Hanif berkata penjualan tiket kini telah menghampiri 50 peratus.
"Dijangka terdapat 8,000 peminat di Indonesia hadir ke perlumbaan ini dan setakat ini 5,000 peminat telah membeli tiket," katanya.
Azhan Shafriman yakin sasaran 170,000 penonton yang ditetapkan SIC dapat direalisasikan berdasarkan komitmen dan pengalaman luas selaku penganjur utama kejohanan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 12 2022

Syarifuddin yang lebih dikenali sebagai Damok mengakui cuaca hujan akan menjadi cabaran utama buatnya dalam mengejar sasaran. - Facebook Muhyiddin Yassin
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.

Moto3: Masa depan Damok semakin kabur
Prestasi mengecewakan pelumba Moto3 negara Syarifuddin Azman pada GP Motosikal Malaysia 2023 semalam, kian menutup peluangnya.

Tindakan agresif Damok 'makan diri' di Sepang
Tindakan agresif pelumba Moto3 negara Syarifuddin Azman pada aksi perlumbaan Grand Prix Motosikal Malaysia 2023, memakan diri sendiri.

Damok serah kepada Zulfahmi tentukan masa depannya
Damok sedia sertai mana-mana pasukan, selepas pasukan MT Helmets-MSi tidak berhasrat untuk mengekalkan khidmatnya pada musim depan.

MotoGP: Damok tekad terus raih mata dalam GP Sepanyol
Syarifuddin Azman bertekad untuk mempamerkan tunggangan terbaiknya untuk mendapatkan lebih banyak mata.

Damok raih lima mata berharga di GP Argentina
Damok menamatkan saingan perlumbaan pada kedudukan ke-11 dengan catatan masa 35 minit dan 32.132 saat.

Damok sedia mula musim MotoGP 2023 di GP Portugal hujung minggu ini
Syarifuddin Azman sudah bersedia untuk penampilan sulung secara musim penuh di Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) musim ini.

Damok layak 'lebar sayap' ke Moto3 - Kasma Daniel
Potensi Damok dibuktikan dengan pencapaian beliau yang memberangsangkan dalam saingan Kejuaraan Dunia Junior GP musim ini.

Sepang 'makanan' saya - Damok
Syarifuddin yang lebih dikenali sebagai Damok mengakui cuaca hujan akan menjadi cabaran utama buatnya dalam mengejar sasaran.

GP Malaysia: Damok sahut cabaran untuk berada di kelompok utama
Pelumba muda negara Syarifuddin Azman bertekad untuk berada dalam kelompok hadapan meskipun hanya beraksi atas tiket wild card' Moto3 pada pentas Kejuaraan MotoGP di Grand Prix (GP) Malaysia 2022.

Damok raih tempat kedua pada dua perlumbaan di Barcelona
Pelumba negara, Syarifuddin Azman meraih tempat kedua berganda pada Kejuaraan Dunia Junior GP di Litar de Barcelona di Sepanyol, hari ini.